BIJAK MELABUR DENGAN STRATEGI RCA

Ringgit Cost Averaging

PELABURAN akan menjadi lebih mudah jika seseorang itu mempunyai kebolehan meramal masa yang terbaik untuk membeli atau menjual. Akan tetapi, ianya adalah agak mustahil untuk menentukan keadaan pasaran kerana mata manusia bukanlah "crystal ball" yang boleh melihat masa hadapan.

Warrent Buffett di dalam bukunya pernah berkata,

"We've long felt that the only value of stock forecasters is to make fortune tellers look good. Even now, Charlie and I continue to believe that short-term market forecasts are poison and should be kept locked up in a safe place, away from children and also from grown-ups who behave in the market like children." - Warrent Buffett

Salah satu cara terbaik untuk menghadapi turun-naik pasaran saham adalah dengan mengamalkan strategi Pemurataan Kos Ringgit - Ringgit Cost Averaging (RCA)

RCA juga adalah salah satu teknik yang diguna-pakai secara meluas di dalam industri Unit Trust. Seperti kita semua maklum, unit trust adalah salah satu method pelaburan di dalam kategori berisiko rendah - sederhana. 

 Apa yang dimaksudkan dengan RCA 

Ringgit Cost Averaging adalah salah satu strategi yang diguna di dalam pelaburan, yang mana anda mengasingkan sejumlah wang pada nilai yang tetap secara konsisten setiap bulan untuk dilaburkan pada aset atau dana tertentu.

Dengan menggunakan strategi RCA, ianya dapat membantu anda mengurangkan risiko, kesan daripada kemerosotan pasaran ketika anda membeli unit pada harga yang tinggi, dan memberi juga boleh memberi keuntungan kepada anda apabila pasaran pulih semasa anda membeli unit pada harga yang murah. 

RCA sangat membantu kepada pelabur yang sedang mencari strategi pelaburan jangka masa sederhana-panjang yang praktikal serta berisiko rendah-sederhana.

Strategi RCA biasanya digunakan di dalam pelaburan aset yang ada turun-naik harga seperti saham, unit trust, ETF, pelaburan emas dan perak dan sebagainya.

 Manfaat Mengamalkan RCA 

Menggunakan strategi RCA secara amnya dapat membantu anda mengawal tekanan emosi yang mungkin akan wujud apabila anda melabur. Dengan cara memanjangkan tempoh masa pelaburan, strategi ini dapat mengurangkan kesan turun-naik harga. 

Strategi ini juga amat mudah untuk diuruskan kerana ianya menjimatkan masa. Anda tidak perlu membuang masa untuk memantau situasi pasaran. Selain itu, anda juga tidak perlu menghabiskan masa dengan menganalisis pasaran untuk mengamal masa terbaik untuk melabur.

Strategi RCA juga dapat membantu anda untuk lebih berdisiplin dan dalam masa sama menanam tabiat menabung yang baik dan konsisten. Tanpa perlu meramal pasaran, tetapi anda hanya perlu konsisten menyimpan pada jumlah yang anda selasa dan mampu. Peace of Mind.

 Cara Pengiraan RCA 

Memandangkan agak sukar untuk meramal pergerakan pasaran, katakan anda ingin membuat simpanan sebanyak RM950 sebulan daripada gaji anda untuk tempoh selama 10 tahun. Dengan berbuat demikian anda dapat memuratakan kos seunit yang dilaburkan. 

Ini kerana dengan RM950 yang dilaburkan oleh anda pada setiap bulan, ia dapat membeli membeli lebih banyak unit semasa harga rendah dan sebaliknya ketika harga tinggi.

Contoh:

Dengan pelaburan sebanyak RM950/sebulan,

  • Jumlah kos pelaburan untuk 10 tahun adalah RM114,000
  • Jumlah unit terkumpul untuk 10 tahun adalah 558,990.28
  • Purata kos seunit yang telah dilaburkan adalah RM0.2039 seperti kiraan berikut
         RM114,000 / 558,990.28 unit = RM0.2039
 
 Kesimpulan : 

Di dalam hidup ini, kita perlu ketahui apa matlamat kewangan kita. Dengan memilih matlamat atau target tertentu, kita dapat mendisiplinkan diri untuk membuat simpanan bagi mencapai matlamat tersebut.

Memilih untuk membuat simpanan secara bulanan adalah satu langkan yang tepat dan terbaik. Ini kerana kita tidak perlu menunggu masa yang lama untuk ada duit yang banyak dan baru ingin mulakan simpan. Ini adalah satu sikap yang merugikan. Kenapa memilih untuk ada duit dahulu dan baru hendak menyimpan? 

Sedangkan kita boleh memilih dengan langkah yang kecil dahulu dan akhirnya kita dapat berlari dengan riang dan gembira.

Seperti pepatah lama,

"Sikit-sikit, lama-lama menjadi bukit."

Jika anda setuju dengan saya, jangan lupa tinggalkan komen di ruang komen post ini.


No comments:

Ad Code

Responsive Advertisement