Memaparkan catatan dengan label Diari Saya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diari Saya. Papar semua catatan
Pemandangan panorama Kota Mekah dari Puncak Jabal Nur

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hari ini telah memasuki hari ke-24 kita semua menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Teringat kembali pengalaman saya mengerjakan ibadah umrah pada bulan mulia ini. Tarikh 24 Ramadhan adalah tarikh penerbangan saya ke Jeddah pada dua tahun yang lalu. Saya akan kongsikan pengalaman saya menunaikan umrah pada bulan Ramadhan kepada anda.

Bagi anda yang bakal menunaikan umrah atau dalam perancangan untuk pergi umrah, kali saya ingin kongsikan sedikit panduan dan pengalaman peribadi sepanjang mendaki Jabal Nur - bukit yang penuh dengan sejarah dan pastinya mengusik emosi setiap pengunjung.


Assalamualaikum

Tak disangka-sangka bercuti di negara Taiwan adalah satu percutian yang tidak akan Cik Suri lupakan. Ia adalah satu pengalaman yang amazing and I love it!!!
 
Teruskan membaca, ya.

Pada akhir bulan Januari yang lepas, cik suri bersama teman baik telah "melebarkan sayap" kami ke negara TAIWAN, Heart of Asia. 

Pengembaraan kami ini selama 6 hari 5 malam dan  kami sempat melawat ke beberapa tempat yang wajib dilawati. 

Tetapi sayangnya, masih ada beberapa tempat yang tidak sempat kami kunjungi. Arghhh...sedihhnyaa!!! 

Untuk posting ini, saya akan kongsi dahulu info dan tips yang perlu anda tahu tentang negara Taiwan. Teruskan membaca ya!!!

Kenapa memilih Taiwan

Unexpected trip yang mana pada asalnya kami plan hendak travel ke South Korea. Tetapi terubah plan ke Taiwan pula. Mungkin kerana terpengaruh dengan Mira Filzah?


Sebenarnya ia lebih kepada pembacaan. Taiwan pada ketika itu tidak ramai orang Malaysia kunjungi. Boleh dikatakan underrated destination. Tapi sebenarnya mutiara yang tidak terlihat.

Taiwan adalah sebuah negara yang mudah untuk diakses. Kita tidak memerlukan apply visa atau ETA kerana rakyat Malaysia diberi keistimewaan free visa. Jadi, just book your flight, packing your bag and fly...!!!


Muslim friendly. Tidak dinafikan majority rakyat Taiwan adalah non-muslim, tetapi Taiwan hari ini sedang menuju ke arah industri pelancongan mesra-muslim. Telah banyak restoran-restoran halal dan jangan terkejut di Taiwan sendiri mempunyai 7 buah masjid yang menjadi pusat umat Islam Taiwan. 

Taroko National Park is one of the reason why I choose Taiwan. Saya teringin pergi ke sini kerana struktur geologinya. Ya lah, as a geologist mestilah kita berminat untuk melihat dengan mata kepala sendiri. Sama seperti perasaan ingin melihat Yellowstone di USA.

Pemandangan yang cantik di Yehliu Geopark juga menjadi alasan kenapa saya memilih Taiwan. Banyaklah alasannya. 

Trip ini pada asalnya akan menjadi my first solo trip. Tetapi selepas saya share my plan dengan sahabat karib saya, dia  teruja dan ingin ikut sekali. Jadi saya terpaksa booking tiket untuknya walaupun lewat sedikit. Nasib baik masih ada tiket yang sama tarikh dengan saya.

Review yang saya baca daripada internet banyak menyatakan bahawasanya Taiwan adalah one of the safest place in the world. Kita tidak akan tahu selagi kita tidak mencuba. 

And exactly 100% agreed. Selama 6 hari di Taiwan, saya setuju yang Taiwan adalah selamat untuk travel solo atau berkumpulan. 

Orang-orang Taiwan sangat peramah dan banyak membantu kita. Jangan segan untuk bertanya. Jangan terkejut, saya jatuh cinta pada lelaki yang tunjukkan jalan untuk ke masjid. 


Beli tiket AirAsia

Kami menggunakan penerbangan AirAsia kerana harga tiket yang pastinya tersangat murah. Sesuai dengan tema AirAsia iaitu "Everyone can fly". 

Harga tiket kami keseluruhannya berjumlah berjumlah RM502.40 seorang. 

Kuala Lumpur - Taoyuan - Kuala Lumpur


Musim sejuk di Taiwan

Setelah membuat beberapa bacaan dan kajian melalui capaian internet, kami memilih bulan Januari sebagai waktu yang sesuai untuk bersuka-ria di Taiwan.  Tambahan pula ketika itu adalah cuti tahun baru cina.

Taiwan adalah sebuah negara yang beriklim subtropika yang mana ia mengalami cuaca sejuk dan juga panas. 
Pagi pertama kami di Taichung, sinaran matahari yang...menyilau!!!

Masa yang terbaik untuk melawat Taiwan adalah antara bulan Februari sehingga April dan pada bulan October sehingga Disember.    

Seboleh-bolehnya cuba elakkan daripada mengunjungi Taiwan pada bulan Jun sehingga September kerana dalam tempoh itu sering kali berlakunya ribut taufan. 

Saya ada terbaca satu blog daripada blogger Malaysia yang berhadapan dengan situasi ribut taufan ketika dia sedang bercuti di Taiwan. Saya dapat bayangkan betapa ngerinya pengalaman itu dan beliau juga ada menceritakan pengalaman terkandas di Hualien hampir 2 hari kerana terputus hubungan pengangkutan dan terlepas flight untuk kembali ke Malaysia.

