You Are Ariel!
Headstrong and fiesty. You have a mind of your own that's full of romantic dreams about the world around you. Exploring exotic places is your ultimate dream, and although you can be a little naive you'll realize that there is something to be gained from your family's wisdom.
Which Disney Princess Are You?
I'm Ariel!!!
"Sayang, Abang minta izin nikah sorang lagi,"
Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.
Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak..
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
"Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.
"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?"
"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"
Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya..
"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,"
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.
Abg yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak- anak kita. Aliyah sayangkan Abg...
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak- anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...
Abg yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abg yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg... Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
Tangannya pantas membuka pintu biliknya.
Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!
>>>....terharu aku membaca coretan ini yg mana penulisnya tidak ku tahu siapa...tetapi betul menarik minat aku untuk membaca dan menilai betapa telus dan murni kasih si isteri ni untuk suami dia ni....<<<
Boleh ke jadi macam Aliyah
mega structure
from left: yee liew, ah ching, boon chun, me and nisa'
Eagle...the lagend of Langkawi Island
behind her...it's me..
the girls with burning face..
after dinner..with PM. Datin Dr. Zaiton Harun
the night, before back to ukm..
dropstone..
the evident relating Langkawi to the cold Gondwanaland..
loadcasts in Pantai Pasir Tengkorak..
crossbedding at Pantai Pasir Tengkorak
loadcast and flame structure
crinoid stem..
map..Malaysia 70000 years
close up travertine in Gua Kelam, Perlis..
geomodels...
travertine..next on the right is pool..
ripple mark on the surface of fine sandstone..
Langkawi Fieldtrip, 2006
Kena rompak dalam sedar, pengajaran untuk AKU..
Living a healthy lifestyle.
Let's talk about healthy
to'ki aku ni kurus sgt and tinggi..kulit die gelap sbb terbakar dek matahari..maklumlah orang yang kuat bekerja siang dan malam..to'ki aku ni pelaut aka nelayan lah..so, setiap kali dia balik dr laut dia takkan lupa akan hantar ikan yg dia dapat tu kat umah ktorang..mak aku adalah anaka kesayangan to'ki aku nih..sbb tu perangai mak aku lebih kurang perangai die lah..pendiam dan penyayang..hehe..(aku suka puji mak aku sbb aku suka bodek die)..
klu nk di'compare'kan antara to'ki belah mak ngan ayah..kami lebih rapat ngan arwah(to'ki belah mak lah). To'ki belah ayah ade lagi..ingat mase kecik2 dulu, mase tu arwah ade lagi lah..setiap kali ktorang pegi umah dia, to'ki aku nih akan bawak ktorang pegi sungai..muara sungai lah..sbb kat situ die labuh kan boat nelayan die tu..bot die tu besar and luas..suka aku main kat dalam..to'ki aku suka bawak ktorang naik boat die nih..
aktiviti yang selalu ktorang lakukan..almost every friday(before we move to our new house)..we washed his boat togather..mandi sungai..that's my unforgetable moment..always in my mind..when i miss him..terbayang2 kat mata main2 ngan to'ki..aku lah yang paling manja ngan to'ki..kadang2 to'ki suke kedong aku letak kat bahu die..seronok..rase tinggi jer..hehe..pastu kakak aku follow dr belakang sambil lari2..hehe..
pas balik dari sungai, selepas lunch to'ki akan terus pg solat jumaat..tp kadang2 klu tak sempat lunch die akan pegi solat dulu..aku ngan akak aku sanggup tunggu die balik jumaat dlu bru lunch same2..hehe..baikkan ktorang nih..
selepas beberapa tahun..to'ki pom dah takde..arwah meninggal mase tu umor aku 12 tahun..mase tu aku baru dapat adik pompuan(nadia)..die pom xsempat nk kenal to'ki sbb die bru jer umor 5-6 bulan..tapi to'ki sempat lah dukung die..main2 ngan die..arwah to'ki meninggal sebab serang jantung..die kena strok ..mase tu dah nk sampai kat jeti(sungai tmpat aku bermain). To'ki tetiba collapse mase nk naik jeti..Anak2 buah die cakap die mmg dah tak sihat mase kat laut.. To'ki terus dibawa ke hospital..aku dapat tau to'ki masuk hospital pom melalui jiran aku..mase tu aku bru balik dari sekolah..mak memang dah takde kat umah.. malam tu ayah balik umah(mase tu lepas maghrib)..ayah cakap to'ki sakit dan dah koma..ayah cakap ayah akan pegi hospital dan kami 4 beradik tinggal kat umah..mase tu kakak aku dah masuk asrama..die pom tak tau to'ki sakit..ayah pesan tido awal..malam tu, aku berdoa sgt agar to'ki cepat baik..tp ALLAH sayang die lg..tengah malam to'ki disah kan dah tak ade..toki pegi awal hari Khamis..subuh ayah balik umah dan bgtau yang to'ki dah tak ade..mase tu aku tak rase ape2 pom..terkejut pom tak..ayah cakap pg esok die akan bawak kami pegi umah tok yang(moyang aku) sbb arwah kan diuruskan di situ..mak tak balik sbb mak tggu to'ki kat hospital..
