Assalamualaikum
Hai, semua.
Wah!!! Lame betul tak update blog Kembara Suri. Sibuk sangat dengan persiapan untuk hari raya la tu. Di tambah pula kerja office yang melambak tapi malas untuk siapkan. Sebab itulah selalu kena marah dengan bos. Lepas itu, macam-macam lagi alasan yang pokok pangkalnya Cik Suri yang mengelat. Hihihi :)
Sorry boss!
Pernah tak korang set dekat otak untuk pergi tempat-tempat yang teringin sangat untuk melawat. Cik Suri pun dah letak bermacam-macam angan-angan dalam otak ini. Nak pergi situ, nak pergi sini! Banyak betul tempat yang teringin sangat hendak pergi. Dapat melihat dan menikmati tempat orang pasti seronok, kan.
Lagi-lagi bila dapat melihat keindahan alam dan suasana yang segar, aman damai, itulah yang paling Cik Suri suka.
Nak bagitahu, Cik Suri ada tujuh tempat yang mesti, akan, kena, perlu, whatever is it, Cik Suri kena lawati juga. Bak kata orang, ini adalah tempat impian Cik Suri. Sampai terbawa-bawa, termimpi-mimpi. Katanyalah... Over, kan?
1- Kundasang, Sabah.
Bah kalau-kalau kau!!
Itu dia, gambar pemandangan yang di ambil dari Google Search!
Kenapa Kundasang, Sabah?
Sebenarnya, Cik Suri pernah tengok dalam televisyen, pemandangan di Kundasang tersangatlah cantik, segar-bugar dan hijau. Lagi-lagi kalau kita lihat dari atas bukit. Cantik betul pemandangannya.
Kundasang ini ibarat macam Cameron Highland jugalah. Sejuk, damai, tumbuhan segar, hijau dan suasana kampung. Tapi, Cik Suri tidak berapa tahu dan jelas sangat tentang apa yang menarik di Kundasang. Maksudnya, Cik Suri kena pergi dulu, then barulah banyak ceritanya!
Hehehehe!
2- Kota Mekah al-Mukarramah
Mekah dan Madinah adalah tempat yang menjadi impian setiap muslim. Sudah pastinya setiap umat Islam wajib untuk sampai ke sini bagi melengkapkan rukun Islam yang ke-enam. Sama ada untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah bagi yang berkemampuan.
Bagi orang yang mempunyai kemampuan baik dari segi kewangan, kesihatan, kelapangan memang wajib sampai ke sini. Berdoa di hadapan Kaabah, memohon kesejahteraan dunia dan akhirat. Tempat yang mustajab doa kita dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Inshaa Allah.
3- Hallasan Mountain, Jeju-do Island, South Korea
Benda yang menarik di Kepulauan Jeju, Korea Selatan ini. Selain melawat Hallasan National Park dan mendaki Gunung Hallasan yang merupakan bekasan shield valcano. Sudah pastinya bekas pergunungan hasil valcano ini sudah tidak aktif.
Hallasan Mountainini juga telah diiktiraf sebagai salah satu "World Herritage Sites" oleh UNESCO Biosphere Reserve pada December 2002. Kalau di Malaysia, kita ada Tapak Geopark di Langkawi yang juga telah mendapat pengiktirafan dari UNESCO.
Bangga tau sebab dulu Langkawi Geopark ini salah satu projek research Cik Suri bersama Prof. Madya Dr. Shafeea Leman, Prof. Ibrahim Komoo dan team dari Pusat Lestari, dan Dr. Jamaiah sebagai ketua projek dari Fakulti Teknologi dan Sains Multimedia, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sempatlah Cik Suri berkerja selama satu tahun sebagai Research Assistant (RA) di bawah Dr. Jamaiah dan Prof. Shafeea. Kemudian berhenti kerja sebab dapat offer lain.
Selain mendaki Hallasan Mountain, kita juga berpeluang untuk melihat lava tubes di Manjang Cave. Di kawasan pergunungan ini, mereka juga menyediakan tapak perkhemahan untuk sesiapa sahaja yang suka akan aktiviti berkhemah macam Cik Suri. Bestnya kalau dapat buat aktiviti-aktivi macam ini. Lama betul tidak beraktiviti lasak.
Melawat musium beruang yang terkenal di Jeju iaitu Jeju Teddy Bear Museum. Seronok juga kalau dapat melawat sambil memeluk teddy bear yang gebu. Museum ini mempamerkan pelbagai koleksi teddy bear dengan pelbagai jenis gaya. Mesti cute! Teringat K-drama, My Princess (Goong). Berangan lah kejap.
Memiliki cultural yang menarik, pemandangan pantai yang cantik, makanan korea macam dalam drama tv, Jeju Island juga mempunyai Pusat Perkembangan Islam yang mewakili menjadi rujukan muslim do negara Korea Selatan ini. Jadi, tidak perlu risau untuk mendapatkan makanan yang halal.
4- Negara Turkey
5- Paris, France
Kota cinta yang menjadi pilihan ramai pasangan romantis sebagai lokasi honeymoon. Memiliki Eifel Tower yang menjadi ikon cinta. Pemandangan yang cantik untuk kenang-kenangan.
6- Kyoto, Jepun
7- Australia
Adelaide, Melbourne, Perth, Sydney, Brisbane antara lokasi yang ramai orang lawati.
Cik Suri meletakkan Australia di dalam bucketlist tempat yang ingin dilawati. Teringin sangat melihat dengan dekat kangaroo dan kaola. Mesti cute, kan. Jom kita pergi ke Kangaroo Island yang semestinya banyak kangaroo yang melompat ke sana, ke mari. Pandangan pantai yang cantik, mempunyai alam semulajadi yang dipelihara. Mungkin negara ini mempunyai sistem perancangan permodenan tanpa merosakan alam sekitar. Kelestarian terjamin.
Beginilah ceritanya. Sekadar membuat posting supaya tidaklah sendu sangat bloh Kembara Suri ini. Panjang-panjang tulis, last sekali hilang mood dan malas nak mengarang.
Actually, ini adalah draft yang sudah lama di dalam list post yang tidak sempat untuk disiapkan dan update. Asyik ter"pending", kerana kebelakangan ini sangatlah busy.
Hari ini sempatlah rehatkan otak. Semalam baru selesai external audit dari client, Baker Hughes.
Sebelum balik ke rumah, curi masa sedikit update blog. Barulah kurang sikit sawang-sawang spiderman di blog Cik Suri nih!!!
okey, daaa...
wassalam. senyum sokmo!