RESEPI M&M OAT COOKIES, MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum

Lama betul cik suri tak share resepi kan?

Semalam cik suri plan hendak buat "m&m oat cookies". Kesemua bahan-bahan sudah siap dibeli. Sekali, balik rumah mak cik suri dah habiskan separuh blok margerin yang ada di dalam peti ais. Sedihnya, sampai rasa nak menangis. Ialah kita ni dah plan awal-awal. 

Sebenarnye butter tu sudah lama sis suri beli dan simpan dalam peti, dan semacam tiada sesiapa pun yang sudi gunakan. Itu yang cik suri plan untuk baking, alang-alang dari dibiarkan benda itu rosak atau luput tarikh. 

Semalam tengah hari yang terik, cik suri jalan banyak tempat mencari bahan-bahan yang terlupa nak beli, jadi bila kehilangan marjerin secara misteri ini betul-betul merosakkan mood nak baking. 

Panas-panas hati, terus masuk bilik dan tidur di kala tok khatib tengah membaca khutbah Jumaat. Tapikan, bila semangat kerajinan itu ada, keinginan nak buat jugak cookies tetap tidak boleh dihalang, cik suri terus bangkit dan buat juga separuh adunan dengan menggunakan separuh marjerin yang berbaki.... hehehe :)

Okay, cik suri kongsi resepi untuk membuat m&m oat cookies!!!! 
(sila baca dengan nada doraemon sedang mengeluarkan alatan dari poketnye)

Bahan-bahannya adalah:
100g gula castor
100g gula perang
115g butter
1 biji telur gred A
120g peanut butter 
2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam
120g mini m&m
120g chocolate chips
250g oats

Dan cara membuatnya pula:

Mula-mula satukan gula castor, gula perang dan marjerin ke dalam bekas. Pukul sehingga menjadi creamy. Kemudian masukkan sebiji telur dan esen vanilla, dan kacau secara perlahan-lahan sehingga adunan sebati.

Langkah seterusnya, masukkan peanut butter, garam, baking soda. Gaul perlahan sehingga adunan sebati, creamy.

Kemudian campurkan mini m&m, chocolate chips, dan oats. Gaul rata dan sebati. Scoop kan satu sudu kecil dan susun sebaris-sebaris di atas dulang pembakar.

Sementara itu panaskan oven dengan suhu 160 celcius selama beberapa minit.

Masukkan dulang dan bakar cookies dengan suhu 160 celcius tadi selama 10-15 minit mengikut kesesuaian oven. Pandailah adjust, takut nantikan terbakar pula cookies awak.

Taadaa...dah siap!!!

Bila sis suri makan memang tak boleh berhenti. Sedap!!!
Sayangnya adunan cik suri separuh sahaja, boleh dapat sedikit sahaja cookies nya, tak sampai lima puluh biji. 

Pesanan:
Ingat!!! scoop kecil-kecil tau sebabnya cookies ini akan mengembang jadi gemok apabila ia dibakar.

Mana gambar...gambar mana?
"oppss...sorry laa.. tak ada gambarlah. cik suri tak snap gambar pun." 
Lain kali cik suri cuba buat lagi dan letak gambar kat sini yer!!!

daaah....jangan lupa cuba buat yer...!!! :)
Sedap, tak tipu.


wassalam
senyumsokmo
~bila cik suri masuk dapur~

No comments:

Ad Code

Responsive Advertisement