Panduan Lengkap Hiking di Kemaman: 7 Best Spot Hiking Wajib Cuba Bagi Pencinta Alam
Kemaman bukan sahaja terkenal dengan jujukan pantai yang cantik dan makanan laut yang segar, malah daerah ketiga paling besar di negeri Terengganu ini turut menjadi hidden gem bagi peminat aktiviti mendaki. Dari laluan santai yang sesuai untuk seisi keluarga sehinggalah trek pendakian yang mencabar. Kemaman menawarkan pelbagai pilihan mengikut kesesuaian anda sebagai pencinta alam. Uniknya, bukit-bukit yang ada di Kemaman kebanyakannya mempunyai laluan yang tidak terlalu sukar dan mesra untuk pendaki baharu, individu yang ingin mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktiviti riadah keluarga. Selain itu, terdapat juga trek pendakian yang menawarkan pemandangan Laut China Selatan yang luas terbentang berserta dengan kapal-kapal laut yang menuju ke pelabuhan. Tidak ketinggalan juga dengan spesis flora dan fauna yang pelbagai di dalam hutan. Isi Kandungan: Mengapa Kemaman Menjadi Destinasi Pilihan Mendaki Senarai 7 Pilihan Bukit yang Wajib Anda Cuba Waktu Terbaik unt...

Ulasan
ade peluang lg ke jadik remaja impian?teringin jgak....hihi
berjiwa remaja...
yg penting nilai yg ingin disampaikan..supaya menjadi bekalan untuk hidup..