Saya juga nasihatkan anda untuk membawa jaket tebal atau baju semi-tebal kerana cuaca di sana berangin dan sejuk, lagi-lagi di kawasan pergunungan seperti Jiufen dan persisiran pantai Yehliu.

Lagi satu jangan lupa untuk membawa payung atau baju hujan. Sepanjang tempoh kami berada di Taiwan sering kali hujan turun secara tiba-tiba. 

Atas nasihat orang tempatan, plan kami untuk ke Yehliu Geopark dibatalkan kerana tiba-tiba hujan.

Salah satu kekurangan jika bercuti pada bulan Januari adalah kerana ia musim perayaan tahun baru cina. Jadi, tidak banyak acara yang diadakan pada musim perayaan ini kerana penduduk tempatan sedang membuat persiapan perayaan.

Tetapi, kelebihan kepada kaki shopping kerana pada musim perayaan banyak jualan murah di outlet-outlet dan pasaraya. Discount yang tidak terjangkaui akal. Murah!!!. 

Hanya perlu sediakan wang yang banyak untuk berbelanja sehingga pengsan. 

Tukaran Mata Wang 

Setibanya kami di lapangan terbang Taoyuan, kami segera meyelesaikan urusan kemasukan di imegresen dengan mengisi white card dan dengan pantas bergerak ke Aras 1 untuk membeli tiket bas ke Taichung County.
 
Sebelum itu, kami sempat juga membuat pertukaran duit Ringgit Malaysia kepada matawang Taiwan. Kadar pertukaran wang di lapangan terbang ini tidaklah begitu ketara jika kita terus membuat pertukaran di Malaysia. 

NTD100 ~ RM 14.32

Kami juga ada membuat pertukaran wang di Malaysia. Cuma dengan kadar yang secukupnya kerana sengaja ingin mencuba tukar wang di negara orang pula. 

Anda perlu pastikan mempunyai cash kerana di sini mereka tidak menerima kad untuk pembelian tiket MRT , tambah nilai easy card atau pembelian di Night Market dan sebagainya. 

Anda juga boleh sediakan kad kredit yang telah diaktifkan untuk penggunaan antarabangsa, Selain itu, kad wise atau bigpay sebagai persediaan kecemasan. 

Kemudahan Pengangkutan

Di Taiwan, kemudahan pengangkutan awam adalah sangat mudah untuk diakses. Sepanjang percutian ini, kami menggunakan MRT, THSR, teksi dan juga bus. 

Menaiki bas untuk ke Sun Moon Lake

Untuk tiket THSR, kami membuat tempahan tiket terlebih dahulu melalui aplikasi KLOOK. Harga THSR lebih murah dan kami tidak perlu risau kerana hanya perlu membuat pertukaran tiket di kaunter sahaja. Tidak perlu beratur panjang dan tidak perlu risau tiket akan habis.

Tiket THSR yang kami ambil di kaunter. Fast lane.

Perjalanan di sekitar Taipei pula kami menggunakan kemudahan MRT. Bas pula kami naiki ketika lawatan ke Taichung, Yehliu Geopark dan Jiufen.

Kad Perjalanan - Easy Card

Pembelian easy-card boleh dibeli terus di kedai serbaneka seperti 7-Eleven, Family Mart dan lain-lain. Ini adalah perkara pertama yang kami lakukan kerana kami akan gunakan untuk membayar tambang bas ke Taichung. 


Setiap orang di Taiwan akan memiliki Easy-card. Dengan adanya easy-card, ia membolehkan kita untuk menaiki bas, bas intercity (jarak-jauh), MRT, express train, menaiki kabel car dan menyewa u-bike.

Tambahan pula, dengan menggunakan easy-card kita dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu beratur di kaunter untuk membeli tiket. Yang paling seronoknya, ianya cashless. Jadi kita selamat tidak akan mengumpul banyak syiling yang pastinya sangat leceh!

Harga untuk sekeping easy-card adalah NTD100. Tetapi perlu ingat, kita kena topup nilai dahulu sebelum menggunakannya. Untuk pertama kali penggunaan, tambah nilai boleh dibuat dengan nilai NTD300- 500. 

Tempahan Hotel

Kami menempah beberapa hotel di sepanjang 6 hari berada di negara Taiwan ini. Satu malam di Taichung, satu malam di Hualien dan empat malam di Taipei. Kesemuanya tempahan dibuat melalui website booking.my.

Penginapan di Taichung yang sangat selesa. Berkonsepkan homestay.

Banyak sahaja pilihan hotel yang murah dan selesa. Ketika berada di Hualien, kami beruntung kerana mendapat hotel yang murah, besar dan pemandangan pergunungan yang cantik. Pemilik hotel juga sangat peramah dan banyak membantu kami.

Di Taipei pula lain jalan ceritanya. Kami tersilap memilih hotel kerana hotel itu sangat creepy dan sangat kecil sehinggakan kami terpaksa solat di atas katil. Tiada ruang langsung. ibarat seperti kami mendapat bilik store. 

Pintunya pula ada ruang besar di bawahnya. Kami terpaksa menyusun kasut untuk menutup ruang yang terlihat itu. Nasib baik hotel itu kami tempah untuk satu malam sahaja. Terasa seperti kena scam.

Bahasa Taiwan

Taiwan adalah negara hampir keseluruhan rakyatnya berbangsa Tionghwa. Jadi sudah tentulah mereka berbahasa Mandarin, Kantonis atau seangkatan dengannya. 

Sudah pasti akan berlaku "miscomunication" antara bangsa Melayu dan Cina. Seorang bercakap bahasa tempatan mereka dan seorang lagi menggunakan broken english. Sudah seperti ayam dan itik berbicara. 

