HUJAN DAN PANTAI
Assalamualaikum
Selamat berhari minggu semua tapi hari ini cik suri tetap
bekerja seperti hari-hari Ahad yang lalu.
Almaklumlah, Terengganu kan hari
bekerja Ahad hingga Khamis, tetpi Jumaat pun Cik Suri tetap bekerja
halfday...huhuhu... Takpa, ini adalah rezeki Allah. Jangan mengeluh :)
Lately ni, hari selalu hujan terutama waktu pagi. Sejuk dan
terasa malas nak bangun pagi dan pergi kerja. Seronokkan kalau dapat berbungkus
dengan selimut. Lepak-lepak kat rumah sambil tengok cerita korea. Best sesangat...hehehe :)
Cuti Awal Muharram baru-baru ni, Cik Suri teman adik Cik Suri ke kedai keropok. Kedai
tu betul-betul mengandap dengan pantai. Hanya kite perlu seberang jalan jer dan
jalan kaki sedikit dah jumpa pantai. Kebetulan pulak, pagi tu memang sedikit
lebat. Actually tak reti Cik Suri nak
describe kan tahap kelebatan hujan sebab tak lebat sangat dan tak renyai
sangat. Kalau lalu bawah hujan tu boleh basah jugaklah baju.
Menariknya, suasana waktu tu sangat cantik. Cik Suri duduk
dekat kedai tu sambil memandang ke arah pantai. Tak dapat Cik Suri nak bayangkan
view waktu tu. Langit kelihatan muram kekelabuan. Pantai nampak jauh dan
berkabus dan pokok rhu tegak berdiri ibarat tiada angin yang sudi menyapa. Suasana
time tu sangat statistik. Udara sejuk. Ombak kelihatan kasar menghempas ke pasir. Sangat cantik!!!
Dan, saat itu, Cik Suri sedang bayangkan suasana itu. Memang
takleh halang ia dari menjengah kotak fikiran ini. Tak sabar menunggu waktu petang kerana mahu
melawat ke pantai. Dalam hati berdoa agar petang ini hujan turunlah walau tidak lebat
sekurang-kurangnya renyai-renyai. Agar Cik Suri dapat memandang lagi kecantikkan pantai di waktu hujan.
Mode: Tak sabar tunggu waktu petang.
Wassalam
Senyum sokmo :)
No comments:
Post a Comment