Assalamualaikum

DAY 2 - ANGKOR WORLD HERITAGE

hari kedua ini kami gunakan sepenuhnya untuk trip ke angkor wat complex. selepas sarapan di hotel, mustfa dah siap-siap tunggu kami. sempat juga dia main sorok-sorok bila dah nampak kami dekat lobi hotel tu. pagi tu kami memang perlu khidmat dia untuk bercakap dengan receptionist hotel. sebabnya bilik saya air-corn rosak dan shower tak boleh nak buka. bersilat juga kami mandi pagi tadi.

dah siap-siap semua, masuk kereta kami terus bergerak untuk membeli pass masuk ke angkor. harga pass adalah 20 usd seorang. dekat pastu akan ada gambar kita. jadi, masa beli tu, senyum siap-siap sebab diorang snap sesuka hati jer.




Angkor Complex ni sangat besar. ia terdiri daripada enam kuil tetapi kami hanya melawat tiga kuil sahaja. jujurnya saya cakap memang penat, letih, dan rasa nak balik tak larat...

ANGKOR WAT
angkor wat adalah kuil pertama yang kami lawati. kuil inilah yang orang sanggup bangun pagi-pagi sebab nak ambil gambar sunrise. kawasannya sangat luas. pada hari tu, cuaca sangat cantik, langit cerah. sangat sesuai untuk mengambil gambar-gambar yang cantik. tetapi gambar yang saya capture tidak seberapa nak cantik kerana camera microless saya tetiba terlari setting dan menyebabkan gambar jadi blurred dan handphone pula terlupa hendak charging.









BAYON THOM
selepas puas berjalan-jalan mengelilingi sekitar angkor wat. kami bergerak ke bayon thom. untuk lawatan di bayon thom ini, kami hanya mengelilingi dengan kereta. sejujurnya kami terasa letih sangat selepas berjalan di angkor wat. saya sempat menyuruh teman mengambil video tetapi dia lupa nak simpan. agak merugikan. sedihnya.




ELEPHANT TRACE
sebenarnya dekat dinding tu ada ukiran gamba gajah. mula-mulanya saya tak perasan jugak. bila perhati dari jauh baru nampak. dekat sini kami jalan sekejap je. mustafa kata lima minit tapi kalau dah bergambar macam-macam pose nak kan.









TA PROHM
ta prohm ini asalnya tak famous mana tetapi selepas angelina jolie datang untuk penggambaran filem tom rider, ta prohm ni terus jadi famous. masa dah mula dibuka untuk pengunjung.








kebanyakan gambar di ta prohm diambil oleh mustafa. setiap sudut dia suruh posing. honestly cakap memang penat. bila dia cakap nak ambil gambar solo, dalam otak dah kena set tiga pose yang berbeza. kadang-kadang tu, dia akan suruh extra pose. malu tau nak pose lebih-lebih. bahaha.

memang penat berjalan-jalan di angkor complex ni. dah la lapar tapi kami beruntung sebab mustafa memang dah sediakan air mineral. boleh buat alas perut dan hilangkan dahaga. kami bergerak pulang ke hotel dalam jam pukul 230 petang. tapi sebelum tu, kami singgah makan tengahari di muslim family kitchen restaurant. family kitchen ni betul berhampiran dengan masjid al-naek mah.

di bahagian depan restoran ini ada satu kedai cenderamata. selepas makan kami pergi jenguk-jenguk apa yang ada di kedai tu. disebabkan kopi yang saya minum sedap, saya membeli satu paket serbuk kopi 500gram dengan harga 5usd. saya juga membeli beras satu kilo berharga 3usd dan 2 paket candy yang dibuat daripada coconut dan banana, setiap satu berharga 1usd.


hidangan ikan tu saya lupa apa namanya, tetapi yang atas dapur tu namanya "lembu panjat bukit". bagi saya boleh tahan masakanya. tapi saya lagi suka ikan tu sebab sos dia ada kacang tanah. memang lain dari yang ada di malaysia. lagi satu kalau datang sini, kena cuba air kopi dia. sedap sangat. teringat-ingat. dekat sini ada jual serbuk kopi tu, tapi bila balik malaysia dan bancuh, rasanya tak sama macam di sana. jumlah makan tengah hari adalah sebanyak 20usd untuk empat orang.


