Assalamualaikum
Salam akhir Ramadhan. Tinggal lagi 2 hari kita semua umat
Islam berpuasakan. Terasa begitu cepat
pulak masa berlalu. Tup-tup dah esok last puasa. Raya pulak yang datang.
Bagi Cik Suri, puasa tahun ini agak lemah dari puasa tahun
lepas. Tewas di akhir 10 Ramadhan ini. Raya Cik Suri sejak dua tahun kebelakangan
ini pun kurang meriah. Bukan dari segi family tetapi personally dari diri Cik
Suri sendiri. Mungkin persiapan meriah tetapi jiwa untuk meraikannya tidak lagi
seperti dulu. Mungkin kerana Cik Suri
sudah meningkat dewasa dan sudah ber”usia”.
Semangat raya semakin hilang ke?!!!. Tidak dapat dipastikan.
Bagaimana persiapan Hari Raya tahun ni.
Keluarga Cik Suri menyambut Aidilfitri biasa-biasa sahaja.
Tidak berlebih kerana kami bukanlah dari golongan berada. Apa yang ada, itulah
yang kami pakai. Tapi sekarang ni emak dan ayah agak berasa senang sikit. Sebab
kami adik beradik dah kerja and dah boleh support keluarga untuk membuat
persiapan. Cik Suri hanya mampu tong-tong serba sedikit.
Kuih raya pun tidak beli banyak seperti tahun lepas, kerana
tahun ni orang yang buat kuih tahun lepas tidak membuat kuih tahun ni. Jadinya,
Cik Suri tidak membeli banyak dan hanya
sempat membuat dua tiga jenis sahaja. Agak bernasib baik jugak, adik Cik Suri
ada membeli beberapa balang kuih raya dari kawan-kawan office dia.
Baju raya pun tak membeli sangat. Semalam keluar dengan
rakan sepejabat untuk membeli tudung. Malangnya, Cik Suri balik dengan tangan
kosong sahaja.
Petang tu, balik dari office Cik Suri sempat singgah kat
kedai untuk membeli tudung. Akhirnya, dapat jugak. Itu pun pekerja kedai tu
yang tolong pilihkan selepas Cik Suri tunjuk gambar baju.
Pulang rumah, tunjuk kat mak. Mak tanya berapa harga, tetapi
tak sampai hati nak beritahu, kerana Cik Suri telah tewas dengan nafsu untuk
sehelai tudung singkat ni.
Bersambung....
Wassalam dan senyum selalu :)
Bersambung....
Wassalam dan senyum selalu :)
PERGINYA RAMADHAN
by
Suri Suriyani
on
August 07, 2013
Assalamualaikum Salam akhir Ramadhan. Tinggal lagi 2 hari kita semua umat Islam berpuasakan. Terasa begitu cepat pulak masa berlalu. T...