KKN DI DESA PENARI | Anda Akan Trauma
KKN DI DESA PENARI kisah benar yang diangkat ke layar perak benar-benar akan membuat anda tidak lena tidur malam.
Kesempatan menonton KKN di Desa Penari adalah sesuatu yang sangat tidak merugikan. Walaupun dalam keadaan takut, menonton sambil menutup mata, filem ini berjaya membuat cik suri berpuas hati 100 peratus.
Pengalaman cik suri menonton kisah ini betul-betul membuatkan cik suri tidak tidur sepanjang malam, malah menahan mata daripada terlelap kerana perasaan takut diganggu dalam tidur. Over kan!!!
Lagu latar belakang juga turut memainkan peranan. Berhari-hari terus terngiang-ngiang di corong telinga, dan otak akan mula membayangkan watak-watak mereka. eeiii...seram!!!
Macam mana hendak tidur.
Jangan cakap cik suri tak baca doa, segala surah dan zikir dah diulik untuk tidur, tapi tidak berjaya juga.
Kisah Benar dari Twitter
Kisah KKN di Desa Penari ini berlegar-legar di Twitter pada tahun 2019. Kisahnya mula diceritakan oleh pemilik Twitter yang bernama SimpleMan. Bermula dari situlah, kisah ini mula digarap dan diangkat menjadi sebuah filem dan disutradarai oleh Awi Suryadi.
Sinopsis KKN di Desa Penari
Filem ini mengisahkan tentang enam orang mahasiswa dan mahasiswi yang menjalankan Kerja Kuliah Nyata (KKN) di desa yang terpencil.
Ia diketuai oleh Nur dan lima lagi teman-temannya iaitu Ayu, Widya, Bima, Anton dan Wahyu.
Rencana awalnya Ayu dan Nur menemui Pak Prabu iaitu ketua desa tersebut. Pak Prabu asalnya tidak bersetuju dengan kegiatan KKN dijalankan di desa itu.
Setelah dipujuk oleh Ayu, akhirnya Pak Prabu terpaksa bersetuju dengan syarat mereka hendaklah menjaga perilaku dan menghormati adat resam desa itu.
Saat mereka berenam tiba di desa tersebut, Nur merasakan ada hal aneh. Begitu juga dengan Widya yang sepanjang perjalanan menuju ke desa, dia mendengar ada suara gamelan.
Widya bertanyakan hal itu kepada Pak Prabu, namun Pak Prabu menafikannya, dengan mengatakan kemungkinan kerana desa ini dikelilingi hutan dan bunyi tersebut datang dari hutan.
Pak Prabu juga telah membawa keenam sahabat ini berlawat sekitar desa tersebut. Setiba di makam warga, Nur terlihat kelibat hitam seumpama beruk besar memerhatinya. Nur hampir jatuh pengsan dan dibawa pulang ke kediaman oleh Bima.
Pak Prabu juga menegaskan kepada mereka agar tidak melewati Tapak Tilas yang menjadi sempadan antara desa tersebut dengan hutan.
Tetapi, Bima telah melanggar arahan Pak Prabu dan melintas masuk ke hutan. Bermula dari itu, mereka mulai diganggu kerana Tapak Tilas merupakan tapak misteri yang berkaitan dengan penari cantik yang dikenali sebagai Bidarawuhi.
Seterusnya...
Korang kena pergi menonton di panggung. Tak best la kalau cik suri bagitau keseluruhan ceritanya.
Scene yang Menakutkan
Di sini sedikit spoiler scene seram yang membuatkan cik suri tutup muka, intai sipi-sipi melalui tudung shawl yang sengaja dibawa sebagai selimut, intai ikut sebelah mata sahaja.
Pada awal cerita dimulakan, bunyi latarbelakang sudah cukup menyeramkan, ditambah dengan suasana kampung dan hutan yang gelap.
Selain itu, scene ketika Widya dan Nur pergi mandi di pondok mandi yang sudah pasti menyeramkan dan diselingkari oleh akar-akar kayu. Kedua mereka ini diganggu secara berasingan ketika mandi.
Masa ni cik suri geram betul, dah la tempat mandi tu gelap, lepas itu si Widya mandi terlalu lama pula. Kita pula yang geram sebab seram dengan suara-suara seram dan Bidarawuhi yang memerhati dia mandi.
Bukan sahaja scene yang menakutkan, ada juga scene lawak yang menyebabkan satu panggung pecah gelak.
Scene dimana ketika Wahyu dan Widya pulang dari bandar dan terpaksa melalui hutan untuk pulang ke desa penari. Lawaknya ketika si Wahyu "bermulut lepas" ini bergurau tentang hantu dan akhirnya motor yang mereka naiki betul-betul rosak.
Ketika Widya dikelilingi oleh roh-roh itu paling seram. Dan waktu itu juga, Ayu terpaksa menari tanpa henti, adalah antara scene sedih.
Scene suspens pula bila mbak buyut yang menyerupai anjing datang menyalak dan menjemput widya untuk keluar dari Tapak Tilas itu.
Okey. Done!!!
Setakat itu sahaja spoiler reveal, tak syoklah kalau cerita lebih banyak.
Rating dari Cik Suri
Ohh...sudah pastinya cik suri bagi markah penuh. Tadi kan dah cakap awal-awal, cik suri berpuas hati 100 peratus dengan filem ini.
Mestilah kena bagi 5⭐⭐⭐⭐⭐.
Pengajaran dari Kisah Ini
Cerita ini sarat dengan pengajaran yang boleh dikutip untuk dijadikan sebagai panduan. Menjaga adab ketika berkunjung ke tempat orang. Hendaklah menghormati adat resam tempat tersebut.
Menjaga diri dan jangan mudah terpedaya dengan hawa nafsu. Sebagai contoh, bagaimana Nur memarahi dan menasihati Bima apabila dia terjerumus dengan godaan Bidarawuhi. Nur juga menegur Bima yang mulai lalai dan tidak menunaikan solat.
No comments:
Post a Comment