HEADACHE
Assalamualaikum.
Rasa sekarang ni
tak senang duduk kalau tak update blog. Addicted nak berblog katenyerr *ikut cara Jozan*. Kalau dulu malas
bangat. Tak de idea lah…idea tetiba lesap lah time tengah update blog…kerja
lagi…blablabla...!!! Macam-macam halang. Tetapi, lately ni, kalau tak bukak blog rasa
lain macam jerr…hehehe *angau kut*
Dua hari Suri cuti.
Medical leave. Dua hari ni jugak lah tangan kite ni jadi mangsa suntikan.
Sakit tau. Mase kena cucuk tu, memang dah tak pandang dah. Tengok arah lain.
Huhu…
Hari Jumaat tu, memang saya sakit
kepala. Tak tau kenapa. Ingatkan demam, tapi takde pulak panas sangat, tambahan
pulak takde batuk-batuk atau selsema. Jadinya, ingatkan pening saja. Berlarutan
lah sehingga hari Sabtu. Tidur pun masih rasa sakit kepala
ni tau. Tapi tahan je lah, tak plan pun nak pergi klinik. Lagi satu segan dah
dengan Dr. kat klinik panel tu asyik sakit dan MC aje.
Ahad tu, sakit lagi kepala ni.
Dah la kena pergi kerja. Jadi, saya pun terus text dekat manager, cakap datang office
lambat sikit. Mau pergi klinik dulu sebab tak sihat. Tapi petang jugaklah Suri
pergi klinik. Tu pun klinik kerajaan. 1 Malaysia lagi tu. Ingatkan demam biasa-biasa je. Dah la hujan, parking kereta pulak tu jauh dari entrance. Terpaksalah redah jugak hujan tu.
Dah register bagai, tunggu giliran. Sebab case biasa je kann. Maknanye, jumpa medical assistant ajelah. Bila
check punya check. Blood pressure rendah sangat. Katanya muka saya pucat, dia
cuba picit kuku, pun pucat. Dia tanya sejuk ke, sebab mungkin sejuk
sebab tu jadi pucat. Last, dia suggest buat blood testing.
So, kita pun terpaksalah follow
dia pergi buat blood test. Tunggu result.
Tup-tup, bila tengok result dari
lab tu, HB kita rendah. Below range normal. Tiga komponen rendah daripada tahap
normal; HB, MCV and MCH rendah. So, MA pun transfer kita kepada Doctor yang
bertugas.
Apa jadi..
Nantilah kita cerita. Kerana case Suri
Suriyani ni terpaksa di bawa kepada rujukan Specialist. Huhu…
Malu kita sebab menangis masa Dr. buat rawatan. Bukan sebab sedih, tetapi takut dan gementar. Lagi satu, Dr. sangat curious about the headache.
14 years mengalami sakit kepala sejak Suri di MRSM Balik Pulau. Apa kes?
Dan tengah tunggu result blood
test yang dibuat semalam (kali kedua), atas alasan nak kena dapatkan fresh blood, maknanya
darah perlu di ambil pada waktu pagi. So, result mungkin dapat awal bulan 4 nanti. Huh…lamanya.!!!
Allah tidak menguji kita, sekiranya Dia tahu kita tidak mampu dengan ujian-Nya. Kuatkan semangat!!!
No comments:
Post a Comment