Tuesday, October 19, 2010

::Bila Saya Bercakap::

Saya, Aku, Orang…!!!

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!!!

Dah lama agaknya tak up-date blog nih. Bukan busy, tapi malas.Rasa-rasanya banyak sangat benda yang nak share tapi kemalasan itu sangat menjadi raja dalam diri ini. Disamping itu, sibuk jugak mencari kerja baru dah dah berkali-kali resuma ini diubah suai. Tapi satu company pun tak ada yang panggil untuk di interview..errm…biarlah hati ni belajar untuk bersabar. Alhamdulillah masih mampu bersabar..

Ok lah. Biarkan dulu pasal kerja tu. InsyaAllah, ada rezeki dapat lah, yang penting dah berusaha dan perlu tingkatkan lagi usaha sambil itu banyak kan berdoa dan redha.

Kali ini, rasanya nak share pasal kata ganti nama yang say gunakan bila berbual-bual dengan rakan-rakan dan juga family. Banyak kata ganti yang saya guna. Kadang-kadang AKU, SAYA, KITE, SUE, ORANG,KAK NI. Penggunaan yang berbeza-beza berganyung pada individu yang sedang saya bercakap.

Aku- aku, saya gunakan pabila bercakap dengan kawan yang menggunakan perkataan aku dengan saya. Saya gunakan aku dengan kawan2 lelaki, kawan perempuan yang biasanya bukan teman rapat saya. Agak kasar tapi itu lah, kadang2 terasa janggal jugak.

Saya- apabila bercakap dengan orang yang lebih dewasa dr saya, bos, orang yg baru dikenali, pensyarah, cikgu. Lebih sopan kan dan juga dengan rakan2 yg lebih rapat dengan saya, dan pastinya kawan saya itu ada seorang yg sopan. Hehehe…

Kite- digunakan bile bercakap dengan parents, makcik pakcik sedara. Maklumlah, orang terengganu memang menggunakan “kite” bile bercakap. Dan sometimes, digunakan juga dengan kawan2 yang pastinya kawan rapat lah.

Sue- biase saje. Memang digunakan dengan sume rakan2 pompuan. bukan nak diskriminasi terhadap lelaki, tetapi rase janggal menggunakan “sue” bile bercakap dengan lelaki. Minta maaf kepada lelaki sekalian.

Orang- salah satu kata ganti yang digunakan dengan kawan2 pompuan jugak…hehehe…semua pompuan kan. Lebih lembut kan?!!!tapi kadang2 kawan2 pom konpius orang merujuk kepada “orang” atau merujuk kepada saya…hehehe..

Juga digunakan bile bercakap dengan mak ayah dan nenek/datuk.

Kak Ni-ni panggilan yang dipanggil oleh kakak dan adik2 dan juga sepupu2.

Nani- dipanggil oleh tok dan to’ki saya belah ayah. Panggilan yang paling saya suka.

Nani takut katak!!! (dalam buku mari membaca 1, masa darjah satu)

Noni- panggilan oleh makcik pakcik sepupu belah mak dan ayah.

Aye- hehe…digunakan masa sekolah dulu. sebenarnya merujuk kepada saya. Tapi time tu tak tau lagi nak beza kan saya dan aye. Bile dah masuk tingkat 3 baru tau yang aye tu adalah saya. Kelakar pulak bercakap dengan kawan menggunakan aye. Macam pelat pulak…tapi suka guna aye.

Kami-pernah guna perkataan ni masa belajar di MRSM Balik Pulau. “Mane kami tau”..hehehe…ini lah pengaruh dengan budak2 utara. Tapi seronok..

Itulah, antara beberapa kata ganti nama yang saya guna bile bercakap dengan orang. Seronokjugak bile ingat balik. Terpikir jugak, nanti dah kawen nakpanggil suami ape…tak nak lah panggil saying, ayang darling, honey…macam biase sangat kan…kena pikir suatu yang menarik dan lain dari yang lain…okeylah, saya nk pergi pikir dulu. Hehehe…

Wassalam…dan selamat malam…jangan lupa bace doa tidur…

No comments: