TRIP TO SIEM REAP, CAMBODIA - PART 1
Assalamualaikum
Ini adalah bahagian kedua untuk trip ke Siem Reap hari tu. kali ini saya akan highlight terus tentang itenerari perjalanan saya di siem reap.
percutian saya selama 4 hari 3 malam di siem reap. perjalanan bermula pada 02 november sehingga 05 november 2016, dengan kos all in sejumlah bawah rm 1000 seorang.
DAY 1 - ARTISAN ANGKOR SILK FARM
touch-down di Siem Reap International Airport pada jam lebih kurang 2:00 petang waktu tempatan. kami disambut oleh encik mustafa iaitu tour-guide kami di sepanjang empat hari berada di sini.
saya juga ada membeli sim card metfone dengan harga 3usd. saya dapat menggunakan unlimited data selama tujuh hari dan panggilan 60minit percuma.
saya juga ada membeli sim card metfone dengan harga 3usd. saya dapat menggunakan unlimited data selama tujuh hari dan panggilan 60minit percuma.
dari airport, en. mustafa terus membawa kami ke Artisan Angkor Silk Farm. terletak lebih kurang 20 minit perjalanan dari airport dan tiada bayaran dikenakan. maknanya FREE.
lebih kurang jam 3:30 petang, kami keluar dari silk farm dan menuju ke tonle sap village. tetapi tak sempat kerana kaunter tiket di tutup jam 5 petang. hari sudah gelap dan hujan renyai-renyai. trip ke tonle sap lake terpaksa di batalkan dan kami pulang ke hotel untuk solat. kena ingat waktu solat di siem reap sangat awal. kami sampai di hotel lebih jam 6:30 petang dan kami tidak sempat untuk solat jamak asar- zohor kerana pada jam 5:45 petang sudah masuk waktu maghrib. #jadualsolatsiemreap
makan malam kami di suatu tempat yang kami sendiri tak tahu. kedai makan muslim yang dicadangkan oleh mustafa. malam itu kami makan daging bakar dan sup daging bersama nasi putih berserta ulam-ulam. kalau lihat makanan di sini ala-ala orang korea buat wrap daging tu. boleh la fefeeling sikit. sikit tak banyak.
selepas makan, kami dibawa pergi ke T-Galeria. boleh la cuci-cuci mata. T-galleria mall ni dia free tax duty, so masa nak buat pembayaran diorang akan scan passport kita. selain daripada barangan branded, dekat sini juga banyak hasil craft cambodia. so, sempat beli sehelai seluar corak-corak dgn harga 5usd.
dekat t-galleria ni pada waktu malam memang tak ramai pengunjung. mungkin juga sebab malam tu hujan. kami bergerak pulang dari t-galleria dalam jam 9 malam. malam itu kite round siem reap town. tengok suasana malamnya.
singgah di hard rock cafe, walaupun hujan renyai. nak jugak singgah sekejap. masa tu sempat lah tengok satu rock band performance dengan gaya goyang-goyang rambut panjang dia. kami lalu sajea sebab tak berminat bunyi bising. banyak habiskan masa cuci-cuci mata pilih cenderamata di galeri hard rock ni. last-last tak beli pun. hihihi :)
Jumlah kos untuk hari pertama:
Simcard metfone kado : 3usd
Simcard metfone kado : 3usd
Silk Farm : FREE
Dinner 4pax : 12usd ~ 3usd//pax
T-galleria : 5usd
Total: 11usd ~ rm 46.20
untuk trip hari-hari seterusnya, saya akan buat pada entry yang lain. inshaa Allah.
enjoy reading and please dont be shy to put your comment. nak kutuk2 pun tak pe. okey...
wassalam
No comments:
Post a Comment