Assalamualaikum
Siapa pernah menonton telemovie bertajuk “Cinta Gila” lakonan
Diana Amir dengan Aidil. Telemovie ini pernah ditayangkan pada awal January 2013. Pelakon
lelakinya Cik Suri tidak berapa kenal tetapi jalan cerita telemovie ini memang best dan sangat
kelakar.
Kisahnya, si lelaki yang bernama Zaman ini sangat stress
dengan ibu bapanya yang asyik memaksa dia untuk berkahwin.
Pada permulaan cerita, si Zaman dan ahli keluarganya pergi merisik girlfriend si Zaman, tetapi bapa si Zaman akan tanyakan satu soalan dan sekiranya si gadis itu gagal memberi jawapan
yang dikehendaki oleh ayah Zaman, secara automatiknya si gadis itu ter’reject’ serta merta.
Ceritanya, si Zaman sudah beberapa kali membawa parents nya pergi merisik girlfriends nya tetapi semuanya ditolak oleh bapanya kerana tidak memberi jawapan yang betul.
Oleh kerana dia terasa stress dengan bapanya, akhirnya dia
berpindah seketika ke rumah adiknya dan merancang untuk mencari calon isteri menggunakan taktik yang dilakukan di dalam filem “Musang Berjanggut”. Tetapi
taktiknya itu gagal.
Pada suatu hari tu, dia bertembung dengan Humaira, lakonan
Diana Amir dan bermulalah taktiknya untuk mengenal dan memikat hati Humaira dengan cara
dia menyamar menjadi gila kerana tertekan.
Berjayakah Zaman memikat Humaira? Taadaaa!!!
Untuk kesudahan telemovie ini, korang kenalah tengok sendiri. Macam
tak best pula kalau Cik Suri bagi cerita berpanjang-jela.
Tetapi,
Apa yang Cik Suri suka tentang cerita ini adalah sifat bapa
Zaman yang betul-betul mencari menantu yang boleh menjaga tatasusila sebagai
perempuan.
Bapa dia selalu kata,
“Carilah perempuan bukannya betina. Isteri kenalah
seorang yang cerdik”.
Inilah soalan yang ditanya oleh bapa Zaman,
“Apa tanggungjawab seorang
isteri.”
Dan jawapan Humaira adalah,
“Tiga M iaitu menarik, memahami dan
mendoakan.”
Telemovie ini amat memberi kesan kepada Cik Suri. Walaupun dalam gelak ketawa menonton, ada pengajaran yang kita boleh ambil sebagai pelajaran.
Bagaimana pula sifat seorang lelaki yang bertanggungjawab?
Suami yang baik adalah suami yang:
Bertanggungjawab pada Pencipta iaitu ALLAH s.w.t
Bertanggungjawab pada keluarganya
Bertanggungjawab kepada masyarakat sekelilingnya,
rakan-rakan, teman sekerja
Dan...In shaa Allah,
Secara tidak langsung dia akan bertanggungjawab kepada isteri dan anak-anaknya.
Yang pasti suami yang baik dia sayang sangat dekat isterinya...
Tak gitu?
hehehe :)
Sedikit sedutan daripada promo telemovie CINTA GILA
Jemputlah melayan telemovie ni, hanya lebih kurang dua jam sahaja.
Wassalam, cik suri yang menulis
Senyum Sokmo ;)