Better in English UPSR

Seperti kita semua maklum, keputusan UPSR telah diumumkan semalam, 13/11/2208.
Alhamdulillah. Adik-adik kita semua berjaya mengharung cabaran mereka yang pertama.

Tahniah.
 
Tahniah diucapkan kepada adik-adik yang berjaya memperolehi straight 5A. Dan kepada adik-adik yang tidak mencapai seperti yang diharapkan, tahniah juga. Anda telah berjaya mengharungi cabaran yang pertama. 

Lepas ini banyak lagi cabaran ke alam dewasa...masih ada PMR, SPM yang menunggu. Seterusnya, ke peringkat Universiti. Bersiap sedialah untuk menghadapinya, kerana UPSR hanyalah satu ujian yang kecil saja.

Hari ini, terbaca di surat khabar (nst), uihh...adik-adik kita ini masing-masing gembira sangat. Kita pula tumpang seronok melihat keletah mereka. Teringat pula zaman kecil dalu. Time masa untuk mengambil result UPSR, seronok dan lega walaupun tidak dapat 5A tapi yang seronok sebab sudah boleh masuk ke sekolah menengah...hehe!

Orang tua-tua kata jiwa dah nak besar...

Rupa-rupanya sekolah menengah paling tidak best kerana kawan-kawan sudah macam perangai. Masa itulah kita sendiri yang akan mencorak diri kita untuk menjadi bagaimana.

Berbalik kepada kepada UPSR tadi, tak sangka budak-budak ini seronok menjawab ujian di dalam bahasa Inggeris. Kiranya mereka ini terror berbahasa inggeris. Walhal di kalangan orang dewasa banyak yang menyokong dan tidak kurang ada yang membantah.

Seperti adikku juga, kadang-kadang dia cakap tidak suka belajar dalam english tapi bila di'test', "alamak kalah aku". Memang aku tidak terror english walaupun sudah belajar english ini lebih daripada separuh umur aku ini.

okaylah..
Habis cerita untuk UPSR kali ini.. Sengaja hendak test kebolehan aku dalam mengarang blog sebab aku dalam bab-bab mengarang ini tidak begitu mahir. Baik dalam bahasa melayu atau english, keduanya hancur.

Satu perkara lagi, kali ini poket aku bakal keringlah sebab ada janji yang perlu aku tunaikan pada adikku kali ini..

Alamak harap tidak pokailah aku bulan ni. Hadiah besar kena bagi ni. Kena tunai janjilah..InsyAllah..Tapi aku sekarang sedang membuat rundingan dengan dia untuk bagi hadiah lain yang lebih murah..hehe!

Lagi satu, tahniah juga aku ucapkan pada anak Dr. Jamaiah (Aisyah) sebab dapat 5A..tahniah!! 
Dan juga pada adik-adik kita yang dapat 5A dan yang tidak berjaya, jangan risau. Perjalanan masih panjang, masih ada PMR, SPM. Yang penting adik-adik kenalah berusaha keras dan smart lagi..

okey.. Sekian bebelan mak cik.
Good Luck untuk masa-masa akan datang.

InsyaALLAH..

Assalamualaikum.

2 comments:

Noname said...

Oit kak sue yg baik hati..janji mesti ditepati..ahaks!

Suri Suriyani said...

baik ker hati ku ini..hehe..

Ad Code

Responsive Advertisement