Bersama orang local yang peramah. Kami bertanyakan jadual perjalanan bas di Sun Moon Lake

Lagi-lagi apabila berkomunikasi dengan pakcik tua. Manalah dia akan faham apa yang kami cuba sampaikan. 

Asalnya kami tidak tahu bagaimana hendak berkomunikasi macam mana dengan orang Taiwan ini. option terakhir selain berbahasa English adalah tunjuk-tunjuk menggunakan jari. 

Tetapi semasa berada di Hualien, pemilik hotel yang kami tinggal itu bercakap dengan kami menggunakan google voice. 

Dari situ kami belajar bercakap dengan orang Taiwan. Voice bahasa melayu terus akan translate ke pilihan bahasa yang kita pilih. Yeay!!!

Sewaan pocket-wifi

Untuk mendapatkan capaian internet, kami menggunakan Pocket-Wifi yang disewa melalui Klook. Tetapi kami terpaksa collect pocket-wifi tersebut di Songsang Airport dan akan return pula di Taoyuan Airport. 

Bergambar di Songsang Airport selepas collect pocket-wifi di kaunter. 

Untuk first day dan second day kami tiada internet kerana kami bergerak terus dari Taoyuan Airport ke Taichung. Satu kesilapan yang kami lakukan. Pengajaran!

Bagusnya pocket-wifi ini kerana ianya dapat digunakan banyak device. Jadi, kami hanya berkongsi sahaja. Tak bestnya pula adalah baterinya cepat habis.

Sebenarnya sewaan pocket-wifi adalah lebih murah jika dibandingkan dengan pembelian sim-kad.

Akan ada sambungan untuk Itinerari dan kos di sepanjang Trip Taiwan ini. 

Assalamualaikum.

Salam hari Jumaat. Lama betul masa yang diambil untuk perkongsian pengalaman Cik Suri mendaki Bukit Jabal Nur. Masih ingat umrah Cik Suri pada Ramadhan tahun lepas. Maaflah, terlalu lama sangat masa peram untuk menulis perkongsian ini. Maklumlah, kadang-kadang ada hari yang kita "stuck" cara untuk menulis.


Mohon untuk teruskan membaca.


Kumpulan kami berkesempatan mendaki Jabar Nur pada hari kedua ketika berada di tanah suci Mekah. Pengalaman mendaki pada waktu malam adalah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Melihat keindahan bumi Mekah pada waktu malam dengan kerdipan cahaya lampu dari puncak bukit yang penuh sejarah ini.


"Jabal Nur" bererti bukit (jabal), nur (cahaya). Jabal Nur berjarak kira-kira 2 batu dari Kota Mekah. Di Jabal Nur inilah terdapatnya Gua Hira' yang mana gua yang menjadi tempat Rasulullah menerima wahyu pertama daripada Allah. Pertemuan pertama Rasulullah dengan Malaikat Jibril yang menjadi utusan dari Allah. Bukit inilah yang menjadi saksi pertemuan pertama kedua makhluk Allah yang mulia iaitu Nabi Muhammad s.a.w dan Malaikat Jibrail a.s.


Teringat akan kisah perit-gentir Nabi Muhammad ulang-alik mendaki bukit ini. Jabal Nur inilah tempat baginda menyendiri dari kelompok masyarakat Mekah.


Bergerak dari Hotel


Kami bertolak dengan menaiki bas dari Hotel Hilton. Kami bergerak menuju ke Jabar Nur selepas waktu Isyak. Sempat juga kami makan malam terlebih dahulu di Hotel Hilton. Perjalanan mengambil masa hampir satu sejam, ditambah pula dengan sedikit kesesakan di jalan raya. Sempat juga Cik Suri terlelap sekejap. Penat barangkali.


Kami tiba di kaki bukit hampir jam 10 malam. Pada asalnya, perancangan kami untuk membuat lawatan ke muzium dahulu. Tetapi disebabkan kami sudah kesuntukan masa, jadi terpaksa mengubah perancangan dengan terus mendaki  Jabal Nur ini. 


Kami diturunkan di satu kawasan deretan bangunan kedai yang masih belum ditutup. Kemudian, kami menaiki van yang sedia ada di sana. Van ini perlu dibayar dengan harga 5 riyal setiap seorang. Cik Suri agak terkejut apabila menaiki van ini kerana pemandunya memandu dengan sangat laju dan ekstrem. Ya, tidak hairan kalau kami menjerit. 


Pemandu terpaksa menekan dan melepaskan brek ketika melalui lorong-lorong kecil sambil memandu mendaki bukit ini. Terkejut kami. Sampai sahaja di kaki bukit, apabila turun dari van barulah Cik Suri perasan yang bukit ini sangat curam. Teringat Cik Suri merangkak mencari tempat yang rata.


Pengalaman Mendaki Jabal Nur


Kami mula mendaki setelah semua jemaah sudah berkumpul. Sebenarnya kawasan Jabal Nur ini sangat gelap. Nasib ada cahaya lampu daripada telefon. Kalau tidak terpaksalah mendaki dalam gelap. Bukit ini pada awalnya mempunyai tangga yang landai. Tapi, penat juga hendak melangkah. Bagi mereka yang sudah biasa mendaki bukit atau gunung, tiada masalah untuk menghabiskan pendakian dalam masa sekejap sahaja. 


Tidak untuk Cik Suri, terpaksa berjalan perlahan-lahan untuk mengelakkan daripada merasa penat.  Mujur ada teman-teman yang melayan dan sama-sama berjalan. Kurang juga rasa penat dan lelah. Lama juga masa yang Cik Suri ambil untuk sampai ke puncak. Adalah dalam sejam lebih. Belum kira masa untuk turun lagi tu.


