Cara Buat Budgeting yang Berkesan

"BUDGETING" atau membuat belanjawan tidaklah serumit mana dan juga tidak perlu mengambil masa yang berjam-jam daripada hari anda. Malah, membuat belanjawan adalah perkara yang paling mudah untuk dilakukan. 

Mengambil contoh Peraturan 50/30/20 sebagai salah satu kaedah mengurus perbelanjaan bulanan yang mudah. Kita dapat mengenalpasti dengan tepat berapa banyak yang perlu untuk simpanan dan kos sara hidup untuk setiap bulan.

Dengan memberi gambaran besar yang jelas tentang belanjawan untuk bulan tersebut, kita dengan yakin boleh mengelakkan diri daripada berbelanja secara berlebihan dan dalam masa sama dapat membina simpanan dari masa ke masa - semuanya tanpa perlu bersusah payah merekodkan setiap transaksi.

Apakah peraturan 50/30/20?

Peraturan 50/30/20 ialah satu kaedah "budgeting" yang boleh membantu kita menguruskan kewangan dengan berkesan, ringkas dan mampan. 

Peraturan asasnya ialah dengan membahagikan pendapatan selepas ditolak cukai bulanan kepada tiga kategori perbelanjaan iaitu: 

"50% untuk keperluan, 30% untuk kehendak dan 20% untuk simpanan."

Dengan sentiasa memastikan perbelanjaan kita seimbang merentasi garis perbelanjaan utama ini, kita boleh meletakkan wang kita untuk berfungsi dengan lebih cekap. Dengan hanya tiga kategori utama untuk dijejaki, kita boleh menjimatkan masa dan mengurangkan tekanan untuk menggali butiran setiap kali berbelanja.

Satu soalan yang sering kita dengar mengenai belanjawan ialah, 

"Mengapa saya tidak boleh menyimpan lebih banyak?" 

Ini cara terbaik untuk menyelesaikan teka-teki "kehilangan" wang dan mengatur kembali struktur di dalam tabiat berbelanja. Ia juga boleh memudahkan kita untuk mencapai matlamat kewangan, sama ada menabung untuk kegunaan ketika terdesak untuk membayar hutang.

Asal-usul peraturan 50/30/20?

Peraturan 50/30/20 berasal daripada buku yang oleh Senator Amerika Syarikat pada tahun 2005 iaitu Elizabeth Warren dan anak perempuannya, Amelia Warren Tyagi, yang bertajuk "All Your Worth: The Ultimate Lifetime Money Plan,".

Berdasarkan kepada penyelidikan selama 20 tahun, Warren dan Tyagi telah menyimpulkan bahawa kita tidak memerlukan belanjawan yang rumit untuk mengawal kewangan tetapi perkara yang kita perlu lakukan adalah dengan mengimbangi kewangan mengikut keperluan, kehendak dan matlamat simpanan dengan menggunakan kaedah 50/30/20.

Bagaimana untuk membelanjakan wang dengan peraturan 50/30/20

Peraturan 50/30/20 ialah membahagikan gaji bersih kepada  tiga kategori perbelanjaan: keperluan, kehendak dan simpanan atau hutang.

Dengan mengetahui lebih tepat jumlah yang perlu dibelanjakan pada setiap kategori ia memudahkan kita untuk mematuhi belanjawan dan membantu mengekalkan jumlah perbelanjaan. Kita dapat mengelakan diri daripada "over spending".

Begini rupa belanjawan peraturan 50/30/20 yang patut dipatuhi:

Belanjakan 50% wang anda untuk keperluan

Keperluan ialah perbelanjaan yang tidak boleh dielakkan seperti pembayaran untuk semua keperluan penting yang sukar untuk hidup tanpanya. 50% daripada pendapatan selepas cukai haruslah menampung kos yang paling anda perlukan seperti:

  • Sewa bulanan 

  • Bil elektrik dan gas 

  • Pengangkutan 

  • Insurans (untuk penjagaan kesihatan, kereta atau haiwan peliharaan) 

  • Bayaran balik pinjaman minimum 

  • Barangan runcit

Contohnya, jika pendapatan bersih bulanan ialah RM 2000, maka RM1000 hendaklah diperuntukkan untuk keperluan.

Setiap orang mempunyai perbelanjaan yang berbeza dengan individu yang lain. Jika anda mendapati keperluan anda bertambah sehingga melebihi 50% daripada pendapatan, anda boleh membuat beberapa perubahan dengan mengurangkan sedikit perbelanjaan tersebut. 

Sebagai contoh anda boleh bertukar pakej khidmat telco kepada pakej yang lebih murah, belajar menutup lipas angin atau lampu apabila tidak menggunakannya, atau membuat perbandingan harga ketika membeli barangan dapur dan sebagainya. Ia sangat bermakna untuk mengubah kehidupan yang lebih mendalam, seperti mencari keadaan hidup yang lebih murah.

Belanjakan 30% wang anda untuk kehendak diri. 

30% daripada gaji anda boleh digunakan untuk memenuhi kehendak anda. Kehendak ditakrifkan sebagai perbelanjaan yang tidak penting seperti perkara yang anda pilih untuk membelanjakan wang, walaupun anda boleh hidup tanpanya.