kami pulang ke hotel, mandi dan solat zuhor dan asar. kami akan lakukan solat jamak. tepat jam 430 mustafa dah siap tunggu di lobi hotel. kami bergerak ke Floating Village, Tonle Sap Lake. untuk ke floating village kami akan menaiki boat. harga tiket adalah sebanyak 15usd seorang. 






kami sampai ke jeti semula masa tu dah gelap, means dah malam around 7 malam or something. kami terus bergerak balik ke hotel. dalam kereta baru terasa letih. tetapi, ada lagi agenda yang belum settle. kami belum SHOPPING lagiii. masalah besar tuuu. hahaha...

masa ni kami decide hendak jalan-jalan di night market. terus  bagitahu mustafa supaya dropkan kami di night market. lagipun night market just a few minutes walking distances from hotel.


nama awek ni lee anh. dia peniaga dekat siem reap old market ni. seorang yang peramah dan ceria. dia sebenarnya dilahirkan di malaysia dan pernah tinggal selama beberapa tahun tetapi dia tak pandai berbahasa melayu. dia warganegara kemboja.



malam ni kami shopping dan cuci mata dulu. tetapi saya membeli juga di kedai si lee anh tadi. dua helai t-shirt cambodia dgn harga 4usd dan syiling bag 12 biji dengan harga 6usd. kemudian lee anh bagi percuma gelang tangan yang dibuat daripada tali. cantik dan saya sangat sukakannya.

terasa juga nak try street food orang kemboja ni, tapi takut. sebab takut tak halal. tu yang susah. sebenarnya kita kena pandai cari mana yang jual halal tetapi tak jumpa sebab tak ada tanda halal. sedih. malm tu kami pulang ke hotel dalam jam 1030 malam. penat tapi sempat juga kemas-kemaskan barang, solat dan tidur pada jam 130 malam.

Jumlah kos untuk hari kedua adalah:
Angkor Complex entry fee : 20usd
Post-card : 1usd
Lunch at Muslim Family Kitchen : 20usd/4pax ~ 5usd/pax
Cambodia Rice : 3usd
Cambodia Ground Coffee : 5usd
Candy (banana and coconut) : 2usd 
Tonle Sap Floating Village ticket : 15usd
OLD MARKET:
T-shirt : 4usd
Coin purse : 6usd

TOTAL :  usd61 ~ rm256.20

sekian enjoy reading. till meet again. third day will coming soon. maybe next year. 

HAPPY NEW YEAR, FRIENDS.

#welcome2017 and #byebye2016

Wassalam.

Assalamualaikum

Ini adalah bahagian kedua untuk trip ke Siem Reap hari tu. kali ini saya akan highlight terus tentang itenerari perjalanan saya di siem reap.

percutian saya selama 4 hari 3 malam di siem reap. perjalanan bermula pada 02 november sehingga 05 november 2016, dengan kos all in sejumlah bawah rm 1000 seorang.

DAY 1 - ARTISAN ANGKOR SILK FARM 
touch-down di Siem Reap International Airport pada jam lebih kurang 2:00 petang waktu tempatan. kami disambut oleh encik mustafa iaitu tour-guide kami di sepanjang empat hari berada di sini.

saya juga ada membeli sim card metfone dengan harga 3usd. saya dapat menggunakan unlimited data selama tujuh hari dan panggilan 60minit percuma.


ini muka excited baru sampai

dari airport, en. mustafa terus membawa kami ke Artisan Angkor Silk Farm. terletak lebih kurang 20 minit perjalanan dari airport dan tiada bayaran dikenakan. maknanya FREE.










