USTAZ

Assalamualaikum

Mengucap dan beristigfar cik suri melayari internet semalam dan juga hari ni. cerita tentang teguran wardina.  terhadap ustaz kesayangan semua orang termasuk cik suri, Ustaz Don Daniyal. cik suri tak salahkan wardina, mungkin sis wardina terpengaruh dengan video edit yang dilakukan oleh seseorang itu. cik suri tidak jelas mengenai video itu, cik suri tak mahu ambil pusing kerana berdiam lebih baik jika kita tidak arif tentang sesuatu itu. biarlah ustaz don daniyal menjelaskan nya sendiri.

cik suri sangat mengkagumi kekredibilitian ustaz don nih. antara lain ustaz faveret cik suri, ustaz harun din, ustaz syed hisyam, ustaz badlishah, dan beberapa lagi yang cik suri tak tahu nama, tetapi selalu mendengar ceramahnye di tv.

tetapi, untuk ustaz don, memang cabaran baginya sebagai seorang ustaz muda yang sedang berusaha untuk mengajak kita menuju ke jalan amar maaruf dan menjauhi nahi munkar. mendengar dan menghadiri majlis ilmu ustaz don adalah sesuatu yang sangat cik suri suka. mengenali ustaz don, telah membawa cik suri lebih bersemangat mengumpul ilmu agama dan mengukuhkan jiwa islam di dalam diri cik suri. setiap majlis ustaz don, telah membuatkan cik suri memegang al-Quran di tangan, sama-sama membuat rujukan. memahami setiap maksud ayat dan memahami apa yang diterangkan oleh ustaz. Alhamdulillah..ustaz sangat membantu cik suri.

dan,
hari ini, kita dihidangkan dengan pelbagai fitnah yang ingin menjatuhkan ustaz don, oleh seseorang yang sudah beberapa kali cuba membuat menfitnah terhadap ustaz-ustaz yang lain. berdiam dirikah kita dengan golongan yang cuba untuk memecah belahkan umat Islam di negara kita ini. Allahu Akbar...Ya Allah, peliharalah kami daripada fitnah-fitnah manusia yang menzalimi diri mereka sendiri ini. bukalah pintu hatinya untuk kembali ke jalan yang benar. bukakanlah hati untuk berhenti daripada melakukan perkara yang nyata merugikan dirinya sendiri.

buat ustaz don daniyal, cik suri bersama rakan-rakan islam yang lain sentiasa menyokong ustaz. teruskan memberi ingatan kepada kami tentang ajaran islam, seperti yang telah diwasiatkan oleh nabi kita, Muhamad s.a.w berlandaskan al-Quran dan as-sunnah. teruskan memberi semangat kepada kami tentang asal usul galur keturunan bangsa melayu islam nusantara. kita adalah bangsa melayu islam yang pintar seperti yang ustaz ceritakan. kami tak mahu jadi umat islam yang lupa tentang asal keturunan kita. setiap kali mendengar intipati ceramah ustaz, setiap kali itu juga air mata ku menitis. terutama apabila ustaz menceritakan tentang sirah nabi Muhamad s.a.w dan para sahabat. seronok mendengar sehinggakan ingin berada di zaman itu.

ustaz telah membuka mata saya tentang sesuatu. terima kasih :)


Wassalam
dan, senyum sokmo :)

No comments:

Ad Code

Responsive Advertisement