Banyak kali juga Cik Suri berhenti berehat. Sambil-sambil itu, sempatlah mengambil gambar permandangan dari atas Jabar Nur untuk dijadikan kenangan. Mendaki menaiki tangga tetapi Cik Suri terlupa untuk membilang berapa bilangan anak tangga di Jabal Nur ini. 


Sampai sahaja separuh perjalanan, mutawiffah yang guide kami ini belanja minum air jus limau nipis. Uishh...segar betul. Lega tekak dapat minum air limau nipis sejuk. Terus bertenaga untuk sambung perjalan sampai ke puncak.


Peminta Sedekah di Jabal Nur


Jangan terkejut kalau kamu disapa oleh orang-orang Arab. Ya, di sepanjang pendakian akan ada peminta sedekah. Mereka adalah orang Arab-Badwi. Mereka akan menegur kita dan meminta sedekah. Cik Suri tidak sampai hati melihatnya tetapi telah dipesan oleh jemaah untuk tidak melayan. Ini kerana, kalau kita sedekah dekat satu orang akan ramai lagi akan datang dekat kita. Jadi, jangan cari penyakit. Takut nanti tidak sempat balik hotel kerana ditahan oleh peminta sedekah.


Bermacam ragam si peminta ini. Ada yang merayu, ada yang menyanyi. Siap ada yang tahu lagu viral tiktok Malaysia. Cik Suri lupa apa yang disebut, tetapi terhibur jugalah mendengarnya. 


Puncak Jabal Nur


Kami berjaya sampai ke puncak Jabal Nur setelah beberapa kali berhenti. Berhenti rehat dan mengambil gambar pemandangan. Pendakian yang mengambil masa lebih kurang hampir sejam. Sebenarnya, Cik Suri lupa nak rekod masa. Kami berhenti di satu kawasan yang Cik Suri sendiri tidak pasti sama di puncak atau belum.  Tetapi, apabila memandang ke bawah kita akan nampak Gua Hira'. 


Di Gua Hira' terlalu ramai orang yang ingin mengambil peluang untuk menunaikan solat sunat di situ. Kebanyakan adalah daripada golongan lelaki. Cik Suri hanya memandang sahaja gua yang menjadi tempat persembunyian nabi s.a.w. ini.


Bergambar Kenangan di Jabal Nur


Di puncak Jabal Nur ini, sempatlah kami bergambar kenangan. Sambil minum air mineral yang boleh dibeli di gerai yang ada di puncak. Bila diingat-ingatkan balik, tidak terasa penat pun mendaki Jabal Nur ini. Lagi-lagi bila kita berjalan santai-santai. Cuma akan mengambil masa untuk sampai ke puncak. 

Setelah puas bergambar kami meneruskan perjalanan turun. Masa ini laju sedikitlah berjalan. Kadang-kadang semput juga apabila sampai di kawasan yang sedikit curam. Hendak kena tahan kaki menurun, tidak sama macam kita mendaki. 


Pengalaman Yang Seronok

Kami tiba di Masjidil Haram hampir tengah malam. Masa ini mata terasa sangat mengantuk. Bas menurunkan kami di Hotel Hilton, jadi terpaksalah Cik menapak balik ke Hotel Safwah yang terletak di Tower Clock. Perut lapar tapi mata mengantuk. Jadi, Cik Suri pilih mata untuk tidur di atas tilam empuk hotel. Esok kena bangun awal pagi untuk lakukan tawaf sebelum solat subuh.



Assalamualaikum

Ini adalah sambungan kepada entry petang tadi. 
Alhamdulillah demam saya dah kebas sedikit. Suhu badan pun sudah turun, tidak panas lagi seperti petang tadi.

Okay, saya hendak kongsikan sedikit petua untuk redakan demam. Petua ini saya dapat melalui pembacaan dan carian di Google.


Amalkan meminum teh limau
Ketika waktu berbuka tadi, saya bancuh teh yang diperah bersama limau kasturi. Bila teguk air teh limau suam, terasa segar seluruh badan. Seperti air itu mengisi salur-salur urat di badan. Dramanya macam dalam movie, recharge balik tenaga. Alhamdulillah, hilang rasa tidak bermaya dan lemah badan. Solat maghrib pun lebih bertenaga.


Madu, jangan lupa makan.
Baru sekejap tadi saya makan sesudu madu. Itu pun setelah membuat sedikit rujukan dari mr. google dan baca dari blog-blog yang kongsi tentang tips-tips untuk hilangkan demam. Madu ia sangat bagus untuk hilangkan batuk. Selsema pun kurang. Ketika sis suri telan madu tadi, aduh pekatnya lalu ikut anak tekak ni. Manisnya tak boleh bawa berbincang. 

My mum tanya kenapa tak bancuhkan dengan air dan limau. Alaa... manalah tahu boleh buat macam tu. Alhamdulillah, selsema dah hilang. Cepat betul berkesan madu ni. Patutlah orang tua cakap, sebaik-baik penawar adalah madu.

Dua petua yang saya boleh kongsikan, sebab ia memang sangat menjadi. Demam pun sudah berkurangan, cuma batuk yang masih lagi ada tapi tidak seteruk petang tadi. Alhamdulillah.

Kalau ada kawan-kawan yang ada petua-petua lain yang boleh dikongsi, silalah tinggalkan mesej di ruangan komen. Jangan malu-malu tau;)

wassalam
cik suri yang menulis

DEMAM | PART II

by on Jun 22, 2016
Assalamualaikum Ini adalah sambungan kepada entry petang tadi.  Alhamdulillah demam saya dah kebas sedikit. Suhu badan pun sudah tu...

aaa...chungg...!!!

Assalamualaikum. Salam Ramadhan.

Hari ke-16 Ramadhan dan saya demam. 