lebih kurang jam 3:30 petang, kami keluar dari silk farm dan menuju ke tonle sap village. tetapi tak sempat kerana kaunter tiket di tutup jam 5 petang. hari sudah gelap dan hujan renyai-renyai. trip ke tonle sap lake terpaksa di batalkan dan kami pulang ke hotel untuk solat. kena ingat waktu solat di siem reap sangat awal. kami sampai di hotel lebih jam 6:30 petang dan kami tidak sempat untuk solat jamak asar- zohor kerana pada jam 5:45 petang sudah masuk waktu maghrib. #jadualsolatsiemreap


makan malam kami di suatu tempat yang kami sendiri tak tahu. kedai makan muslim yang dicadangkan oleh mustafa. malam itu kami  makan daging bakar dan sup daging bersama nasi putih berserta ulam-ulam. kalau lihat makanan di sini ala-ala orang korea buat wrap daging tu. boleh la fefeeling sikit. sikit tak banyak.

selepas makan, kami dibawa pergi ke T-Galeria. boleh la cuci-cuci mata. T-galleria mall ni dia free tax duty, so masa nak buat pembayaran diorang akan scan passport kita. selain daripada barangan branded, dekat sini juga banyak hasil craft cambodia. so, sempat beli sehelai seluar corak-corak dgn harga 5usd.

dekat t-galleria ni pada waktu malam memang tak ramai pengunjung. mungkin juga sebab malam tu hujan. kami bergerak pulang dari t-galleria dalam jam 9 malam. malam itu kite round siem reap town. tengok suasana malamnya.


singgah di hard rock cafe, walaupun hujan renyai. nak jugak singgah sekejap. masa tu sempat lah tengok satu rock band performance dengan gaya goyang-goyang rambut panjang dia. kami lalu sajea sebab tak berminat bunyi bising. banyak habiskan masa cuci-cuci mata  pilih cenderamata di galeri hard rock ni. last-last tak beli pun. hihihi :)

Jumlah kos untuk hari pertama:
Simcard metfone kado : 3usd 
Silk Farm : FREE
Dinner 4pax : 12usd ~ 3usd//pax
T-galleria : 5usd 
Total: 11usd ~ rm 46.20

untuk trip hari-hari seterusnya, saya akan buat pada entry yang lain. inshaa Allah.
enjoy reading and please dont be shy to put your comment. nak kutuk2 pun tak pe. okey...

wassalam
Assalamualaikum

Intro~

Demi kerana hendak memberitahu you all semua yang i pergi melancong ke luar negara for the first time. i ringan-ringankan jejari i yang lembut ini dengan mengupdate blog ini. walaupun sebelum ini dah berbulan blog i ni bersawang-mawang. kihkihkih. #silameluat

actually, tidak pernah pun planning nak pergi ke Siem Reap. tetiba jer 'ter'bersetuju dengan cadangan my childhood-hoody bestfriend ni. dia yang whatapps i and bagitau planning dia and officemate yang hendak ke Siem Reap. dia bertanyakan samada cik suri nak join trip diorang tak. tanpa berpikir panjang, terus jer i bersetuju. perangai ni jangan buat tau kalau time orang meminang. haru jadinya kalau setaju tanpa pikir panjang. hihihi.


perjalanan kami bermula pada 02 November 2016 dengan flight dari kuala terengganu jam lebih kurang 8 pagi. seawal jam 5 pagi masing dah bangun tidur, siap-siap solat semua bagai, jam 7 pagi dah tercongok di airport.

setibanya di klia2 masing-masing dah tahan nak pee. kelam kabut mencari tandas. sejuk sangat dalam flight tadi. memang tak tahan lah. semua dah berkumpul selepas selesai urusan masing-masing. its time to get your stomach full. Let pergi makan...

disebabkan, flight kami ke siem reap jam 1230 tengah hari. maka melangok lah kami dekat klia2 tu. sampai tertidur kebosanan. pendek kata, kami sampai siem reap jam dua kut. sebab siem reap awal satu jam dari waktu malaysia.


