::Pak Cik Bas Perpustakaan Bergerak::

Petang tadi, masa on the nak balik umah ternampak bas perpustakaan bergerak..masa sekolah rendah dulu-dulu suka lah pergi pinjam buka dengan perpustakaan nih...setiap hari isnin ngan rabu, mesti ade jer kat dataran perhimpunan.
so, tadi saja lah nak tau sape driver bas tu...tengok lah...rupa2 nya..pakcik yg dlu jugak..dah beruban dah janggut die. dulu pakcik nih ensem sangat, baik dan kelakar...selalu jer pesan kat kitorg jgn suka sepah kan bas die.tak sangka pulak pakcik nih still lagi bawak bas perpustakaan nih...besar betul jasa die untuk budak2 sekolah macam kiorg nih...dari muda sampaikan dah berusia...sayang kat pakcik nih...hehehe;p
Pakcik saya doakan pakcik sihat2 selalu dan happy dengan kerja pakcik...sbb usaha pakcik bawak bas perpustakaan itu lah kiorg boleh pinjam buku yang best2 walaupon kat sekolah mmg dah ade perpustakaan sendiri..hehehe;)Sayang pakcik bas perpustakaan bergerak...;D

~Kenangan Lama~

by on January 26, 2011
::Pak Cik Bas Perpustakaan Bergerak:: Petang tadi, masa on the nak balik umah ternampak bas perpustakaan bergerak..masa sekolah rendah dulu-...
My Sister Getting Married

Tahniah to my sister untuk majlis perkahwinannya pada 14 Jan 2011.


Salah seorang terpenting dalam majlis ini.
Dia secara automaticnya melantik dirinya sendiri sebagai Project Manager.
Perasan betul mamat ni. Hah!
Adik saya lah tu. Single lagi.


My Along sebelum majlis akad nikahnya.

Nanti saya update lagi, ya.
Internet menjadi lembab pula.
Celcom sekarang melampau.
5GB, RM 80 sebulan. Guna dua hari sudah habis data.
Hih..!😡

Ada Orang Kahwin Lagi

by on January 21, 2011
My Sister Getting Married Tahniah to my sister untuk majlis perkahwinannya pada 14 Jan 2011. Salah seorang terpenting dalam majlis ini. Dia ...
Bergenang air mata masa menonton dokumentasi “True Hollywood Story”. Dokumentari berkisarkan tentang kehidupan bintang popular, “Posh and Beck” tayangan di TV8 semalam.

Sedih sangat tengok perjuangan David Beckham dalam mencipta namanya sedari usia yang sangat kecil lagi sehinggalah umur sekarang. Turun-naik dan pahit gentir dia, bermula sebagai pemain di pasukan Manchester United beralih kepada Real Madrid. Kemudian dipinjamkan kepada pasukan AC Milan sampai yang terakhir di LA Galaxy, Amerika Syarikat. 

Masa aku kecil dahulu, minat juga dekat David Beckham kerana pada masa itu dia memang seorang star yang tersohor di dunia. Budak-budak lelaki dekat sekolah dan adik-adik lelaki aku masa itu memang menjadikan David Beckham sebagai idola merekalah (tapi tiada seorang pun yang pandai bermain bola sepak...hahaha!!!)

Tetapi memang betul berdasarkan kisahnya, dalam apa-apa jua bidang kerja untuk berjaya di dalam hidup kenalah ada semangat juang yang tinggi dan keinginan yang sangat kuat. Jangan mudah putus asa.


















Setiap orang mempunyai kisah mereka sendiri.


Sepakan lengkuk David Beckham. Macam mana dia boleh buat sepakan begitu eh!
Hukum fizik apa dia pakai atau formula matematik macam mana yang dia apply?
Hehehe!

Gambar mamat di bawah ini (refer kepada Cristiano Ronaldo), aku memang kagum betul dengan kaki dia. Lincah betul. Kejap ke kiri, kejap ke kanan, depan. Tiba-tiba ke belakang pula.