Seriously, memang tak larat nak layan sakit kepala ni. Berdenyut-denyut rasa macam hendak pecah kepala dibuatnya. Tambahan pula dengan selesema, asyik meleleh hingus ni. Harap-harap tak batal puasalah ya. Batuk dan perit kerongkong buat sis tak duduk diam. Memang tak selesa seluruh hidup. Ha, gitu.

Sebenarnya sudah masuk hari kedua sis suri demam, tapi masih tidak baik lagi. Kena pula demam dalam di bulan ramadhan, tak boleh makan. Hanya dapat makan ubat panadol masa waktu sahur dan waktu berbuka sahaja. 

Ubat pula tidak cukup, ada beberapa biji sahaja, saya malas pergi klinik sebab nanti kena tunggu lama. Lagi-lagi di bulan puasa ni kesabaran tak tinggi. Kesabaran senipis kulit bawang. Kenapa penulisan blog hari ini semacam sebuah pengaduan. Sorry lah pembaca sekalian, terlebih cenggeng hari ni. 

Sambung balik aduan, semalam dah "ngelat" terawih sebab lepas solat isyak memang tidak larat sangat. Terus hendak tidur, berguling dan bergolek tapi tidak lena juga sebab badan rasa tak selesa.

You all ada tak tips untuk kebaskan demam? Memang tak tahan sangat kalau demam ni. Sis suri sejenis susah nak baik kalau dah demam, sebab setahun sekali sahaja demam. 

Kalau korang ada tips, please share tau.

Wassalam

DEMAM | PART I

by on Jun 22, 2016
aaa...chungg...!!! Assalamualaikum. Salam Ramadhan. Hari ke-16 Ramadhan dan saya demam.  Seriously, memang tak larat nak layan sakit k...

Assalamualaikum

Heyhey...

Sudah tiga hari tidak update blog. Baru beberapa hari lepas ada semangat juang yang tinggi hendak selalu update blog dan disebabkan busy menyambut ramadhan, sampaikan terlupa sekejap. 

Amacam? 

Macam mana sudah tiga hari berpuasa. Harap-harap tiada yang surrender, mengalah dengan alasan gastrik. Benda wajib, jangan di buat main-main. Nantikan tak boleh raya (baca: tambah dosa). 

hahaha...

Teringat zaman kanak-kanak dulu yer. Kalau tak puasa, tak boleh raya. Kalau tak puasa kena denda pula makan dekat luar rumah. 

Itu pengalaman zaman kanak-kanak cik suri lah. Duduk di rumah kampung, dan lepas itu kena denda makan di beranda kerana tidak berpuasa. Tengah menunggu azan dilaungkan, tiba-tiba ternampak babi melintas. Rumah cik suri zaman dulu tidak berpagar. Seram juga. Taku babi datang dan panjat beranda yang separas tinggi pinggang orang dewasa ini. 

Oh...
Cik suri lupa hendak ceritakan, masa itu rumah cik suri berada di hujung kampung. Betul-betul di depan rumah ada hutan belantara. Cuba korang imagin kan. Mesti korang tak percaya kalau cik suri cakap di dalam hutan itu jugak ada harimau. 

Itu cerita tahun 1991-1992. Masa itu cik suri baru darjah satu.

Apa pun, 

Cik suri ingin cakapkan thank you dekat nuffnang malaysia sebab sudah approve blog cik suri ni. so Cik suri jemput, you all para pembaca blog, tolonglah support blog cik suri yang tak seberapa (baca bakal champion). pleaseee...

and, 

please don't be shy to say hi!!! to me. feel free to drop your comments dan jom jadi kawan. 

tiberrrhh...

happy sangat-sangat. 

rasa nak melompat-lompat sebab sebelum nih cik suri pernah buat ads dari nuffnang ni, tapi account cik suri statik jer. 

harini, 

semangat cik suri berubah power. okay, semangat membuak-buak ibarat bara api yang membakar, jangan jemu pulak kalau banyak entry yang cik suri merapu. kihkih!!!

anyway, 

guys selamat berpuasa semua. jangan tipu puasa tau. nanti kena angkut dengan van jenazah.


Wassalam. Selamat Berpuasa.

NUFFNANGER

by on Jun 08, 2016
Assalamualaikum Heyhey... Sudah tiga hari tidak update blog. Baru beberapa hari lepas ada semangat juang yang tinggi hendak selalu ...

Assalamualaikum

Pasar lambak, pasar malam?

Anyway,
bukan itu yang ingin Cik Suri mahu ceritakan. 

Apa yang cik suri mahu ceritakan adalah tentang "branded" atau "bundle". 

Cik Suri sekadar ingin tahu, memakai barangan atau pakaian yang berlabelkan "Branded" dan "Bundle" itu penting sangat ke?

Iya lah, sehingga ada orang mencemek apabila disebut tentang pakaian bundle. 

Pada pandangan Cik Suri, sebenarnya tidak penting pun branded atau bundle. 
Cik Suri suka beli yang baru, tidak pernah dipakai oleh orang lain. Dan yang penting, Cik Suri suka tengok, cantik dan selasa dipakai. 

Tiba-tiba pula cik suri buat posting begini. Sebenarnya bersebab!

Ada orang yang sound Cik Suri. 
"Eleh, tak pakai baju bundle konon."
Lepas itu, ada pula mulut yang cakap begini dekat Cik Suri 
“Tapi, tak pernah pun nampak pakai baju branded.

Honestly, Cik Suri tidak pernah membeli barang bundle, terpakai. Cik Suri mempunyai alasan tersendiri kenapa belum pernah membeli pakaian terpakai. Bukanlah Cik Suri berniat untuk berlagak tetapi ini kerana Cik Suri mempunyai masalah kulit yang allegic kepada debu. Kulit cepat kena rash.