cik suri terpaksa stop menulis sampai sini sebab cik suri terasa macam dah lari dari objective utama entry ni. aku dah melalut weeiiii...
asalnya  nak cerita benda lain, tapi end up cerita benda ni berjela-jala. maafkan daku. nak padam balik cik suri rasa rugi sebab dari jam 8 pagi tadi cik suri start tulis. huhu.

okay, byeeee and see you nest entry.

wassalam


Assalamualaikum 

Pernah dengar tak pasal A Tile for Seville. Apa itu A Tile for Seville. Adakah sejenis kuih raya atau nasi arab atau...atau..atau...tak tahu lah? Tak pernah tahu dan tidak pernah nak ambil tahu?

A Tile for Seville adalah kempen mencari dana untuk menaja pembinaan sebuah masjid di sebuah tempat yang bernama Seville, di Sepanyol. Pembinaan masjid ini adalah untuk membantu masyarakat Islam Sepanyol sebagai tempat beribadat dan secara tak langsung sebagai pusat pentadbiran dan penyebaran agama Islam. Jumlah anggaran dana yang diperlukan adalah sebanyak 18juta Euro untuk pembelian tapak dan juga proses pembinaan masjid tersebut.

Kempen A Tile for Seville ini telah dirasmikan pada 24 May 2016. Kempen ini akan berlangsung sedari May dan akan berakhir pada November 2016. Kempen selama enam bulan ini adalah usahasama antara Ukhwah for Ummah dan Fundacion Mezquita de Sevilla. Ia diwakilkan oleh empat orang selebriti Islam Malaysia iaitu Fafau (Fara Fauzana), Diana Amir, Fynn Jamal dan Heliza Helmi.


Apa yang perlu kita lakukan untuk menyokong A Tile for Seville ini. Kempen ini tidak memerlukan kerja-kerja berat, fizikal yang mantap dan sado. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah dengan mengeluarkan RM 10 sebagai sedekah atau sumbangan bagi membina masjid itu. Haaa…tu dia, dengan RM 10 tetapi kita akan mendapat pulangan atau saham yang lumayan di akhirat nanti. Siapa tak mau kan. Saya pun nak, lagi-lagi pada sepuluh malam terakhir Ramadhan ni. Jom, ramai-ramai keluarkan sedakah untuk muslim di Seville nih.


Bagaimana hendak salurkan sumbangkan itu.  Sumbangan boleh dibuat dengan cara tunai, cek dan juga melalui transaksi bank kepada account rasmi A Tile for Seville. Jangan pulak ke account saya. Saya tak terlibat dalam kempen ni. Saya cuma orang biasa yang cuba mengajak kawan-kawan membantu masyarakat Islam yang lain. Untuk sumbangan kawan-kawan semua bolehlah merujuk kepada web rasmi ukhwah for ummah iaitu http://www.ukhwahforummah.org/ atau ig rasmi @ukhwahforummah dengan #atileforseville. Disitu mereka telah ajarkan cara-cara untuk kita boleh salurkan sumbangan.

Kenapa nak buat masjid dekat Spain, kenapa tak di Malaysia saja. Takutnya nak jawab soalan macam ni. Nantikan kena kecam kalau tersalah tulis. Hehehe. Takdelah gurau jer.

Buat pengetahuan sahabat-sahabat, kenapa tercetusnya idea untuk pembinaan masjid di Seville ni. Ini adalah inisiative masyarakat Islam Malaysia dan juga Sepanyol.

Sahabat-sahabat yang dikasihi… ececece…macam dalam pertandingan debat pulak… J J J

Seville adalah sebuah bandar di Spain yang diduduki oleh minority beragama Islam di Sepanyol. Terdapat anak-anak muda di bandar ini yang giat berusaha untuk membersihkan nama Islam dari segala tuduhan negatif terhadap Islam. Kita juga sedia tahu sejarah asal-usul Islam di negara Sepanyol, kan.

Mereka ini telah menyewa sebuah rumah kedai dan dijadikan sebagai musolla untuk masyarakat Islam menunaikan solat lima waktu dan mengadakan kelas mengaji al-Quran. Dan, ada saja masyarakat Eropah yang mengucapkan kalimah syahadah di musolla itu. 