Note: Team kegemaran aku tetap Barcelona dan Ronaldinho dan sudah pastinya Team Terengganu, tetap di hati…hehehe😆😆
~Bila Dua Orang Yang Sama Tapi Nama Lain~

Majlis kahwin pakcik ku pada 14 Dec 2010. Selamat Pengantin Baru..











~pengantin disambut dengan salawat~
semoga mereka bahagia di dunia dan akhirat...


















pakcik2ku...














Bila ayah berwajah serupa...anak yang jadi mangsa...mane satu abah ku...tp yg ni betul abahku...







makcik2 ku...

::PAK CIK KU KAWEN LAGI::

by on December 24, 2010
~Bila Dua Orang Yang Sama Tapi Nama Lain~ Majlis kahwin pakcik ku pada 14 Dec 2010. Selamat Pengantin Baru.. ~pengantin disambut dengan sala...
Hey...

Assalamualaikum.

Saya kini berada di Singapura buat kali pertamanya!!! 
It's my first time travel ke luar negara. Banggalah sikit, hari pertama masuk kerja adalah kena bekerja di luar negara. 
Bagi "wow" semua. 
Sila kagum ya. 
Walaupun hanya seberang Tambak Johor sahaja.
 














Inilah pandangan Singapore dari tingkap hotel pada waktu pagi. Masa ini tengah bersiap-siap untuk ke Pameran OSEA2010. Tahun ini ianya diadakan di Singapore. Company saya salah satu peserta dan kami ada membuka booth juga untuk Oil & Gas industri ini. Jadi,, dapatlah tempias untuk jalan-jalan melihat cara orang luar bekerja.















Suasana pada waktu malam. Di sini, jam 930 malam sudah ditutupnya shopping mall. Jalan raya pun sudah lengang. Kemana orang Singapore atau mereka tidur awal sebab sepanjang hari hujan lebat, dari pagi sampailah ke malam.















Hoi. Di dalam bilik hotel sis ada disediakan beberapa jenis minuman keras di dalam botol bersaiz kecil. Ermm...Boleh la layan kepala sambil cucuk bulan dan bintang.
Hahaha. Gurau!!!

Okay,
Hanya ada tiga keping gambar sahaja yang menarik dari kamera saya. Nanti akan diupload beberapa lagi gambar di sekitar exhibition OSEA 2010. Jika rajin dan berkesempatan. 

Akan saya cuba untuk minta dari officemate yang sama-sama terlibat untuk pameran OSEA ini. Saya tidak sempat untuk berjalan-jalan di sekitar Kota Singa ini kerana terlalu sibuk dengan tentative program. Tidak sempat untuk shopping. 

Duit yang boss bagi RM400 setiap orang pun tidak sempat untuk dibelanjakan.  
Erm...tidak berapa menarik dan hendak enjoy pun tak boleh!!!
Lavender means Waiting For Love





Note:
This is one of my favorite Chinese drama titled Lavender
Walaupun perjalanan drama ini sedikit lembab, aku tetap suka!
Kedua-dua lagu OST nya aku suka juga terutamanya yang di atas tu.
First time dengar lagu tu, menanggis. Hukhuk!
Sedih sangat. Teremosi sis.

Lavender sejenis tumbuhan yang memang aku suka sangat.
Lagi-lagi baunya yang harum dan menenangkan.
Sebab itu jugalah aku suka letakkan haruman lavender di dalam bilik dan juga di work station aku.
Pernah juga terniat hendak tanam lavender di rumah tetapi tidak sesuai dengan tanah dan cuaca di Malaysia.
Aku tanam orkid pun tidak menjadi😝

Lavender is My Soul

by on December 05, 2010
Lavender means Waiting For Love Note: This is one of my favorite Chinese drama titled Lavender Walaupun perjalanan drama ini sedikit lembab,...
Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.

Saya, Aku, Orang…!!!

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!!!

Dah lama agaknya tak up-date blog nih. Bukan busy, tapi malas.Rasa-rasanya banyak sangat benda yang nak share tapi kemalasan itu sangat menjadi raja dalam diri ini. Disamping itu, sibuk jugak mencari kerja baru dah dah berkali-kali resuma ini diubah suai. Tapi satu company pun tak ada yang panggil untuk di interview..errm…biarlah hati ni belajar untuk bersabar. Alhamdulillah masih mampu bersabar..

