HARI RAYA AIDILFITRI 2013

Assalamualaikum

Baru boleh update sedikit fasal Hari Raya Keluarga Ramli. Sudah masuk hari raya yang ke-9. Puasa enam pun belum mula buat lagi. In Shaa Allah, sempat lagi masih berbaki lagi 21 hari sebelum Syawal melabuh tirainya.

Kononnya, lambat update sebab plan kumpul material lebih sedikit. Chewahh... Material tu...*poyo betul Cik Suri ni ya*
hehehe :)

Cik Suri malas hendak bercerita panjang-panjang, sebab Cik Suri sudah sediakan gambar untuk tatapan kamu orang yang merindui Cik Suri ini. Ceh, gitu. (>.<)


Saiful Haikal, si tukang sibuk yang tak berhenti-henti bercakapnya...
Dia berpuasa puasa penuh tau tahun ini...
Harap-harap tak ada lah menyorok minum air di dalam bilik air... (>_<)


Isi beras untuk ketupat nipah...
Biasa ketupat raya kami setiap tahun guna Ketupat Instant keluaran Nona...
Kali ini kita dapat sarung ketupat diimport khas dari Melaka Bandaraya Bersejarah...

Siap tiga. Satu Cik Suri yang buat...
hehehe :)



Ni adik Cik Suri, namanya uncle chik atau Mr. Rijal. Kerja dia nyalakan unggun api untuk rebus ketupat.

In proses... A day before Aidilfitri



Pagi raya. Terpaksa ambil gambar sendiri sambil mengadap cermin. Camera Olympus FE 100 tahun  2005. Dibeli untuk kerja lapang semasa Cik Suri tahun 1, kursus Geologi, UKM. Panjang betul explaination saya. Raya paling mahal tahun ini, berbaju sutera dengan tudung harga RM 200. Total di badan adalah RM 500 (sutera RM350, Tudung RM200). Done menunjuk kaya satu hari. Harap-harap lepas ini insaflah. Membazir amalan syaitan.



My 1st little niece, Humaira and my elder sister. Ini sahaja gambar yang sempat di ambil si budak kecik ni. Pagi-pagi raya dah sibuk nak main pasir.


Ketupat Boyan, dari Mak Su dan tapai nasi dari umah tok. Tinggal satu je ketupat  Boyan ni dan ini bukan kegemaran  Cik Suri. Lagi-lagi tapai nasi tu, Cik Suri tak leh makan malah bau pun tak boleh.

Kasut raya, 2 pasang tahun ni...hehehe :)

Kuih raya hasil tangan Cik Suri. Tak tidur malam tau.

Sebahagian duit raya untuk budak-budak. Tahun ni first time bagi duit raya sendiri.

Duit raya dari staff Petronas. Cantik sampul duit raya dia. Tiap-tiap tahun Cik Suri kumpul tau sampul duit orang Petronas ni. Sampul dia selalunya cantik-cantik.

Last, after raya...hari ini...

Baca novel Takdir : 2 Percaya Yang Tak Sirna oleh Hilal Asyraf, ditemani biskut favorite Cik Suri, biskut dahlia.



Gambar lepas balik dari kerja tadi. Beria-ia paksa Si Haikal  snapkan gambar Cik Suri ni.
Okey, sekian sahaja untuk kali ni. Cik Suri mala nak cerita sangat. Satu je rasa agak terkilan, kami tak sempat ambil gambar famili.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.

Wassalam dan senyum selalu :)

No comments:

Ad Code

Responsive Advertisement