PERGINYA RAMADHAN

Assalamualaikum

Salam akhir Ramadhan. Tinggal lagi 2 hari kita semua umat Islam berpuasakan.  Terasa begitu cepat pulak masa berlalu. Tup-tup dah esok last puasa. Raya pulak yang datang. 

Bagi Cik Suri, puasa tahun ini agak lemah dari puasa tahun lepas. Tewas di akhir 10 Ramadhan ini. Raya Cik Suri sejak dua tahun kebelakangan ini pun kurang meriah. Bukan dari segi family tetapi personally dari diri Cik Suri sendiri. Mungkin persiapan meriah tetapi jiwa untuk meraikannya tidak lagi seperti dulu.  Mungkin kerana Cik Suri sudah meningkat dewasa dan sudah ber”usia”. Semangat raya semakin hilang ke?!!!. Tidak dapat dipastikan.

Bagaimana persiapan Hari Raya tahun ni. 

Keluarga Cik Suri menyambut Aidilfitri biasa-biasa sahaja. Tidak berlebih kerana kami bukanlah dari golongan berada. Apa yang ada, itulah yang kami pakai. Tapi sekarang ni emak dan ayah agak berasa senang sikit. Sebab kami adik beradik dah kerja and dah boleh support keluarga untuk membuat persiapan. Cik Suri hanya mampu tong-tong serba sedikit. 

Kuih raya pun tidak beli banyak seperti tahun lepas, kerana tahun ni orang yang buat kuih tahun lepas tidak membuat kuih tahun ni. Jadinya, Cik Suri tidak membeli  banyak dan hanya sempat membuat dua tiga jenis sahaja. Agak bernasib baik jugak, adik Cik Suri ada membeli beberapa balang kuih raya dari kawan-kawan office dia. 

Baju raya pun tak membeli sangat. Semalam keluar dengan rakan sepejabat untuk membeli tudung. Malangnya, Cik Suri balik dengan tangan kosong sahaja. 

Petang tu, balik dari office Cik Suri sempat singgah kat kedai untuk membeli tudung. Akhirnya, dapat jugak. Itu pun pekerja kedai tu yang tolong pilihkan selepas Cik Suri tunjuk gambar baju.

Pulang rumah, tunjuk kat mak. Mak tanya berapa harga, tetapi tak sampai hati nak beritahu, kerana Cik Suri telah tewas dengan nafsu untuk sehelai tudung singkat ni.

Bersambung....

Wassalam dan senyum selalu :)

No comments:

Ad Code

Responsive Advertisement