Ok lah. Biarkan dulu pasal kerja tu. InsyaAllah, ada rezeki dapat lah, yang penting dah berusaha dan perlu tingkatkan lagi usaha sambil itu banyak kan berdoa dan redha.

Kali ini, rasanya nak share pasal kata ganti nama yang say gunakan bila berbual-bual dengan rakan-rakan dan juga family. Banyak kata ganti yang saya guna. Kadang-kadang AKU, SAYA, KITE, SUE, ORANG,KAK NI. Penggunaan yang berbeza-beza berganyung pada individu yang sedang saya bercakap.

Aku- aku, saya gunakan pabila bercakap dengan kawan yang menggunakan perkataan aku dengan saya. Saya gunakan aku dengan kawan2 lelaki, kawan perempuan yang biasanya bukan teman rapat saya. Agak kasar tapi itu lah, kadang2 terasa janggal jugak.

Saya- apabila bercakap dengan orang yang lebih dewasa dr saya, bos, orang yg baru dikenali, pensyarah, cikgu. Lebih sopan kan dan juga dengan rakan2 yg lebih rapat dengan saya, dan pastinya kawan saya itu ada seorang yg sopan. Hehehe…

Kite- digunakan bile bercakap dengan parents, makcik pakcik sedara. Maklumlah, orang terengganu memang menggunakan “kite” bile bercakap. Dan sometimes, digunakan juga dengan kawan2 yang pastinya kawan rapat lah.

Sue- biase saje. Memang digunakan dengan sume rakan2 pompuan. bukan nak diskriminasi terhadap lelaki, tetapi rase janggal menggunakan “sue” bile bercakap dengan lelaki. Minta maaf kepada lelaki sekalian.

Orang- salah satu kata ganti yang digunakan dengan kawan2 pompuan jugak…hehehe…semua pompuan kan. Lebih lembut kan?!!!tapi kadang2 kawan2 pom konpius orang merujuk kepada “orang” atau merujuk kepada saya…hehehe..

Juga digunakan bile bercakap dengan mak ayah dan nenek/datuk.

Kak Ni-ni panggilan yang dipanggil oleh kakak dan adik2 dan juga sepupu2.

Nani- dipanggil oleh tok dan to’ki saya belah ayah. Panggilan yang paling saya suka.

Nani takut katak!!! (dalam buku mari membaca 1, masa darjah satu)

Noni- panggilan oleh makcik pakcik sepupu belah mak dan ayah.

Aye- hehe…digunakan masa sekolah dulu. sebenarnya merujuk kepada saya. Tapi time tu tak tau lagi nak beza kan saya dan aye. Bile dah masuk tingkat 3 baru tau yang aye tu adalah saya. Kelakar pulak bercakap dengan kawan menggunakan aye. Macam pelat pulak…tapi suka guna aye.

Kami-pernah guna perkataan ni masa belajar di MRSM Balik Pulau. “Mane kami tau”..hehehe…ini lah pengaruh dengan budak2 utara. Tapi seronok..

Itulah, antara beberapa kata ganti nama yang saya guna bile bercakap dengan orang. Seronokjugak bile ingat balik. Terpikir jugak, nanti dah kawen nakpanggil suami ape…tak nak lah panggil saying, ayang darling, honey…macam biase sangat kan…kena pikir suatu yang menarik dan lain dari yang lain…okeylah, saya nk pergi pikir dulu. Hehehe…

Wassalam…dan selamat malam…jangan lupa bace doa tidur…

Bila Saya Bercakap

by on October 19, 2010
Saya, Aku, Orang…!!! ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!!! Dah lama agaknya tak up-date blog nih. Bukan busy, tapi malas.Rasa-rasanya ban...
::Selamat Menjalani Ibadah Puasa::

Bulan ramadhan sudah tiba...jom kita beribadat bersama-sama...

semuga dapat berpuasa dengan sempurna dan tertib.

jangan lupa memperhebatkan lg amalan2 lain...

agar ramadhan kali kini lebih baik daripada ramadhan2 yg lepas..

jangan tinggal kan sahur...

marilah kita sama2 memperbaiki peribadi pd bulan yg berkat ini...

semoga berjaya dan selamat berpuasa!!!

