HILANGNYA KESAYANGAN HATI
Assalamualaikum
Ramadhan, hari keempat. Sekitar jam 7:15 pagi, kucing oren yang menjadi kesayangan kami sekeluarga , Si Boyen, telah pergi meninggalkan kami dan tidak mungkin ia akan kembali lagi. Boyen mati kerana dilanggar oleh motosikal yang melalui jalan di depan rumah kami. Sedih sangat.
Selepas Boyen dirempuh oleh motosikal tersebut, Boyen terus lari dan terjatuh di dalam longkang tepi pagar. Kemudian dia lari masuk ke dalam pagar rumah dan hilang menyorak. Puas kami panggil nama Boyen tetapi ia tidak muncul juga. Mungkin kerana terkejut dan kesakitan akibat dilanggar.
Dalam jam lebih kurang 10 pagi, baru Boyen muncul, ia duduk di atas titi kayu. Masa kami jumpa ia sudah nazak. Kami usap-usap kepala dia dan tidak lama kemudian ia pun mati.
Tidak mahu cerita banyak. Tapi orang yang langgar Boyen itu terus jalan tidak berhenti pun. Padahal adik Cik Suri ada dekat situ juga. Silap juga adik Cik Suri, dia bergi jawab call tepi pagar, jadi Si Boyen ikut dia duduk tepi pagar bergayut dengan telefon. Adik Cik Suri yang jerit bagitahu Boyen kena langgar dan jatuh dalam longkang tepi pagar. Sakit hati dengan orang yang langgar Si Boyen ini.
Wassalam
No comments:
Post a Comment