Wednesday, June 22, 2016

::FEVER PART-II::


Assalamualaikum

ni kisah sambungan kepada entry petang tadi. alhamdulillah demam saya dah kebas sikit. suhu badan pun dah turun, takde lah panas macam petang tadi.

baiklah saya nak share sikit petua nak kebas kan demam


tea limau
ketika berbuka petang tadi, saya membancuh tea yang diperah bersama limau kasturi. bila teguk air tea limau suam tu, terasa segar badan. seperti air itu mengisi salur-salur urat di badan. macam cerita dalam movie tu. recharge balik tenaga. alhamdulillah terasa sikit hilang lemah badan. solat maghrib pun sedikit bertenaga.


madu
baru je kejap satni saya makan madu. itu pun setelah membuat sedikit rujukan dari mr. google dan baca dari blog-blog yang share tips-tips nak hilangkan demam. madu ni bagus untuk hilangkan batuk. selsema pun hilang. tadi time telan madu tu, aduh pekatnya lalu ikut anak tekak. manis. mak cakap, apsal tak bancuh dalam air sama dengan limau. alah, taktau pom boleh buat macam tu. apa-ape pun, selsema dah hilang. cepat betul berkesan madu nih. patutlah orang cakap sebaik-baik penawar adalah madu.

itu dua petua yang saya boleh sharekan, sebab memang menjadi. alhamdulillah demam dah berkurangan, cume batuk-batuk tu masih lagi ada tapi taklah seteruk siang hari tadi.

kalau kawan-kawan masih ada petua-petua lain yang hendak dishare, sila-silalah tinggalkan di ruangan comment. anda semua amatlah dialu-alukan dengan tangan terbuka luas.

wassalam

No comments: