BARCELONA melawan MALAYSIAku

Assalamualaikum

Pagi bulan Syawal hari ke-empat. Rajin pula Cik Suri update blog pagi-pagi buta macam ini. Semuanya akibat penangan menonton bola sepak malam tadi. Mahu update terus malam tadi, rasa macam tidak sempat sebab habis sahaja perlawanan terus tidur. Mengantuk sangat sebenarnya.

Siapa tengok perlawanan bola sepak antara Barcelona dan Malaysia semalam? 
"Saya...saya..saya.." Hahaha...
"Kita geng."

Saya adalah the real fans of Barcelona dan terpaksa juga sorak untuk Malaysia kerana Malaysia, tanah airku (kena nyanyi ikut nada lagu). Menjerit-jerit tengok bola dengan Si Haikal, adik bongsu Cik Suri. Si Haikal sebelum perlawanan bermula. dia sudah get ready dengan baju Harimau Malaya. Peminat tegar Harimau Malaya. 

Akhirnya jumpa juga poster perlawanan. Thank you, Mr. Google

Last-last pada second half Cik Suri sudah tinggal seorang diri. Si Haikal sudah tertidur. wakawaka...
Mengantuk sangatlah tu, sampai tertidur. Biasanya dia akan tunggu sampai habis.

Match semalam memang tidak sia-sialah. Malaysia bermain dengan baik dan as we know lah, Barcelona sudah pastinya the world best team. Dengan keputusan 3-1 sudah dikira terbaik kalau kita banding masa Barcelona lawan Thailand 7-1. So, kita boleh katakan yang Malaysia mempunyai team yang kuat juga. Go Malaysia, go!!! We proud of you, but I masih penyokong FCB kerana saya minat sangat pada Ronaldinho dan juga Messi.

Lionel Messi ibaratkan pengganti kepada Ronaldinho. Adakah Neymar akan menjadi pengganti kepada Messi. Kalau diimbas kembali kepada cerita bola semalam, Neymar menjadi man of the day semalam. Asyik-asyik namanya sahaja yang disebut-sebut. Not bad dia bermain dengan liciknya. Tapi Cik Suri tidak berapa minat sangat dengan Neymar. Kalau perasan lately ni banyak juga kali dengar nama si Neymar di kaca TV dan juga akhbar. Tidak tahu pula dia jadi masuk ke FCB. Semalam baru tahu yang Neymar ini one of the  FCB player


Agak kecewa semalam sebab Messi tidak bermain sama. Tertunggu-tunggu juga. Dari first half sampai ke hujung permainan, Messi tidak turun-turun juga. Last-last pengulas mengatakan Messi tidak turun kerana mengalami kecederaan semasa sesi latihan. Saja tau. ~sangat kecewa~.



Dua-dua Cik Suri suka.

Sebenarnya, ramai juga ayam tambatan FCB yang tidak turun semalam. Cik Suri perasan itu, mungkin ketidakturunan Messi juga bersebab. hehehe ~mode: tak boleh terima~

Cik Suri tidak mahu menjadi bias. Malaysia still mempunya pemain yang terbaik. Bangga dengan team Malaysia. At least kita dapat 1 gol. Amri Yahya yang berjaya sumbat satu goal. Memang cantik rembatan terus ke tengah gol. Berdesupp. Gollll, menjerit Cik Suri dengan Haikal. Bergegar rumah, dahla jiran sebelah anak-anaknya bujang dan hensem-hensem belaka ~tiber, sabit pula tidak ada kena-mengena, nak juga disebut kannn~hehehe :)

Okey...

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin, semua.

Wassalam dan senyum selalu :)

No comments:

Ad Code

Responsive Advertisement