Kemaman bukan sahaja terkenal dengan jujukan pantai yang cantik dan makanan laut yang segar, malah daerah ketiga paling besar di negeri Terengganu ini turut menjadi hidden gem bagi peminat aktiviti mendaki. Dari laluan santai yang sesuai untuk seisi keluarga sehinggalah trek pendakian yang mencabar. Kemaman menawarkan pelbagai pilihan mengikut kesesuaian anda sebagai pencinta alam. Uniknya, bukit-bukit yang ada di Kemaman kebanyakannya mempunyai laluan yang tidak terlalu sukar dan mesra untuk pendaki baharu, individu yang ingin mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktiviti riadah keluarga. Selain itu, terdapat juga trek pendakian yang menawarkan pemandangan Laut China Selatan yang luas terbentang berserta dengan kapal-kapal laut yang menuju ke pelabuhan. Tidak ketinggalan juga dengan spesis flora dan fauna yang pelbagai di dalam hutan. Isi Kandungan: Mengapa Kemaman Menjadi Destinasi Pilihan Mendaki Senarai 7 Pilihan Bukit yang Wajib Anda Cuba Waktu Terbaik unt...
Thola al' badru a'laina, min tsaniyatil wada', wa jabassyukru a'laina, mada'a lillahida' . Menitis air mata tatkala mengalunkan salawat ini ketika berada di dalam bas menuju ke hotel yang berada di sekitar Masjid Nabawi. Perasaan hiba mengoyak hati, mengenangkan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. Kaki ini kini berada di tanah Madinah. Ya Rasulullah, aku datang kerana tersangat rindu padamu. Ya Rasulullah, sambutlah kedatangan umatmu yang tersangat kecil dan hina ini. Assalamualaikum. Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah kerana kurniaan ilham untuk berkongsi pengalaman Cik Suri di saat berada di bumi Madinah. Musafir selama 13 hari di Tanah Haram, Inshaa Allah semoga memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Pemusafiran selama enam hari di bumi Madinah dan lima hari di tanah Mekah adalah satu pengalaman yang tidak dapat Cik Suri dilupakan dan pastinya ia akan sentiasa menjadi kerinduan. Pengalaman Berpuasa di Madinah Ini adalah kali pertama Cik Suri melakukan i...
Kisah tentang aku, dia, mereka dan tuan rumah Mangsa: aku dan housemate, Suspect: penyewa terdahulu Penyelesai: tuan rumah... Apa yang sudah terjadi? Kejadian ini berlaku dua hari yang lepas dan petang semalam houselord (diambil daripada perkataan landlord) datang ke rumah untuk settlekan problem ini! Apakah masalahnya? Tangki air rumah sewa kami ada sumthing... sumthing yang memang kami tidak expect langsung berada di situ. Huhu..ðŸ˜ðŸ˜ Apakah ia? Ianya adalah seekor ikan buntal.. opps..salah. Ikan bandaraya!!! (aku pom xpernah dgr nme ikan nih..tp tuan umah ckp ikan tu).. Ikan ini telah menetap dan menjadikan tangki air rumah kitorang sebagai habitat semulajadi dia...cehh.! Kesian dekat kitorang ni. Rupa-rupanya mandi air ikan selama ini. Tidak pula kami dugaan, air yang berbau busuk ini adalah disebabkan oleh ikan itu sudah mati. Agak-agaklah baru mati barangkalilah. Malam itu, time aku cuci baju memang sudah ada bau yang kurang menyenangkan..tetapi lebih kurang bau macam clorox. So, ...
"Bestnya Siti Nurhaliza, dapat pergi umrah dalam bulan puasa. Dia pergi seorang diri, tak bawa Dato' K pun." kataku pada emak yang sedang sibuk sediakan juadah untuk berbuka puasa nanti. "Pergilah. Ajak Hidayah sekali". Itulah kalimah keramah yang memberi semangat kepadaku untuk nekad meneruskan impian kembara ini. Terima kasih, mak. Assalamualaikum Alhamdulillah, diberi kelapangan masa dan ilham untuk terus menulis perkongsian peribadi Cik Suri. Hampir sebulan lebih Cik Suri kembali ke tanah Malaysia, setelah empat belas hari berkelana di Tanah Haram. Bersyukur sangat kepada Allah, di atas nikmat masa, kesihatan, kewangan dan paling penting jemputan dari-Nya yang membawa Cik Suri ke Tanah Suci Madinah dan Makkah. Tidak dapat digambarkan perasaan itu. Bagaimana Ianya Bermula Semuanya bermula selepas membaca tentang umrah Siti Nurhaliza, penghujung Ramadhan 1443H, iaitu tahun 2022. Cik Suri terbaca posting FB yang bertajuk, "Siti Nurhaliza menunaikan umrah ...
Pernahkah anda menikmati hidangan Nasi Goreng Ikan asli Terengganu? Teringat akan aroma ikan goreng yang harum, gurih dan mengimbau kenangan zaman kecil. Menu tradisional ini bukan sahaja popular sebagai hidangan sarapan pagi warga tempatan malah turut menjadi pilihan pelancong yang berkunjung ke Terengganu. Selain rasanya yang unik dan menyelerakan, nasi goreng ikan juga merupakan cara terbaik untuk mengelakkan pembaziran baki ikan goreng atau ikan rebus semalam. Jom ikuti resepi nasi goreng ikan yang paling mudah, cepat, sedap dan paling padu terangkat! Kenapa Nasi Goreng Ikan Terengganu Sangat Istimewa? Berbeza dengan nasi goreng biasa, nasi goreng ikan tradisional ini tidak menggunakan sos cili atau sos tiram yang berlebihan. Kekuatan rasanya terletak pada isi ikan (biasanya ikan selayang atau ikan kembung) yang dihancurkan dan digoreng garing bersama rencah nasi goreng. Kombinasi bahan seperti bawang, cili padi / cili kering dan ulam-ulaman menjadikan setiap suapan memberi rasa pe...
Ulasan