JODOH DAN CINTA
Assalamualaikum
Ramadhan, hari ke-9.
Bulan-bulan Ramadhan, boleh pula Cik Suri nak bercerita tentang jodoh dan cinta. Bukan apa, Cik Suri baru menerima jemputan ke majlis kahwin ex-housemate masa kerja jadi Assitance Researcher di UKM dulu. Tahniah buat sahabatku, Zaihanadia dan bakal suami. Cik Suri harap majlis akan datang berjalan dengan lancar hendaknya dan berharap kalian berbahagia hingga ke hujung nyawa. Haa gitu...
Cik Suri cuma ingin kongsi gambar yang Cik Suri jumpa ini dengan viewer blog Cik Suri ini.
Kadang-kadang, kita ini terlalu meletakkan sempadan dalam memilih jodoh. Mungkin dengan gambar di atas ini, ia dapat menyedarkan kita yang usaha itu penting. Ditambah pula dengan doa dan tawakal.
Pernah seorang sahabat Cik Suri berkata pada "Sue, jodoh tu tak datang bergolek, kau kena cari. Bukan duduk menunggu sahaja." Dan itu yang tidak mampu Cik Suri lakukan. Cik Suri hanya mampu duduk menunggu dan hanya berdoa kepada Allah. Tetapi, tanpa ada usaha yang dilakukan. Kenapa? Cik Suri pun tidak ada jawapannya.
Mencari pasangan adalah perkara yang amatlah sukar untuk Cik Suri buat. Sedarlah, Cik Suri sudah
berusia 28 tahun dan masih belum mempunyai teman istimewa.
Kadang-kadang, tergelak juga seorang diri. Kelakar. Terfikir kenapa aku masih single. Kawan-kawan yang dulunya single, sekarang masing-masing sudah berumahtangga dan
memiliki anak.
Cik Suri terpaksa akui, Cik Suri malu untuk mengatakan "ya" apabila ada
yang memberi ruang. Walaupun hati suka. Jadi, terpaksa menerima apabila si dia itu berubah hati kepada yang lain. Cik Suri sendiri tidak memberi
ruang dan peluang kepada diri sendiri. Malunya...huhuhu...
Dan, Cik Suri terpaksa menyedapkan hati dan memujuk hati sendiri yang
itu bukan jodoh yang terpilih Cik Suri. Allah telah sediakan jodoh untuk Cik Suri tetapi ia masih belum tiba yang masa terbaik untuk Cik Suri menemuinya. Kelakar apabila memikirkan hal
memujuk diri sendiri. hehehe...
Yakinlah, Allah itu Maha Mengetahui, dan jodoh adalah rahsia dia.
Cik Suri berdoa agar bertemu dengan lelaki yang berusaha untuk menjadi Imam untuk Cik Suri dan anak-anak. Mendidik kami menjadi muslim dan muslimah yang terbaik. Membimbing kami ke jalan yang diredhai Allah.
************************************************
Rindu...
Cik Suri rindu sangat dekat kucing Cik Suri, Si Boyen tu. Hari ini telah masuk enam hari dia mati. Cik Suri masih teringatkan dia. Rindu. Macam-macam kenangan yang menjengah ingatan. Kenakalan dia, kecomelan dia. Memang tidak boleh dipadamkan dari otak ini. Huhuhu...
Wasalam
Selamat Berpuasa dan jangan lupa senyum :)
Selamat Berpuasa dan jangan lupa senyum :)
No comments:
Post a Comment