Kadang-kadang, cik suri sedang mengemas rumah, lap-lap debu, kulit akan menjadi gatal dan berbirat. Mandi air di hotel pun boleh buat kulit menjadi merah dan berbintik-bintik seperti digigit nyamuk.

Apabila ada orang yang sound cik suri cara begitu, sakit juga hati ini. Mulut macam sound sytem rosak. 

Cik suri bukanlah golongan yang duit terlalu banyak, sehinggakan perlu membeli pakaian branded sebegini. Seperti apa yang sedang cik suri pakai sekarang ini hanyalah sekadar sehelai jeans jenama LadyLike dipadankan dengan kemeja jenama Agenda (orang hadiahkan), perfume kegemaran Elizabeth Arden, Pretty, yang cik suri beli one set dua tahun yang lepas. Itu pun dengan harga discount, 20%.  

Kasut paling mahal yang pernah Cik Suri beli adalah Camel Active, itu pun harga after less dapat dalam RM 150. Kalalu jenama Carlo Rino, standard harga discount di bawah RM 100, mampulah untuk cik suri belikan kepada diri sendiri. 

cik suri memang tidak mampu untuk membeli handbag berjenama LV tetapi tidak kemaruk langsung hendak pakai jenama LV sehinggakankan sanggup membeli yang tidak original. Baik beli bag jenama pasar malam. Walaupun tiada nama, tapi kadang-kala tahan lasak dan berkualiti seperti jenama yang mahal. 
"Bagiku, branded is nothing."
Kalau tidak mampu, cik suri lagi suka buat cara tidak mampu. Lebih baik beli handbag di pasar malam yang sah-sah tiada label jenama. Sekurang-kurangnya, kita sedar diri, ini bag pasar malam, bukan bag LV dari pasar malam.

Branded? 

Cik suri pun tanya balik dekat orang tu “bangga ke pakai berpakaian branded?”. (edisi nak cari gaduh, balas balik) 

Beli bekas makanan jenama Tupperware pun bising macam ayam telur sebiji riuh satu kampung. 

Adoi. Pelik betul. 

Pakai jenama tupperware AppleLady. Ade juga masuk iklan dekat tv dan radio, AppleLady...murah dan quality sama cantik macam brand yang lagi satu tu. 

cik suri tak pakai jenama Levi’s. pernahlah dulu-dulu hampir terbeli Levi’s dekat butik di Sunway Pyramid tu. nasib baik otak sempat cancel. 

after fitting, pakai tak selesa walau cutting die cantik tapi sebab kita gemuk. so, dapat save balik duit, boleh beli jeans local Bum or Jeep 2-3 helai. 

Kannnn... Itu pun sebab cik suri jalan seorang diri. hahaha!!! 

Tabiat cik suri tidak boleh keluar shopping seorang diri. Nanti macam-macam yang akan terbeli. Kalau keluar bersama kawan-kawan, cik suri boleh control sikit beg duit. Alasannya, kawan-kawan dia akan bagi banyak pandangan, dan yang hendak dibeli boleh jadi tercancel daripada membeli.

Berbalik kepada cerita tadi, cik Suri agak terkejut dengan statement orang-orang begini. Rupa-rupanya dia perhati dengan apa yang kita pakai. Teringin juga nak list out dekat dia, kan baru padan muka. Sibuk hendak hal tepi kain orang. huh!!!

Pernah dulu pada tahun 2010, cik suri attend exhibition OGA di Singapore. Kami ada buka booth untuk company. Masa itu, cik suri kerja dengan Noreq. Syarikat Norway dalam pembuatan Life Safety Boat, Davit, Rescue Boat etc. 

Our marketing exec, tegur handbag cik suri, jenama Sembonia, tak mahal pun cik suri beli kalau nak compare dengan jenama Coach, Gucci. Dia sangat kagum dan siap tanya mahal tak beli. Kalau di Malaysia, kite kata murahlahkan. Dia kata sangat mahal dan dia tunjuk bag dia. cantik. Dia cakap dia beli dekat pasar dengan harga SGD30. Kira mahal jugalah, kalau harga dalam ringgit malaysia. Pada cik suri, boleh dikatakan sebenarnya orang Singapore lagi kaya dari kita tetapi mereka memilih untuk bersederhana. 

Apa yang penting kita kena pandai uruskan keperluan dan kemahuan. Jangan sampai sanggup beli baju mahal-mahal tapi makan terpaksa ikat perut. 

Itu bukan cara cik suri. Bagi cik suri makan dulu yang penting, yang lain tolak belakang, lain masa baru kira. Ada lebih kita beli mahal, jika tiada beli apa yang mampu. Tidak perlulah menunjuk-nunjuk apa yang kita pakai. Jenama apa yang kita pakai, esok-esok kalau tidak ada duit, tiada orang yang akan bagi kite duit. Tak kan…

Lagi satu branded dengan bundle dua perkara yang berbeza. Jangan labelkan orang yang tidak pakai pakaian bundle, dia adalah poyo dan sebagainya dan hanya akan pakai pakaian branded
Tidak!!! Ramai lagi orang yang kaya, berkemampuan tetapi memakai pakaian bundle dan ramai lagi orang yang tidak mampu tetapi berlagak, berhabis duit untuk beli pakaian branded.
 
So, ingat-ingatlah, lagi-lagi dalam bulan puasa ni, dan raya akan tiba juga, beli ikut keperluan dan kemampuan. Jangan membazir. Sentiasa ingat waktu susah kerana kita tidak nampak masa hadapan.

Amber Liu,  f(x)

Haa...lagi satu.
Amber Liu pakai sandals jenama apa ni?.
Cantik sangat. I really want it. Cantik and sporty.
My dear, Amber..can you give me one that shoes. My size is 235!!!