Untuk makluman sahabat, sudah hampir 10 tahun mereka memohon agar kerajaan Sepanyol membina sebuah masjid tetapi agak mustahil hasrat mereka ini untuk ditunaikan. Lagi-lagi apabila ia adalah sebuah negara di bawah kepimpinan kerajaan bukan Islam.


Itulah serba sedikit yang boleh saya kongsikan melalui blog ini. Saya pun dapat tahu hal ini melalui instagram Farah Fauzana dan Diana Amir. Tiba-tiba terminat pula dengan projek yang mereka war-warkan dan usahakan ini. 

Itulah, tergerak hati pula dan terasa hendak ajak kawan-kawan join saya. Mana tau kan, ada sahabat-sahabat yang berkenan di hati hendak salurkan sumbangan untuk sahabat-sahabat muslim kita di Sepanyol. Ganjaran akhirat tu, siapa tak nak kan. Saya nak jugakkkk….

Info adalah dari web UkhwahforUmmah. 

Dan, 
boleh tengok video "Travelog A Tile For Seville" di YouTube Channel.

Mohon halal yerr… J J J  


Wassalam

Assalamualaikum

Ini adalah sambungan kepada entry petang tadi. 
Alhamdulillah demam saya dah kebas sedikit. Suhu badan pun sudah turun, tidak panas lagi seperti petang tadi.

Okay, saya hendak kongsikan sedikit petua untuk redakan demam. Petua ini saya dapat melalui pembacaan dan carian di Google.


Amalkan meminum teh limau
Ketika waktu berbuka tadi, saya bancuh teh yang diperah bersama limau kasturi. Bila teguk air teh limau suam, terasa segar seluruh badan. Seperti air itu mengisi salur-salur urat di badan. Dramanya macam dalam movie, recharge balik tenaga. Alhamdulillah, hilang rasa tidak bermaya dan lemah badan. Solat maghrib pun lebih bertenaga.


Madu, jangan lupa makan.
Baru sekejap tadi saya makan sesudu madu. Itu pun setelah membuat sedikit rujukan dari mr. google dan baca dari blog-blog yang kongsi tentang tips-tips untuk hilangkan demam. Madu ia sangat bagus untuk hilangkan batuk. Selsema pun kurang. Ketika sis suri telan madu tadi, aduh pekatnya lalu ikut anak tekak ni. Manisnya tak boleh bawa berbincang. 

My mum tanya kenapa tak bancuhkan dengan air dan limau. Alaa... manalah tahu boleh buat macam tu. Alhamdulillah, selsema dah hilang. Cepat betul berkesan madu ni. Patutlah orang tua cakap, sebaik-baik penawar adalah madu.

Dua petua yang saya boleh kongsikan, sebab ia memang sangat menjadi. Demam pun sudah berkurangan, cuma batuk yang masih lagi ada tapi tidak seteruk petang tadi. Alhamdulillah.

Kalau ada kawan-kawan yang ada petua-petua lain yang boleh dikongsi, silalah tinggalkan mesej di ruangan komen. Jangan malu-malu tau;)

wassalam
cik suri yang menulis

DEMAM | PART II

by on June 22, 2016
Assalamualaikum Ini adalah sambungan kepada entry petang tadi.  Alhamdulillah demam saya dah kebas sedikit. Suhu badan pun sudah tu...

aaa...chungg...!!!

Assalamualaikum. Salam Ramadhan.

Hari ke-16 Ramadhan dan saya demam. 

Seriously, memang tak larat nak layan sakit kepala ni. Berdenyut-denyut rasa macam hendak pecah kepala dibuatnya. Tambahan pula dengan selesema, asyik meleleh hingus ni. Harap-harap tak batal puasalah ya. Batuk dan perit kerongkong buat sis tak duduk diam. Memang tak selesa seluruh hidup. Ha, gitu.

