9 + 1, FORMULA TERBAIK UNTUK CAPAI "FINANCIAL FREEDOM" TAHUN 2023

Road to Financial Freedom

"BEBAS KEWANGAN". Bunyinya seperti satu teori yang sangat menarik. Tetapi, hakikatnya sesiapa sahaja boleh mencapainya. Maksud saya, sesiapa sahaja - termasuklah seseorang yang pernah mempunyai puluhan ribu hutang pendidikan seperti awak, peminjam PTPTN.

Tidak kira apa jua masalah kewangan yang anda hadapi hari ini, setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya. MUngkin dengan cara anda membuat tracking perbelanjaan harian anda terlebih dahulu sebagai langkah pertama.

Dalam posting saya kali ini, kita akan cuba menyelami kepentingan kebebasan kewangan dan saya akan berkongsi beberapa petua kebebsan kewangan melalui pembacaan saya dan juga petua yang saya buat dan telah memberi kesan yang baik pada diri saya. 

Nak tahu? Teruskan pembacaan anda. Artikel ini mungkin panjang dan saya berharap anda tidak berasa bosan. Saya berharap juga agar artikel ini memberi sedikit sebanyak manfaat kepada anda dalam merancang kewangan anda untuk tahun baru 2023. 

Apa maksudnya "Financial Freedom"

First thing first, kita perlu faham dahulu apa itu yang dimaksudkan dengan Kebebasan Kewangan. Kebebasan kewangan bermaksud pemilikan sepenuhnya terhadap kewangan anda. Anda mempunyai aliran tunai yang kukuh dan membolehkan anda menjalani hidup yang diingini. Dalam erti kata mudahnya adalah anda mempunyai lebihan duit, simpanan  yang banyak, mampu membayar bil-bil dan tiada timbunan beban hutang langsung. 

Tetapi, mengambil kira rujukan daripada pakar kewangan  peribadi, menurut mereka - kebebasan kewangan mempunyai maksud berbeza bagi individu yang berbeza. 

Adapun yang menganggap kebebasan kewangan bererti 100% bebas hutang. Ada pula berpendapat kebebasan kewangan bererti seseorang individu memiliki wang simpanan yang banyak di dalam bank, sehingga boleh digelarkan sebagai Jutawan, yang mana mereka berupaya membeli apa sahaja barangan yang dihajati atau tiada tunggakan bil utiliti, bergaji besar, dan sentiasa mempunyai lebihan wang yang banyak.

Menurut Robert Kiyosaki, tokoh kewangan peribadi tersohor di dunia hari ini, beliau mendefinisikan kebebasan kewangan adalah, "apabila pendapatan pasif seseorang itu melebihi perbelanjaan aktifnya".

Merujuk pula kepada pandangan Zig Ziglar, pandangannya tentang kebebasan kewangan agak menarik untuk kita renungi. Beliau berkata, "Kebebasan kewangan adalah apabila anda mempunyai segalanya dalam hidup, sekiranya anda mampu membantu orang lain untuk mendapatkan apa yang mereka kehendaki di dalam hidup mereka."

10 Tips Untuk Capai Financial Freedom

1. Fahami titik di mana anda berada ketika ini

Kita tidak akan mencapai kebebasana kewangan tanpa mengetahui di mana titik kita berada sekarang. Setiap orang mempunyai starting point yang berbeza. Melihat kepada berapa banyak hutang yang ada, berapa simpanan yang kita tidak ada, dan berapa banyak wang yang diperlukan. Sedihkan apabila melihat kepada realiti ini. Namun, ini adalah langkah yang terbaik untuk mula memperbetulkan kesilapan lalu.

Mulakan dengan membuat senarai hutang seperti hutang rumah, hutang kereta, pinjaman pendidikan, pinjaman peribadi, kard credit, dan hutang-hutang lainnnya. Jangan lupa untuk masukan sekali hutang anda daripada kawan-kawan atau ahli keluarga yang anda pinjam selama ini. 

