TRUE HOLLIWOOD STORY - Posh & Beck

Bergenang air mata masa menonton dokumentasi “True Hollywood Story”. Dokumentari berkisarkan tentang kehidupan bintang popular, “Posh and Beck” tayangan di TV8 semalam.

Sedih sangat tengok perjuangan David Beckham dalam mencipta namanya sedari usia yang sangat kecil lagi sehinggalah umur sekarang. Turun-naik dan pahit gentir dia, bermula sebagai pemain di pasukan Manchester United beralih kepada Real Madrid. Kemudian dipinjamkan kepada pasukan AC Milan sampai yang terakhir di LA Galaxy, Amerika Syarikat. 

Masa aku kecil dahulu, minat juga dekat David Beckham kerana pada masa itu dia memang seorang star yang tersohor di dunia. Budak-budak lelaki dekat sekolah dan adik-adik lelaki aku masa itu memang menjadikan David Beckham sebagai idola merekalah (tapi tiada seorang pun yang pandai bermain bola sepak...hahaha!!!)

Tetapi memang betul berdasarkan kisahnya, dalam apa-apa jua bidang kerja untuk berjaya di dalam hidup kenalah ada semangat juang yang tinggi dan keinginan yang sangat kuat. Jangan mudah putus asa.


















Setiap orang mempunyai kisah mereka sendiri.


Sepakan lengkuk David Beckham. Macam mana dia boleh buat sepakan begitu eh!
Hukum fizik apa dia pakai atau formula matematik macam mana yang dia apply?
Hehehe!

Gambar mamat di bawah ini (refer kepada Cristiano Ronaldo), aku memang kagum betul dengan kaki dia. Lincah betul. Kejap ke kiri, kejap ke kanan, depan. Tiba-tiba ke belakang pula.





Note: Team kegemaran aku tetap Barcelona dan Ronaldinho dan sudah pastinya Team Terengganu, tetap di hati…hehehe😆😆

No comments:

Ad Code

Responsive Advertisement