NUFFNANGER
Assalamualaikum
Heyhey...
Sudah tiga hari tidak update blog. Baru beberapa hari lepas ada semangat juang yang tinggi hendak selalu update blog dan disebabkan busy menyambut ramadhan, sampaikan terlupa sekejap.
Amacam?
Macam mana sudah tiga hari berpuasa. Harap-harap tiada yang surrender, mengalah dengan alasan gastrik. Benda wajib, jangan di buat main-main. Nantikan tak boleh raya (baca: tambah dosa).
hahaha...
Teringat zaman kanak-kanak dulu yer. Kalau tak puasa, tak boleh raya. Kalau tak puasa kena denda pula makan dekat luar rumah.
Itu pengalaman zaman kanak-kanak cik suri lah. Duduk di rumah kampung, dan lepas itu kena denda makan di beranda kerana tidak berpuasa. Tengah menunggu azan dilaungkan, tiba-tiba ternampak babi melintas. Rumah cik suri zaman dulu tidak berpagar. Seram juga. Taku babi datang dan panjat beranda yang separas tinggi pinggang orang dewasa ini.
Oh...
Cik suri lupa hendak ceritakan, masa itu rumah cik suri berada di hujung kampung. Betul-betul di depan rumah ada hutan belantara. Cuba korang imagin kan. Mesti korang tak percaya kalau cik suri cakap di dalam hutan itu jugak ada harimau.
Itu cerita tahun 1991-1992. Masa itu cik suri baru darjah satu.
Apa pun,
Cik suri ingin cakapkan thank you dekat nuffnang malaysia sebab sudah approve blog cik suri ni. so Cik suri jemput, you all para pembaca blog, tolonglah support blog cik suri yang tak seberapa (baca bakal champion). pleaseee...
and,
please don't be shy to say hi!!! to me. feel free to drop your comments dan jom jadi kawan.
tiberrrhh...
happy sangat-sangat.
rasa nak melompat-lompat sebab sebelum nih cik suri pernah buat ads dari nuffnang ni, tapi account cik suri statik jer.
harini,
semangat cik suri berubah power. okay, semangat membuak-buak ibarat bara api yang membakar, jangan jemu pulak kalau banyak entry yang cik suri merapu. kihkih!!!
anyway,
guys selamat berpuasa semua. jangan tipu puasa tau. nanti kena angkut dengan van jenazah.
Wassalam. Selamat Berpuasa.
No comments:
Post a Comment