Kemudian, kumpulkan semua jumah hutang-hutang tersebut dan dapatkan jumlah akhirnya. 

"How much debt do you have?"

Adakah anda berasa lega selepas mengetahui jumlah hutang yang anda miliki? Boleh menarik nafas lega? 

Langkah seterusnya, kenalpasti pula berapa jumlah simpanan yang anda ada. Senaraikan segala simpanan termasuklah daripada savings account, saham, EPF, simpanan persaraan persendirian atau PRS dan lain-lain. Senaraikan juga pendapatan tetap bulanan seperti gaji, side income dan lain-lainnya.

2. Duit adalah sesuatu yang Positif bukan Memudharatkan

Mempunyai hutang yang banyak kadang-kadang membuatkan kita berasa kecewa dan tertekan. Tetapi kita perlu ingat bahawasanya wang adalah sesuatu yang baik untuk kita. Walaupun kadang-kadang ia seakan membawa beban buat masa sekarang.

Kita selalu memberi gambaran negetif terhadap wang, padahal kita menggunakan wang dalam setiap langkah kita. 

Pernah tak anda mendengar kata-kata ini, 

"Jangan bekerja untuk wang, tapi biarkan wang bekerja untuk anda".

Jika kita berfikir positif tentang wang, wang mampu memberi motivasi kepada, memberi tenaga dan menjalani kehidupan tanpa merasa tekanan. 

Lihatlah wang sebagai satu alat untuk anda mencapai impian anda. 

3. Matlamat - Duduk dan Tulis Matlamat Anda

"Why do you need money"

Sit down for awhile, think and write what your BIG WHY. 

Adakah anda ingin melangsaikan hutang selamanya? Adakah anda ada tempat yang teringin sangat untuk pergi? Atau, adakah anda perlukan satu amount simpanan untuk majlis perkahwinan, pendidikan anak atau persaraan?

Matlamat saya dahulu adalah untuk keluar daripada beban pinjaman pendidikan. Alhamdulillah, saya berjaya melangsaikannya pada tahun ini. Untuk mencapai matlamat tersebut, saya mengikatnya dengan matlamat  emosi saya untuk terus buat walaupun ia mengambil masa yang agak panjang tetapi point pentingnya adalah Kehendak dan Kesabaran. 

Sejujurnya, ia adalah satu pengalaman yang sangat menggembirakan. Selepas saya selesai hutang kereta dan seterusnya pinjaman pendidikan ia membuatkan fikiran saya ringan dan tidak stress lagi. 

4. Jejak Perbelanjaan

Langkah penting untuk mencapai kebebasan kewangan adalah dengan membuat tracking perbelanjaan anda.

"Track your Spending"

Seperti saya, sejak dari mula-mula bekerja lagi saya suka mencatat berapa gaji yang saya terima, dan kemudiannya saya akan senaraikan bil-bil yang perlu saya bayar. 

Saya juga akan "allocate" jumlah wang untuk perbelanjaan pada bulan tersebut. Kemudian saya akan catat setiap apa yang saya belanjakan. Jangan lupa juga reward untuk diri sendiri. Biasanya saya memberi reward pada diri sekali atau dua kali setahun. Pastinya satu perkara yang sangat-sangat saya impikan.

Selain itu, saya juga akan asingkan siap-siap wang untuk simpanan dengan cara alihkan sejumlah gaji ke akaun Tabung Haji on the day I received my salary in my bank account. 

Sebuah buku nota kecil memang dikhaskan untuk mencatat segala jenis perbelanjaan daripada gaji yang diterima pada setiap bulan. 

5. Bayar Dirimu Dahulu

Pernah tak anda dengar ungkapan seperti ini,

"Pay yourself first".

Saya percaya ramai yang pernah dengar, kan? Lagi-lagi kita kini berada di zaman segalanya di hujung jari. Segala maklumat kita boleh akses dengan hanya membuka Google. 