InsyaAllah!!!

Ameenn...!!!




Marhaban ya Ramadhan

by on August 11, 2010
::Selamat Menjalani Ibadah Puasa:: Bulan ramadhan sudah tiba...jom kita beribadat bersama-sama... semuga dapat berpuasa dengan sempurna dan ...
::Aku Kena Basuh::



Kali pertama emak aku mengungkit kan hal ini. Aku fakir selama ni die tak kisah dan tak pernah menyuarakan benda2 mengarut cam nih. Mengarut bagi akulah dan mungkin tidak bagi orang lain. Apa die? KAHWIN!!! Argghhh…Aku tak percaya…!!!
nape isu ini mak ak bangkitkan…selama tidak pernah…die pom x pernah selidik sama ada aku dah berpunya or tidak…huhuhu…
Mak: “Apsal ank org lain senang jer kawen…blajar tak tinggi pom, senang dapat kje, senang dapat jodoh”.
Ayah: “Anak org lain suka melayan lelaki, bertegur sape, bergaul macam mane…anak kite, org tegur xpenah nk senyum, masam mencuka muka”
Aku: sengih cam kerang busuk jer lah, memang busuk pom…hehe… bagi aku xperlu nk melayan lelaki..aku bkn perempuan murah…mungkin org kate ak gedik…ak mengaku ak gedik tetapi ak x gedik dgn lelaki…ak gedik kat kwn2 pompuan jer…mungkin korang tak percaya dlm henset ak hanye ade bbrp shj no phone lelaki…bg aku xpenting nk simpan sume no diorg sekiranya ak bukan slalunye menelefon diorg…
Kadang2 aku pom terpikir jugak..ak nih ade perasaan kat lelaki tak…? Sebab dlm ati aku kosong…nk berkawan pom mesti nk mencari kwn pompuan.. entah la..malas nkpikir sbb ak percaya suatu ari nanti ak akan bertemu juga dgn saifudin ak tu…org kate berusaha, tapi diorg tak penah bgtau cam mne nk berusaha…mungkin ak perlu jd seprti siti khadijah, meminang rasulullah…tp siapa yg perlu ak pinang, sbb di keliling ak tiada lelaki…atau?!!! Aku pom tak tau..
Takpe lah..buat masa nih ak tak fakir lagi..sbb nye ak dah tak kje…dlu memang ak target if dapat kje ak akan bg ruang untuk hati ak tuk sape2 sje yg sesuai (ak tak memilih walopom ramai kwn2 kate ak memilih…perut bunci pom ak xkesah janji die tau nk jaga kesihatan)…tp skang mungkin terpaksa ak tangguh dlu…
Dah lah..takleh tulis byk2..nnt pecah pulak rahsia2 aku…biarlah menjadi rahsia…hehehe…


“Dengarlah wahai temanku, Allah memujukmu, at-toyyibat littoyibin, (an-Nur;26). Wanita baik itu dijanjikan untuk lelaki baik dan sebaliknya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di Loh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika engkau teguh di atas jalanyang diredhai, InsyaAllah, si dia turut di jalan yg sama. Lupakan kegundahan , teguhkan diri pada cintaHakiki. Nescaya cinta lelaki soleh turut kau milikki.”

Aku bukan lah Rabiatul Adawiyah, tetapi aku telah cuba untuk menjadi seperti die walaupom tak sesempurna die…

Rabiatul Adawiyah

by on August 08, 2010
::Aku Kena Basuh:: Kali pertama emak aku mengungkit kan hal ini. Aku fakir selama ni die tak kisah dan tak pernah menyuarakan benda2 mengaru...
::10 Sifat Calon Suami Yang Baik::

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Untuk Saifudin Ku

by on August 05, 2010
::10 Sifat Calon Suami Yang Baik:: Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. Jika anda seorang lelaki, ja...

Ad Code

Responsive Advertisement