Thursday, September 11, 2014

::7 PLACES FOR ME::

Assalamualaikum

Hai...hai...hai semua. wah!!! lame betui tak update blog kan. sibuk dengan persiapan hari raya lah. kemudian kerja office yang melambak tapi malas nak siapkan. jadinya, kena marah dengan bos.
macam-macam lagi alasan yang pokok pangkalnya cik suri yang pemalas. hihihi :)

korang mesti pernah set dekat otak tempat-tempat yang korang teramat teringin melawat. cik suri pun dah letak angan-angan dalam otak. banyak tempat yang teringin sangat pergi. dapat melihat tempat orang pasti seronok kan. dapat melihat keindahan alam dan suasana yang segar damai tu lah yang paling cik suri suka. 

cik suri ada tujuh tempat yang mesti, akan, kena, perlu, ape-ape pun cik suri kena lawat jugak. bak kata orang ini adalh tempat impian cik suri nak pergi. sampai termimpi-mimpi. katenye lah...

no. satu :
kundasang, sabah



kenapa kundasang yer. cik suri pernah tengok dekat tv, view kundasang sangat segar dan hijau. lagi-lagi kalau kite lihat dari bukit. cantik pemandangannye. kundasang ibarat macam cameron highland jugak. sejuk, damai, tumbuhan segar, hijau dan suasana kampung. tapi cik suri tak berapa jelas sangat ape yang menarik di kundasang. hehehehe


no. dua :
kota mekah mukarramah



bagi cik suri, ini adalah tempat yang wajib atau kena bagi setiap umat islam untuk pergi. wajib tu tak lah sebab dalam rukun islam ada kata menunaikan haji bagi yang berkemampuan. jadi, bagi orang yang mempunyai kemampuan baik dari segi kewangan, kesihatan, kelapangan patutlah pergi. berdoa di depan kaabah memohon kesejahteraan dunia dan akhirat. tempat di mana doa kita dimakbulkan, inshaaAllah.
waallahu a'lam.

no. tiga :
hallasan mountain, jejudo island, korea





ape yang menarik di jejudo island, korea.  selain melawat hallasan national park dan mendaki hallasan mountain yang merupakan bekasan shield valcano. yang pastinya valcano hill ni dah tak aktif dengan kata lain sudah mati. hallasan mountain juga telah diiktirafkan sebagai salah satu world herritage sites by UNESCO Biosphere Reserve pada December 2002. di Malaysia, kita ada tapat Geopark di Langkawi yang juga telah mendapat pengiktirafan dari UNESCO. bangga seyh...sebab dulu langkawi geopark salah satu projeck cik suri bersama prof. madya dr. shafeea leman , prof. ibrahim komoo dan team dari lestari, ukm dan ftsm, ukm.

selain mendaki hallasan mountain, kita juga berpeluang untuk melihat lava tubes di manjang cave. hallasan mountain juga menyediakan tapak perkhemahan untuk sesapa yang suka berkhemah macam cik suri. bestnya kalau dapat buat benda ni semua. lamah dah tak beraktiviti lasak.

jeju teddy bear museum yang terkenal di kepulauan jeju. seronok juga kalau dapat melawat museum teddy yang begitu banyak teddy bear dengan pelbagai gaya. mesti cute kannnn...

cultural, beautiful scenery of beaches, korean food (yang ni kena cari yang halal). jeju island mempunyai pusat perkembangan islam yang mewakili negara korea ini. so, no worries untuk mendapatkan makanan yang halal.

no. empat :
ottoman turkey




no. lima :
paris, france






no. enam :
kyoto, jepun






no. tujuh :
australia

adelaide, melbourne, perth, sydney, brisbane dan macam-macam lagi.
cik suri pula, australia termasuk dalam list tempat yang  cik suri mahu lawati. teringin sangat melihat dengan dekat kangaroo dan kaola. mesti cute kan. jom pergi ke kangaroo island. mesti banyak kangaroo yang melompat ke sana ke mari kan. pandangan pantai yang cantik, mempunyai alam semulajadi yang dipelihara. mungkin negara ini mempunyai sistem perancangan permodenan tanpa merosakan alam sekitar.





hahaha...last sekali dah takde mood dan malas nak tulis panjang-panjang dah. actually, ni draft dah lame duk dalam list post yang tak sempat nak update. asyik terpending jer sebab tak cukup masa. tetiba banyak pulak kerja nak kena siap kan. semalam baru jer habis audit dari baker hughes. 

so, sebelum balik rumah, curi masa sikit update kan blog. baru lah kurang sikit sesawang spider di blog cik suri nih!!! okey, daaaa...


wassalam
senyumsokmo
::projectbesarciksuridoadoakanlah::

2 comments:

nabihah said...
This comment has been removed by the author.
nabihah said...

yg atas tu abaikan,haha. sue, bila nak oversea ,huhu