Ingatkan, saya pernah katakan, saya akan asingkan sejumlah wang ke akaun Tabung Haji. Yesa!!! Itu adalah bagaimana saya membayar diri saya terlebih dahulu. Saya akan pastikan wang itu tidak akan diusik selagi mana ia tidak diperlukan. 

Ingat, berdisiplin itu sangat penting!!!

6. Kurangkan Berbelanja

Untuk mengurangkan perbelanjaan ini adalah sesuatu yang agak sukar untuk dilakukan. Kalau boleh semua benda di dalam dunia ini kita mahu beli. Tetapi, bagi anda yang berniat untuk mencapai kebebasan kewangan, mengurangkan perbelanjaan adalah perkara yang sangat-sangat perlu untuk anda lakukan. Jadi, anda wajib kuatkan keimanan kalau tidak mahu terciduk.

Sebenarnya, ramai sahaja orang kaya yang tidak kelihatan seperti orang kaya. Seperti contohnya Mark Zuckerberg yang selesa dengan hanya memakai t-shirt kelabu dan jeans yang sama setiap hari. Atau pun seperti Steve Job.

Ramai mungkin tidak percaya dengan mengurangkan pembelian barangan boleh membantu kita menjadi lebih kaya. 

Di Malaysia ini, sentimennya berbeza, kerana ramai orang takut digelar kedekut jika tidak membeli barang dengan banyak. Walaupun mereka tahu, mereka tidak memerlukan barang tersebut. Kena ubah ya sahabat. Nak jadi kaya, kena mula dari sekarang. Buangkan tabiat membeli barang yang tidak perlu.

Dengan berbelanja dengan sedikit, dua perkara yang anda akan dapat iaitu yang pertama anda akan mempunyai lebihan wang untuk disimpan. 

Keduanya pula, anda akan belajar bahawa yang anda sebenarnya memerlukan sedikit barangan untuk teruskan hidup. Minimalise life style boleh membantu anda mengetepikan lebih banyak wang untuk disimpan. Berani tak buat begitu?

Jom kita teruskan ke next point...

7. Beli Pengalaman, Bukan Benda

Life is too short. Artikel ini bukanlah bertujuan untuk menyuruh anda menyorokkan kesemua wang simpanan sehingga anda tua. Anda berhak untuk menikmati kehidupan selagi mana anda bernyawa.

Sebenarnya, perkara yang sangat bermakna untuk anda menjalani kehidupan adalah pengalaman yang bermakna dan bukannya benda yang anda miliki. 

Cuba fikirkan kembali, apakah dengan membeli pelbagai jenis barangan akan memberi anda kebahagiaan untuk jangka masa panjang? Adakah hutang yang anda buat itu akan membuatkan kehidupan anda lebih baik? 

Pasti tidak, bukan? Pastinya tidak tidur lena memikirkan tentang hutang!!!

Jadi, tukarlah. Ubah dari sekarang!!!

Tiba masanya untuk membina kenangan yang lebih menggembirakan. Life is made up of moment. Moment yang terbaik datangnya daripada kualiti masa yang kita gunakan bersama ahli keluarha dan rakan karib. Dan sebahagian barang hanya sebagai alat untuk anda mencipta moment bersama kelaurga atau sahabat seperti contohnya menonton World Cup di TV skrin 72" bersama-sama hanya untuk satu malam sahaja.

8. Bayar Hutang

Teringat saya akan hal beberapa bulan yang lepas, di mana saya telah dihubungi oleh seseorang untuk dapatkan khidmat nasihat tentang kewangan. Sepanjang perbualan antara saya dan dia, akhirnya dia membocorkan rahsia yang dia sedang mengalami masalah hutang yang sangat kritikal. 

Sebenarnya, masalah ini selalu sahaja berlaku di kalangan government servant, kerana golongan ini mudah untuk mendapat kekukusan pinjaman.