Love you, Amber!!!

BRANDED BUNDLE

by on Jun 03, 2016
Assalamualaikum Pasar lambak, pasar malam? Anyway, bukan itu yang ingin Cik Suri mahu ceritakan.  Apa yang cik suri mahu ceritaka...

Assalamualaikum

Sejak dua-tiga hari ini, hati tidak begitu senang dan tenag mengenangkan impian yang belum tercapai. Bermacam hajat di hati belum tertunai. Jiwa meronta, sedangkan perasaan takut mencengkam di dalam hati. Rasional dan emosi saling bergaduh. Bila masanya aku mahu nekad?

Hati gembira dan berkobar melihat kejayaan yang lain mengikut kata hatinya. Sedang aku masih takut membuat pilihan. Aku masih terperangkap. Berbalah dengan perasaan sendiri. Allah! Bila masanya akan tiba. Bila satu keputusan akan dibuat. Dan, bila aku akan nekad?

#jiwapengembara #impianmasihbelumtercapai

JIWA TRAVELER

by on Mei 17, 2016
Assalamualaikum Sejak dua-tiga hari ini, hati tidak begitu senang dan tenag mengenangkan impian yang belum tercapai. Bermacam hajat ...

Assalamualaikum

Hey...!!
 
Today is 29th February, we have 7 minutes left. 

Planning pagi tadi hendak pergi dinner dengan kawan. Tapi terpaksa dibatalkan kerana dia ada kelas tiba-tiba pula malam ni. huhuhu...

Ruginya tidak dapat bina memori 29 Februari yang hanya hadir setiap empat tahun..

By the way, 
HAPPY LEAP DAY, 29 February!!
See you the next four years...

Happy Birthday to those yang celebrate Birthday, today.

Wassalam

29 FEBRUARY

by on Februari 29, 2016
Assalamualaikum Hey...!!   Today is 29th February, we have 7 minutes left.  Planning pagi tadi hendak pergi dinner dengan kawan. Tapi terp...
Assalamualaikum

Annyeonghaseyo. Haiii...!!!
Tetiba terkeluar bahasa korea pula but i likeee. Cik Suri bukan di Korea Selatan sekarang ini tetapi Cik Suri berada di guesthouse negara Singapura. 

Kali ini, hadir untuk training API Standard 9th Edition. Tersangat boring kerana tiada partner yang sekepala macam tahun 2012 lalu. Sudah masuk hari keempat Cik Suri berada di Singapura ini. 

Sejak sampai ke sini hari Ahad lepas, tidak sempat pergi ke mana-mana lagi. Housemate pula sejenis yang pasif. Tidak mahu keluar jalan-jalan, enjoy the time and takes some photos sebagai kenangan. Tidak berjiwa remaja betul.

Hendak ajak si Ridhuan, dia pula nampak macam tidak mahu berkumpul dengan Cik Suri sekarang. Tahun 2012 lepas, dialah yang menjadi kepala yang mengajar kami bukan-bukan. Sakan kau bawa Cik Suri dan tiga lagi awek ke sana, ke mari. Kali ini tiada cewek cun, terus kau lupakan aku, ya. Kau hendak kena, mas ridhuan. Tiba-tiba bersinetron Indonesia pula. Maklumlah Ridhuan itu staff dari Jakarta. Pacar yang senyum manis berbaju kelabu di belakang itu.


Actually, Cik Suri tinggal bersama Barbara dari China dan seorang lagi staff dari Thailand, Som, namanya. Barbara ini seorang yang gila shopping dan dia datang ke singapura seminggu lebih awal dari Cik Suri. She is very shopahollic. Semua benda dia hendak beli. Pantang nampak perkataan "SALES", "PROMOTION", mesti dia terus meluru masuk ke kedai itu dan berbelanja. Wahhh....banyak betul duit dia. Almaklumlah, isteri boss untuk branch China.


Hari kedua Cik Suri pergi ke Tampiness Mall, mencari makanlah kekonon. Ya Allah, susahnya hendak jumpa kedai yang menjual makanan Halal. Padahal, first day datang sini, Kak Rosnah, staff HQ telah bawa Cik Suri ke Tampiness dan tunjukkan tempat untuk makan. Tetapi Cik Suri terlupa mana satu kedainya. Terpaksalah bungkus McDonald dan bawa makan di food court yang mana satu pun tiada jual halal food. Naik loya tekak ini, tetapi terpaksa cover sebab dua orang nyonya ini mau makan mee yang ada daging babi.   


Salah satu makan yang wajib kena ada. Buat alas perut time lapar. No choice. Pada asalnya rasa ragu-ragu juga dengan instant noodle ini. Tapi, tetiba ternampak tanda halal, pantas tangan terus grab 2 cup for standby.

Belum sempat hendak pergi beli souvenir untuk family and friends. Sedihnya. Hendak pergi jalan-jalan seorang diri terasa takut pula. Takut sesat dan masa yang free hanya waktu malam sahaja. Pening kepala memikirkannya sebab belum sempat beli cenderamata lagi.


Gambar di atas Cik Suri hendak tunjukkan yang beg Cik Suri rosak. Sebabnya servis Firefly yang sangat teruk. Masa Cik Suri berada departure lobby, Cik Suri nampak diorang sedap sahaja campak beg-beg kita ini ke dalam perut kapal terbang. So, inilah hasilnya. Geram betul di dalam hati. Nasib baik beg ni murah and sudah lama beli di Langkawi dulu. Nampaknya, kena beli beg baru.


