TANAH TUMPAH DARAHKU

Assalamualaikum

Salam Hari Merdeka walaupun kita sambut semalam 31 Ogos, setiap tahun. Sebenarnya Cik Suri tidak ada perancangan pun untuk menulis entry pasal hari kemerdekaan ini. Apa yang ada dalam otak Ck Suri adalah untuk bercerita tentang IMPIAN tetapi terpaksa batalkan untuk memberi jalan kepada "Tanah Tumpah Darahku" ini. Lagu yang menjadi kegemaran Cik Suri sejak semalam. 


Bertepatan pulak dengan tema hari kemerdekaan yang ke-56 in "Malaysia Berdaulat: Tanah Tumpah Darahku".

Ada lagi beberapa lagu yang sangat Cik Suri suka.

Warisan oleh Datuk Sudirman Haji Arshad.



Bait-bait lirik yang menyentuh jiwa merdeka ini.

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah mejadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harus ku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa, di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

Perwira oleh Seniwani Saloma, juga lagu favaret Cik Suri :)



Cik Suri suka melihat tentera. Mereka nampak kacak dan gagah bila berpakaian seragam. Cik Suri selalu fikir, kalaulah Cik Suri seorang lelaki, Cik Suri mahu menjadi tentera. Berjuang mempertahankan tanah melayu ini. Menjadi pelindung kepada anak bangsa dan berpegang pada ikrar taat setia pada Raja yang Agung.

Okey, Salam Merdaka dari Cik Suri.

Wassalam dan senyum sokmo :)

1 comment:

nabihah said...

saye pom same cik su,hehe

Ad Code

Responsive Advertisement