Dua cara utama untuk membayar hutang iaitu cara pertama adalah "snowball method". Snowball adalah cara di mana anda membayar hutang yang nilainya lebih kecil dahulu. YAng keduanya pula dipanggil "Avalanche" iaitu dengan cara anda membayar hutang yang mempunyai kadar interest tertinggi dahulu.

Snowball Method

Jadi, bergantung kepada anda untuk memilih method mana yang lebih sesuai untuk anda. Apabila anda dapat membayar hutang yang banyak akan meringankan beban yang dirasai. Selepas anda dapat membayar hutang tersebut, anda akan dapat melihat jumlah wang di dalam bank meningkat kerana tidak perlu membayar hutang lagi. Bestkan.

Perasaan pada ketika itu sangat lega. Saya sudah merasainya. Tetapi, pada peringkat ini, anda kenalah berdisiplin kerana bila-bila masa sahaja syaitan akan menghasut untuk menjdai boros. Perasaan melihat jumlah yang banyak ini sangat menguji pada mulanya, dan ia juga boleh menjadi motivasi untuk terus mengembangkan wang tersebut untuk menjadi lebih banyak.

9. Melabur untuk Masa Depan

Ya. Ini adalah formula terakhir untuk anda capai kebebasan kewangan, dan ia adalah sangat PENTING!!!

Katakanlah anda telah mengikuti lapan tip di atas, anda telah bebas daripada hutang dan mula belajar untuk kembangkan simpanan. Ia mungkin cukup untuk membantu anda pada masa sekarang. Tetapi, kena ingat bagaimana sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak dijangka? Adakah anda bersedia untuk menghadapinya?

It is important to put aside money for rainy days. Saya bukan bercerita tentang musim tengkujuh, ya. Ia adalah tentang satu hari yang tidak dijangka, atau untuk persaraan atau untuk hari kematian anda. Bunyi seperti sangat...menakutkan. Tetapi dengan simpanan yang telah anda sediakan ini dapat membantu ahli keluarga anda untuk digunakan dalam segala urusan yang telah anda tinggalkan untuk mereka seperti membayar hutang yang anda tinggalkan, yuran pengurusan jenazah dan sebagainya.

Selain itu, anda juga perlu membuat satu simpanan dana kecemasan yang mencukupi, sekurang-kurangnya enam ke dua belas bulan gaji. Sebagai contoh gaji anda adalah RM 3,000 sebulan, dana kecemasan yang anda perlu sediakan adalah antara RM18,000 - RM36,000. 

Sejujurnya, jumlah tersebut kelihatan agak tinggi, lagi-lagi bagi anda yang tidak membuat banyak wang. Oleh itu, anda boleh mulakan dengan matlamat yang anda mampu dahulu - seperti dengan RM 100-200 untuk bulan yang pertama. Dan apabila anda mula mempunyai pendapatan yang lebih banyak atau pendapatan pasif - melalui dividen, saham, anda boleh mula tambahkan matlamat anda kepada RM500 sebulan, atau RM500 dua kali seminggu. Bergantung. 

Andai kata, anda tiba-tiba terlebih berbelanja dan menambah hutang kad kredit, jangan sesekali anda gunakan dana kecemasan untuk membayar hutang kad kredit tersebut. Anda perlu mencari jalan lain seperti menambah pendapatan aktif untuk membayar hutang tersebut.

Dana kecemasan adalah untuk perkara kecemasan yang tidak dijangka sahaja seperti rumah dihempap pokok atau kena ribut, kereta mengalami kemalangan dan kerosakan, atau untuk rawatan hospital yang tidak dijangka.

Dengan menyediakan wang untuk "hari hujan" atau persaraan, anda sebenarnya telah pun menghampiri matlamat asal anda iaitu untuk mencapai matlamat kebebasan kewangan. 

Bonus - Number 10, Bina Pendapatan Tambahan

Sebenarnya, saya selalu mendengar rungutan daripada rakan-rakan terdekat, 

"Hutang saya lebih banyak daripda gaji saya. Gaji pula tidak naik-naik. Nak bayar hutang pun kadang-kadang terlewat, makan pun tidak cukup". 