Ini adalah kali pertama Cik Suri naiki kapal terbang. Katanya Firefly tambang murah, tetapi kena juga dalam RM650 pergi dan balik. Murah sangatlah, kan. Kalau naik Airasia atau MAS, sah-sah mahu kena dekat seribu ke atas juga. First time naik flight, seorang diri pula. Ingatkan rasalah berdebar atau nerbes ke atau takut ke. Rupanya tidak rasa apa-apa pun. Tetapi bila sudah sampai cecah awan, boleh pula terfikir kapal terbang meletup. Apalah perangai otak ini. Terpengaruh dengan cerita mat saleh bulu ketiak kuninglah ni.


Berada di dalam awan. Baru teringat akan sang penciptanya. Sungguh agung dan besar sungguh ciptaan-Nya. Cantiknya. Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan melainkan dengan hanya ingatan kepada yang mencipta. Maha Agung. Maha Bijaksana. Segalanya adalah miliknya. Maha Pemilik!!!

Last day. Hari ini, having lunch together. Our account manager masak sup. Dua hari lepas dia sangat beria-ia to cooking for us. Bertanya macam-macam dengan Kak Rosnah dan aask her to accompany him looking for halal meat and beef. Then, last night he went out again to buy the pan, knife some sort of cooking stuff. Kesian pun ada. Tapi masakan dia boleh tahan sedap juga kata mereka. Delicious, delicious. Wallah Enaklah sangat. tekak Cik Suri tidak berapa hendak rasa sedap pun. Cik Suri masak lagi sedap kut. Hihi


Perut sudah kenyang, hati pun jadi senang... La la la menari riang. Hahaha!


Gambar tukang masak, Mr. Jay at the back. He good at cooking but need to think twice if he offer to cook because he is non-muslim. For this time, Cik Suri makan kerana semua bahan-bahan masakan dibeli bersama Kak Rosnah.

wassalam
senyum sokmo :)
Assalamualaikum

Selamat berhari minggu semua tapi hari ini cik suri tetap bekerja seperti hari-hari Ahad yang lalu. 

Almaklumlah, Terengganu kan hari bekerja Ahad hingga Khamis, tetpi Jumaat pun Cik Suri tetap bekerja halfday...huhuhu... Takpa, ini adalah rezeki Allah. Jangan mengeluh :)

Lately ni, hari selalu hujan terutama waktu pagi. Sejuk dan terasa malas nak bangun pagi dan pergi kerja. Seronokkan kalau dapat berbungkus dengan selimut. Lepak-lepak kat rumah sambil tengok cerita korea. Best sesangat...hehehe :)

Cuti Awal Muharram baru-baru ni, Cik Suri teman adik Cik Suri ke kedai keropok. Kedai tu betul-betul mengandap dengan pantai. Hanya kite perlu seberang jalan jer dan jalan kaki sedikit dah jumpa pantai. Kebetulan pulak, pagi tu memang sedikit lebat. Actually  tak reti Cik Suri nak describe kan tahap kelebatan hujan sebab tak lebat sangat dan tak renyai sangat. Kalau lalu bawah hujan tu boleh basah jugaklah baju.

Menariknya, suasana waktu tu sangat cantik. Cik Suri duduk dekat kedai tu sambil memandang ke arah pantai. Tak dapat Cik Suri nak bayangkan view waktu tu. Langit kelihatan muram kekelabuan. Pantai nampak jauh dan berkabus dan pokok rhu tegak berdiri ibarat tiada angin yang sudi menyapa. Suasana time tu sangat statistik. Udara sejuk. Ombak kelihatan kasar menghempas ke pasir. Sangat cantik!!!

Dan, saat itu, Cik Suri sedang bayangkan suasana itu. Memang takleh halang ia dari menjengah kotak fikiran ini. Tak sabar menunggu waktu petang kerana mahu melawat ke pantai. Dalam hati berdoa agar petang ini hujan turunlah walau tidak lebat sekurang-kurangnya renyai-renyai. Agar Cik Suri dapat memandang lagi kecantikkan pantai di waktu hujan.


Mode: Tak sabar tunggu waktu petang. 

Wassalam 
Senyum sokmo :)

HUJAN DAN PANTAI

by on November 10, 2013
Assalamualaikum Selamat berhari minggu semua tapi hari ini cik suri tetap bekerja seperti hari-hari Ahad yang lalu.  Almaklumlah, Ter...

Bisikan Cinta Pertama


Cinta itu berbisik 

Menggamit setia sebuah kasih abadi 

Bertaut dalam sudut hati

Yang jauhnya sukar aku jangkau 

Aku terpesona dengan ciptaan Ilahi 

Sebentar aku hilang dalam lamunan 

Tersentak aku hiba 

Terkilan rasa dihati 

Saat tersedar aku dilamun 

Keindahan bisikan cinta


Adakah dosa bagiku Ya Allah? 

Aku dibuai pesona wajahnya 

Terdetik kesal saat khilaf 

Membuka mata 

Namun gelora jiwa ini terus membadai 

Membawa helaian cinta 

Yang aku sendiri tidak memahami kebenarannya


Ya Allah 

Andai cinta ini anugerahmu 

Andai cinta ini bisikan darimu 

Andai cinta ini milikku 

Peliharalah hati ku dan hatinya 

Agar cinta ini bersemi 

Di atas landasan Perjuangan Islam


Ya Allah 

Aku redha mencinta 

Dan dicintai 

Jika ini ketentuan Ilahi 

Akan ku simpan bisik hati ini 

Sehingga harinya terpatri 

Dua jiwa bersemi

-

Artikel iluvislam.com

BISIKAN CINTA PERTAMA

by on Februari 29, 2012
Bisikan Cinta Pertama Cinta itu berbisik  Menggamit setia sebuah kasih abadi  Bertaut dalam sudut hati Yang jauhnya sukar aku jangkau  Aku t...

Popular Post