Esok pagi nye, kami tak pegi sekolah termasuk kakak aku kat hostel..ayah terus bawak ktorg pegi umah tok yang..mase tu bru aku dah lihat to'ki buat kali terakhir..tak sempat nak cium wajah die pom sbb sume orang tak kasi..tp aku sempat tgk wajah die bersih sgt..muka die cam senyum..tp pucat..arwah selamat dikebumikan pagi tu jugak..
ape yang aku igt, malam tu baru aku nangis sunguh2..bru aku igt yang aku takkan dapat jumpa to'ki lg..kenangan bersama arwah adalah yang paling aku ingat dan sentiasa bersamaku..dan setiap kali raya, umah ku akan dipasang pelita dan lampu..kate mak, setiap kali nk raye roh akan melawat saudara mereka..mak kate pasang lampu supaya senang to'ki nak jenguk..biar terang..dan aku percaya akan kate2 mak ake sbb aku sangat sayang to'ki aku dan aku tau mak aku sangat rindu kat die..
sekian,
To'ki In Memory..
Mr.Bean...
sbb ape i called him Mr. Bean...hmmm...ntah lah..aku sendiri pom tak tau nape aku beri gelaran Mr.Bean pada die...hehe...kesian kat die dapat gelaran camtu..klu die tau aku letak gelaran tu kat die...ape reaksi die agak2nye...? die marah ker?die buat donno je ker..or ape2 lah...ntah lahh...rase2 aku mesti die buat donno jer.. buat tak tau..sebab die ni mcm org yang tak pernah amek kisah pasal org lain..haha..ape tak nye..sejak die duk kat ofis aku tak pernah sekali berborak ngan kitorang..agaknye die ni pemalu kut..hehe..pernah ari tu die tegur aku sekali jer, tu pom sbb nk tanye camne nk baiki komputer die tu...aku bukan tau sgt pasal nk repair2 komputer ni..last skali aku suruh la die pegi tanye kat technician..kahkah...sian kat pak arab nih...
kenapa panggil die Mr. Bean..?laaa...nak tau jugak ker..okey2 lah..first2 aku jumpe die dlm bas time nk pi ofis. mase tu tak tau lg yang die akan duduk satu room ngan aku sbb semalam aku cuti sakit (sakit la sangat)...hehe...masa dalam bas tu, aku dah cakap kat dalam hati yang dia ni cam Mr. Bean..tp tak tau tang mane yg serupa ngan Mr. Bean yg kat tv tu..hehe...pastu aku pom bitau lah kat kawan aku ni, si Huda, merangkap ofismate aku jugak..dan si Huda ni mengiya kan kate2 ku ini...die pom mmg dah jumpa si pak arab ni semalam..aku pom ooo kan aje lah ape yang Huda cakap tu...hehe...
Mr. bean ni, pada aku lah, die ni seorang yang pendiam and tak banyak cakap..sbb time kawan2 die dtg kat room kitorg die ni memang tak banyak cakapdie ni tapi die mungkin gud listener..lg satu, die ni bile cakap suara die lembut la..tak mcm pak2 arab yang lain..suara yang kasar dan kuat...hehe..pastu dtg kat room kitorg n wat bising...aku yang tgh ngantuk leh jadi tak ngantuk...penangan kebisingan mereka tu lah...
oklah tamat cerita tentang Mr. Bean nih..nnt kan klu die bace blog aku nih mesti die benggang ngan aku sbb panggil dia Mr. Bean..tp aku yakin die tak kan bace sbb dia tak tau pasal blog ni..
so, kepada Mr. Bean mintak maap banyak2..hehe..
yang penting anda adalah tidak sama ngan Mr. Bean yang ditayangkan kat TV tu...tak sama langsung...Mr. Bean kat TV tu tak secomel anda..hehe..comel ker anda tu...
LAYANNNNN...
okey..chow untuk kali ni..
Mr. Bean Dekat Office
Hari ini, terbaca di surat khabar (nst), uihh...adik-adik kita ini masing-masing gembira sangat. Kita pula tumpang seronok melihat keletah mereka. Teringat pula zaman kecil dalu. Time masa untuk mengambil result UPSR, seronok dan lega walaupun tidak dapat 5A tapi yang seronok sebab sudah boleh masuk ke sekolah menengah...hehe!
Berbalik kepada kepada UPSR tadi, tak sangka budak-budak ini seronok menjawab ujian di dalam bahasa Inggeris. Kiranya mereka ini terror berbahasa inggeris. Walhal di kalangan orang dewasa banyak yang menyokong dan tidak kurang ada yang membantah.
okaylah..
Satu perkara lagi, kali ini poket aku bakal keringlah sebab ada janji yang perlu aku tunaikan pada adikku kali ini..
Lagi satu, tahniah juga aku ucapkan pada anak Dr. Jamaiah (Aisyah) sebab dapat 5A..tahniah!!