TERKILAN

Assalamualaikum

Innalillah wa innalillahirrojiun. Al-fatihah untuk arwah staff Cik Suri seperti di post sebelum ini. Arwah disahkan meninggal dunia pagi ini. Lebih kurang dalam jam 10.30 pagi. Abang arwah yang juga merupakan site supervisor kami menelefon CM tentang berita ini. Kebetulan pula, CM tengah sibuk-sibuk hendak ke hospital untuk melawat arwah.

Terkilan juga Cik Suri kerana tidak sempat untuk pergi melawat arwah. Tidak berkesempatan untuk itu. Sedih rasa. Terkilan juga, dua hari sebelum kejadian, Cik Suri pura-pura buat sombong dekat arwah. Arwah seorang yang suka bergarau dan mengusik Cik Suri. Tapi, entah kenapa, hari Khamis dan Jumaat lepas, tak tergerak nak tegur dia walaupun arwah datang dekat meja Cik Suri. Jumaat pun begitu, di operation yard, Cik Suri tak tegur dia tapi cume sempat senyum jer. Tapi dua hari tu, dia tak de usik Cik Suri dan diam saja.

Tiada apa yang mampu diceritakan lagi. Cuma, doa sahaja yang boleh dipanjangkan semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

"Mati itu pasti. Hidup belum tentu"- Laksamana Sunan, 1511.

Al-fatihah buat Tajuri bin Abd. Ghani.

Wassalam

1 comment:

nabihah said...

Al-Fatihah. Semoga roh dicucuri rahmat.

Ad Code

Responsive Advertisement