RAMADAN JANGAN PERGI
Assalamualaikum
Hari ini sudah masuk hari ke-26 kita semua berpuasa. Dan, malam tadi malam ke-27.
Lailatul Qadar ke?!!!
tiada siapa yang mengetahuinya. kita sebagai umat Islam disarankan untuk mempertingkatkan amal ibadat pada kesepuluh malam terakhir ramadan.
bagaimana kita semua, masih berjayakah?!!! cik suri tertewas jugak malam tadi. dalam hati berdoa agar dapat meneruskan berpuasa hingga ke hujung Ramadan, tetapi kena redha atas hadiah daripada Sang Pencipta. sudah fitrah penciptaan kaum hawa, diberi keistimewaan.
kerana itu, tidak dapatlah beribadah terawih dan mengejar malam Lailatu Qadar. jangan sedih, kita masih lagi boleh beribadat walaupun bukan dengan cara bersembahyang sahaja. kita masih lagi boleh berzikir, mendengar bacaan al-Quran dan banyak lagi.
ini beberapa tips yang cik suri dapati daripada beberapa bahan bacaan. kaum hawa, jangan risau, kita masih boleh beribadat walaupun berada dalam keadaan tidak suci.
redha dengan ketentuan Allah :)
ramadhan tahun ini mengajar cik suri tentang redha. cik suri belajar untuk redha, alhamdulillah dapat sikit-sikit. terima setiap kejadian atau insidenatau kritikan atau cemuhan dengan hati terbuka. anggaplah setiap apa yang terjadi adalah ujian daripada allah untuk menguji kita. alhamdulillah bersyukur. begitu juga tatkala cik suri menyedari cik suri tidak dapat menunaikan solat maghrib malam tadi. terus terkeluar dari mulut, alaaa, dah tak boleh puasa...malam ni malam ke-27, tak boleh terawih. rancangan untuk bersolat malam terganggu, al-Quran dah masuk juzuk ke-27. sikit jer lagi. tapi, itu ujian Allah untuk cik suri. kita kena redha. cik suri nak sangat jumpa lailatu qadar but kena ingat Allah selalu sebut "kun fayakun", yakni maksunya "jadi, maka jadilah". alhamdulillah, cik suri tersedar. redha itu penting. ada ganjaran pahala untuk orang yang redha, in shaa Allah!!!
bangun malam di sepuluh malam terakhir ramadan
pada malam 10 terakhir ramadan ibadat terbaik ialah solat sunat. tapi bila dah bendera mrah jepun ni, memang tak boleh lah nak bersolat. jadi, kita ganti dengan cara :
- membaca atau mendengar bacaan ayat al-quran tanpa memegang naskah al-quran
- bertadabbur ayat-ayat al-quran dengan membaca tafsir al-quran, memahami maksud melalui ayat-ayat
- dzikrullah dengan mengingati Allah, melalui hati, lidah dan perbuatan.
antara zikirnya :
~ SubhanAllah - maha suci Allah
~ Alhamdulillah - segala puji bagi Allah
~ Allahu Akbar - Allah maha besar
~ La Ilaha illah Allah - tiada tuhan selain Allah
~ SubhanAllahi wabihamdih, SubhanAllahil 'Adzim - maha suci Allah dengan segala pujian kepada-Ny, maha suci Allah yang maha Agung
~ La hawla wa la quwwqta illa billah - tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah
dan pelbagai zikir2 yang lain
- ucapan istighfar memohon keampunan dari Allah
~ Astaghfirullah al 'adzim
- berdoa memohon hajat untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Berdoa juga adalah ibadat :)
doa malam Lailatul Qadar :
dan, banyak lagi ibadat yang boleh kita lakukan. tetapkan hati kepada Allah, ikhlaskan hati kepada Allah, Allah Maha Pengampun, in shaa Allah :)
In Shaa Allah, rakan-rakan perempuan jangan risau, mula-mula cik suri jugak risau, selepas membaca serba sedikit, hati dah lega. kita masih boleh lagi beribadah di malam 10 terakhir ramadan walaupun berada dalam haid.
hujung kata, cik suri ucapkan selamat hari raya aidil firi, maaf zahir dan batin. hati-hati bila memandu. ingatlah family yang tersayang.
wassalam
senyum sokmo :)
::selamatharirayaciksurijatuhhatipadazillfaezrul::
No comments:
Post a Comment