Kehendak mungkin termasuklah:

  • Makan di luar
  • Membeli-belah pakaian
  • Melancong
  • Keahlian gim
  • Langganan hiburan (Netflix, HBO, Amazon Prime)
  • Barangan runcit (selain yang penting)

Menggunakan contoh yang sama seperti di atas, jika gaji bulanan ialah RM 2000, anda boleh membelanjakan RM600 untuk kehendak anda. Jika anda mendapati anda berbelanja terlalu banyak untuk kehendak, maka perlu fikirkan apa yang boleh dikurangkan.

Sebagai nota sampingan, mengikut peraturan 50/30/20 tidak bermakna anda tidak dapat menikmati hidup anda. Ia bermakna jika kita lebih berhati-hati tentang kewangan dengan mencari kepentingan dalam perbelanjaan di mana kita tidak perlu berbelanja secara berlebihan. 

Jika anda keliru sama ada sesuatu itu keperluan atau kehendak, cuba tanya pada diri sendiri, "Bolehkah saya hidup tanpa ini?" Jika jawapannya ya, itu mungkin kehendak.

Simpan 20% daripada wang anda sebagai SIMPANAN.

Baki 20% boleh digunakan untuk mencapai matlamat simpanan anda, atau membayar balik hutang yang tertunggak. Walaupun pembayaran balik minimum dianggap sebagai keperluan, sebarang pembayaran balik tambahan dapat mengurangkan hutang sediaada dan faedahnya. Ini juga diklasifikasikan sebagai simpanan.

Mengetepikan 20% daripada gaji secara konsisten setiap bulan boleh membantu anda membina pelan simpanan yang lebih baik dan bertahan lama. Ini adalah sama seperti matlamat utama ialah membina dana kecemasan, membangunkan pelan kewangan peribadi jangka panjang, pelan pendidikan untuk anak atau membuat persediaan untuk bayaran muka pembelian rumah.

Dan ia mengagumkan betapa cepatnya penjimatan itu boleh ditambah. Jika anda bergaji RM2000, anda boleh meletakkan RM400 untuk matlamat simpanan anda. Dalam masa setahun sahaja, anda telah mempunyai simpanan RM5000!

Panduan menggunakan Peraturan 50/30/20

Bagaimana sebenarnya cara untuk menggunakan peraturan 50/30/20? 

Untuk melaksanakan peraturan belanjawan ini, anda hanya perlu mengira nisbah 50/30/20 berdasarkan kepada gaji dan membuat kategori perbelanjaan. Ini caranya:

1. Kira pendapatan selepas di tolak cukai

Langkah pertama untuk menggunakan peraturan belanjawan 50/30/20 ialah mengira pendapatan bersih yang diterima. Sekiranya anda seorang "freelancer", pendapatan selepas cukai ialah amaun yang perolehi dalam sebulan, tolak perbelanjaan perniagaan dan jumlah yang telah ditetapkan untuk cukai.

Jika anda seorang pekerja yang bergaji tetap, ini akan menjadi lebih mudah. Lihat sahaja pada penyata gaji untuk melihat jumlah bersih di dalam akaun bank anda setiap bulan. Jika anda pemotongan secara automatik untuk pembayaran seperti insurans kesihatan atau dana pencen, anda perlulah ditambahkan semula.

2. Kategorikan perbelanjaan anda untuk sebulan yang lalu

Untuk mendapatkan gambaran sebenar ke mana wang kita dibelanjakan setiap bulan, kita perlu melihat bagaimana dan ke mana kita telah membelanjakan gaji sepanjang bulan lalu. Membuat salinan penyata bank selama 30 hari yang lalu, atau mengggunakan catatan melalui aplikasi. Ia secara automatik mengasingkan semua transaksi ke dalam kategori seperti Gaji, Makanan dan Barangan Runcit, Riadah & Hiburan, serta banyak lagi.

Sekarang, bahagikan semua perbelanjaan kepada tiga kategori: keperluan, kehendak dan simpanan. Ingat, keperluan ialah perbelanjaan penting yang anda tidak boleh hidup tanpanya, seperti sewa. Kemahuan ialah kemewahan tambahan yang anda boleh hidup tanpanya, seperti makan di luar. Dan simpanan ialah pembayaran balik hutang tambahan, caruman persaraan kepada dana pencen atau wang yang anda simpan untuk kegunaan "on rainy day" atau semasa terdesak.

3. Nilai dan laraskan perbelanjaan supaya sepadan dengan peraturan 50/30/20

Memandangkan kita dapat melihat jumlah wang yang digunakan untuk keperluan, kehendak dan simpanan setiap bulan, kita boleh mula melaraskan belanja agar sepadan dengan peraturan 50/30/20. Cara terbaik adalah dengan menilai jumlah yang dibelanjakan untuk keperluan setiap bulan.

Mengikut peraturan 50/30/20, kehendak bukanlah sesuatu yang berlebihan - ia adalah kebaikan asas yang membolehkan kita menikmati kehidupan. Sebenarnya untuk mengurangkan keperluan adalah satu tugas yang kompleks dan mencabar, adalah lebih baik untuk menentukan kehendak anda yang mana anda boleh kurangkan untuk kekal dalam lingkungan 30% daripada gaji yang dibawa pulang. 

Lebih banyak kita mengurangkan perbelanjaan untuk kehendak, lebih besar kemungkinan untuk kita capai sasaran simpanan 20%.


No comments:

Ad Code

Responsive Advertisement