Sebenarnya sudah masuk hari kedua sis suri demam, tapi masih tidak baik lagi. Kena pula demam dalam di bulan ramadhan, tak boleh makan. Hanya dapat makan ubat panadol masa waktu sahur dan waktu berbuka sahaja. 

Ubat pula tidak cukup, ada beberapa biji sahaja, saya malas pergi klinik sebab nanti kena tunggu lama. Lagi-lagi di bulan puasa ni kesabaran tak tinggi. Kesabaran senipis kulit bawang. Kenapa penulisan blog hari ini semacam sebuah pengaduan. Sorry lah pembaca sekalian, terlebih cenggeng hari ni. 

Sambung balik aduan, semalam dah "ngelat" terawih sebab lepas solat isyak memang tidak larat sangat. Terus hendak tidur, berguling dan bergolek tapi tidak lena juga sebab badan rasa tak selesa.

You all ada tak tips untuk kebaskan demam? Memang tak tahan sangat kalau demam ni. Sis suri sejenis susah nak baik kalau dah demam, sebab setahun sekali sahaja demam. 

Kalau korang ada tips, please share tau.

Wassalam

DEMAM | PART I

by on June 22, 2016
aaa...chungg...!!! Assalamualaikum. Salam Ramadhan. Hari ke-16 Ramadhan dan saya demam.  Seriously, memang tak larat nak layan sakit k...

Assalamualaikum

Heyhey...

Sudah tiga hari tidak update blog. Baru beberapa hari lepas ada semangat juang yang tinggi hendak selalu update blog dan disebabkan busy menyambut ramadhan, sampaikan terlupa sekejap. 

Amacam? 

Macam mana sudah tiga hari berpuasa. Harap-harap tiada yang surrender, mengalah dengan alasan gastrik. Benda wajib, jangan di buat main-main. Nantikan tak boleh raya (baca: tambah dosa). 

hahaha...

Teringat zaman kanak-kanak dulu yer. Kalau tak puasa, tak boleh raya. Kalau tak puasa kena denda pula makan dekat luar rumah. 

Itu pengalaman zaman kanak-kanak cik suri lah. Duduk di rumah kampung, dan lepas itu kena denda makan di beranda kerana tidak berpuasa. Tengah menunggu azan dilaungkan, tiba-tiba ternampak babi melintas. Rumah cik suri zaman dulu tidak berpagar. Seram juga. Taku babi datang dan panjat beranda yang separas tinggi pinggang orang dewasa ini. 

Oh...
Cik suri lupa hendak ceritakan, masa itu rumah cik suri berada di hujung kampung. Betul-betul di depan rumah ada hutan belantara. Cuba korang imagin kan. Mesti korang tak percaya kalau cik suri cakap di dalam hutan itu jugak ada harimau. 

Itu cerita tahun 1991-1992. Masa itu cik suri baru darjah satu.

Apa pun, 

Cik suri ingin cakapkan thank you dekat nuffnang malaysia sebab sudah approve blog cik suri ni. so Cik suri jemput, you all para pembaca blog, tolonglah support blog cik suri yang tak seberapa (baca bakal champion). pleaseee...

and, 

please don't be shy to say hi!!! to me. feel free to drop your comments dan jom jadi kawan. 

tiberrrhh...

happy sangat-sangat. 

rasa nak melompat-lompat sebab sebelum nih cik suri pernah buat ads dari nuffnang ni, tapi account cik suri statik jer. 

harini, 

semangat cik suri berubah power. okay, semangat membuak-buak ibarat bara api yang membakar, jangan jemu pulak kalau banyak entry yang cik suri merapu. kihkih!!!

anyway, 

guys selamat berpuasa semua. jangan tipu puasa tau. nanti kena angkut dengan van jenazah.


Wassalam. Selamat Berpuasa.

NUFFNANGER

by on June 08, 2016
Assalamualaikum Heyhey... Sudah tiga hari tidak update blog. Baru beberapa hari lepas ada semangat juang yang tinggi hendak selalu ...

Ad Code

Responsive Advertisement