Assalamualaikum
Hari Jadi atau Hari Tak Jadi. Apa tu?
Actually, hari ini genaplah usia Cik Suri 28 tahun. Dah tua dah. Tapikan, banyak lagi perkara yang belum saya capai dah bereskan. Sempat atau tak? Harap-harap masih diberi kesempatan oleh Allah untuk Cik Suri sempurnakan impian Cik Suri sebelum mata ditutup.
Mati itu pasti, hidup belum tentu ~Saifudin a.k.a Laksamana Sunan~
Masih ramai kawan-kawan yang masih ingat dan tidak lupa untuk men'wish'kan Selamat Hari Jadi...Happy Birthday. Terima Kasih atas ingatan dan ucapan, wahai sahabat.
Ade satu cerita best. Tapi bagi saya tak best pun. Biasa-biasa sahaja. Tapi budak-budak office sukalah sangat, dapat makan free siapa yang tidak suka, kan. Itu, Training Manager saya belanja ice cream. Tidak tahulah eskrem apa. Saya tidak makan pun lagi. Budak opis yang beria-ia nak makan, sampai suruh saya pergi "jemput" die join kita makan lunch sekali. Tak kuasa tapi terpaksa!!!
Tak pernah-pernah diajaknya, tiba-tiba harini disuruhnya saya panggil dekat biliknya dan ajak join kami makan di pantry. Hipokritnya.
Uh...takdanya aku nak layan. Nanti, dia kata saya buang tabiat pula. Tak perlulah nak hipokrit. Apa yang penting sudah ucapkan terima kasih, sudahlah. Dia tahulah nak join *memang pun die selalu jugak datang borak kat pantry bile nampak kiteorang tengah berkumpul*. So, tak payahlah nak paksa-paksa saya "jemput" dia. SERABUT tau, dan obvious sangatlah kalau tetiba saya panggil dia. Sayakan MUSUH dia.
Entahlah...kadang-kadang kelakar juga bekerja di sini. Ramai orang yang mental. Termasuklah saya. Tapi, saya masih lagi BN. Nak tahu apa itu BN. Bukan Barisan Nasional tapi Budak Naive. Asyik kena buli, kena hentam, kena pelekeh, macam-macam lagi. Kalau saya buat muka serious nanti orang kata saya poyooo, sombong, berlagak, kepala hangin semua bagai. Susah tau. Pening kepala.
Dia orang mesti akan cop saya kedekut. Yelah, ada ke patut mintak besday girl yang comel ni belanja cake. Patutnya, diaoranglah yang patut belanja saya kek. Besday saya kan. Saya malaslah hendak layan. Buat tak tau saja. Sudah la kerja banyak, bukannya hendak tolong pun. Tiga hari saya bertukus-lumus menyiapkan company profile. Sepuluh set pula. Sudah la tidak prepare apa-apa lagi untk external audit dari Baker hughes, pada Isnin depan.
Banyaknya kerja tidak settle lagi. In Shaa Allah, esok saya akan try to settle semua document. At least biar nampak cantik. Dahlah, saya kena represent Training Manager. Dan-dan dia ada big problem di Singapore *katenya Big Problem*.
Tak tahulah saya. Malas hendak layan. Husnuzon, okey...!!!
Saya plan lepas auditlah belanja budak-budak office cake. Homemade cheesecake. Buatan Cik Suri Shomel Lotey :)
Akhir kata, penutup kalam "Selamat Malam & Selamat Hari Tua"
Ya Allah, Alhamdulillah kerana masih memberi peluang untuk menumpang di Bumi-Mu.
Ya Allah, Kau ampunilah dosaku, dosa ibu bapaku, dosa sahabatku dan dosa umat Islam di dunia ini.
Ya Allah, Kau peliharalah agamaku Islam, jauhilah aku dari perkara syirik.
Ya Allah, Kau lindungilah aku, keluargaku, sahabatku, dan umat Islam di seluruh dunia ini.
Ya Allah, terima kasih kerana masih memanjangkan umurku. Aku bersyukur :)
Senyum Sokmo :)
Wassalam