AUDIT DAN ZUMBA
Assalamualaikum
Tengah-tengah malam sempat lagi nak mengupdatekan blog cik suri ni. bulan march adalah bulan yang agak sibuk bagi cik suri. terpaksa hadapi dua external audit daripada Baker Hughes dan Halliburton. bulan yang memenatkan. terpaksa kerja lebih masa untuk memastikan segala document tersedia dan dikemaskini walaupun yang nyata cik suri bukanlah pekerja yang baik. tetapi cik suri cuba untuk memastikan semua teratur dan sediaada untuk audit.
Ditambah pula dengan kesibukan cik suri membusybodykan diri untuk mendapat update2 terkini tentang MH370 dan juga spekulasi2 dan kontroversi yang ada di laman2 sosial...kesibukan sampingan. dan yang nyata, masih belum ade khabar yang menggembirakan kite semua... teruskan berdoa untuk mh370. InshaALLAH...
Sedikit tips untuk persediaan ketika anda diaudit.
1- Get ready dengan semua document. pastikan anda tahu di mana anda simpan document, file no., control no, di rak mane, dan sebagainya.
2- Jangan gelabah, relax sahaja. pastikan anda memberi apa sahaja dlocument yang diminta oleh auditor. jangan tunjukkan file kepada auditor. seboleh2nya hanya bagi copy sahaja, yang diminta sahaja.
3- Bear in mind, auditor tak makan orang. diorang datang untuk mengaudit, dan bukan untuk mencari kesilapan. setiap auditor memang dilatih untuk membetulkan apa sahaja kekurangan di dalam sesuatu organisasi. tak semua company adalah perfect. so, kena ingat, setiap kesilapan adalah untuk diperbetulkan bukan untuk saling menyalahi.
4- Mengetahui setiap bidang tugas masing-masing. fahami setiap kerja dan proses rutin setiap individu itu sendiri. bersedia dengan segala pertanyaan yang akan diajukan oleh auditor. kena ingat, komitmen kita pada kerja adalah sangat membantu kite.
5- Bersikap jujur. jangan cuba menyembunyikan kekurangan. berterus terang adalah langkah terbaik kerana audit bukan untuk mencari kesilapan tetapi untuk memperbetulkan kesilapan. menerima Ncs adalah satu cara untuk kita meningkatkan prestasi kite. jawablah dengan fakta bukan auta.
6- Auditor adalah tetamu yang bertandang ke rumah kita (office). jadi sambutlah mereka dengan baik dan elakkan daripada rasa tertekan dan tegang. sentiasa berikan mereka tanggapan yang positif tentang kita dan jangan lupa selalu senyum.
Jadi, cik suri telah selesai dengan dua external audit dan berasa sangat lega. cik suri tak berasa kisah sangat pasal keputusan audit itu. apa yang penting, i've learned something from the auditors. cik suri sangat suka bile ada audit. hahahaha :)
Cik suri dah boleh enjoy.
dan, korang pernah dengar tak pasal zumba. macam menarik jer kan. haritu cik suri ada menonton zumba di youtube bersama rakan2. zumba ni ala-ala macam kite bersenam aerobik jugak. rasa macam excited pulak nak berzumba. petang tu, terus ke kedai sport membeli kasut sukan. alasan untuk berzumba.
dan, korang pernah dengar tak pasal zumba. macam menarik jer kan. haritu cik suri ada menonton zumba di youtube bersama rakan2. zumba ni ala-ala macam kite bersenam aerobik jugak. rasa macam excited pulak nak berzumba. petang tu, terus ke kedai sport membeli kasut sukan. alasan untuk berzumba.
Berzumba bagus untuk kita meregangkan badan. lagi-lagi lepas penat seharian bekerja. so, cik suri dah make a promise dengan office mate to join her to kelas berzumba. tak sabar...
Korang boleh tonton video ni. cam best jer diorang menari. macam nih boleh kurus dan ramping pinggang. jom kite try reramai...
dan, lagi...
okey....!!!
Wassalam,
senyum sokmo
:.excitednakberzumba.:
No comments:
Post a Comment