Ini adalah kalimah yang bukan saya sahaja yang pernah dengar. Saya yakin anda juga pernah mendenganya, bukan? 

Jika anda seorang yang serius untuk mencapai kebebasan kewangan, anda perlulah sedia berkorban untuk mencapainya. "You have got to sacrifice some blood, sweat and tears". 

Tiba masanya untuk anda memulakan pekerjaan tambahan. Ramai yang mula melakukan kerja luar seperti menjadi Grab driver. Setiap pagi sebelum tiba ke office, mereka membuka Grab Apps dan mengambil penumpang yang mempunyai arah yang sama dengan perjalanan ke pejabatnya.

Penutup daripada Saya

Setiap orang, walaupun siapa anda berhak untuk mencapai kebebasan kewangan dengan syarat anda mematuhi setiap tips yang disyorkan, seperti di atas. Usaha dan kemahuan adalah point penting yang memainkan peranan untuk membantu anda mendapat pemilikan sepenuhnya ke atas kewangan anda dan yang paling penting adalah hak ke atas kehidupan sendiri.

Menjalani hidup mengikut kemampuan adalah lebih baik. Berjimat-cermat dan memastikan wang dibelanjakan pada perkara yang diperlukan seperti makan minum, tempat tinggal dan percutian (kerana kita juga perlukan masa untuk rehat dan melepaskan tekanan kerja).

Memiliki jumlah hutang di dalam hidup bukanlah sesuatu yang menggembirakan hati, malah boleh memberi tekanan perasaan. Bukan anda sahaja, termasuk juga diri saya. 

Di dalam konteks Islam itu sendiri, telah menekankan untuk mencapai kebebasan kewangan melalui firman Allah swt, yang bermaksud -

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. (yaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan". - Surah al-Imraan, 133-134.

Di dalam ayat di atas, Allah swt menyeru kepada kita, hamba-Nya untuk berinfak harta tidak kira di waktu senang mahupun susah. Maksudnya, kita bebas untuk menggunakan harta yang dimiliki tanpa sekatan atau tuntutan pihak lain, demi untuk mendapatkan keredhaan daripada Allah swt.

Begitu juga seperti di dalam hadis ini -

Daripada Aisyah ra, Nabi saw berdoa," Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari azab kubur. Dan aku berlindung dengan-Mu dari fitnah al-Masih Dajjal. Dan aku berlindung dengan-Mu dari fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari perbuatan dosa dan hutang yang tertunggak".

Sahabat bertanya, "Mengapa baginda sering memohon perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah".

Rasulullah saw, bersabda,"Sesungguhnya seorang lelaki apabila dia berhutang, dia bercerita lalu dia berdusta, dan dia berjanji lalu memungkirinya". - Hadis riwayat Bukhari, MuslimAbu Daud, An-Nasa'i, al-Baihaqi, Ahmad.

Di dalam hadis ini sendiri, telah menggambarkan betapa kebebasan kewangan itu sangat dituntut oleh Islam agar kita bebas dari melakukan kemungkaran umpamanya berdusta dan memungkiri janji.

Akhir sekali daripada saya, melihat kepada kemampuan kewangan, cuba mula untuk bina satu aliran pendapatan yang positif, bina pendapatan tambahan, membayar hutang mengikut jadual dan jangan biarkan ada tunggakan. Jika ada dapat lakukan ini semua, tanpa anda sedar anda sedang menghampiri kebebasan kewangan yang sebenarnya.

Jika anda suka akan posting ini, jangan lupa untuk tinggalkan pendapat anda. Jom sama-sama menuju kepada Kebebsan Kewangan yang sebenarnya.

Sekian, cik suri yang menulis.

Selamat Menyambut Tahun 2023. Assalamualaikum.


1 comment:

Anonymous said...

Thanks for a good article. Hope it will help me more in adjusting my financial.

Ad Code

Responsive Advertisement