Apa dah jadi!!!
Konpiuh aku...
Sampai-sampai rumah, terus mencari laptop kesayangan…
Tapi, baru tekan button On, buka screennya, tup-tup mengeluarkan bunyi yang pelik
kletak, kletak!…
Huhuhu
Pemegang screen laptop sudah pecah, Adoii. sedeh. Screwnya sudah tertanggal. Pelik betul. Kenapa boleh jadi begini.
Risau pulaks hati aku
Hendak buat apa ya?!!
Mana repair ni!!
Ada chances untuk repair dan jadi okay balik ker?!!!
Duit lagi. Berapalah kos repair nanti.
Tak kisah arr…
kena beli laptop baru kerr
hehehe..
ada niat nih… dari dulu lagi simpan niat ni… tapi aku sayang sama kamu, laptop
kamu setia sama aku…
sudah 4 tahun…
kamu baru kena format dua kali, walaupun kau selalu kena serang demam virus…huhu
sorry tak tahu nak hiraukan kamu…
kenapa kamu pecah, rosak ensel
kamu buat aku sedih…
Kedua, baru pulang dari career fair
Aku sudah mula mencari kerja baru…huhu
Harapan dapatlah kerja baru…
kerja yang lagi best…
Kerja yang orang appreciate apa yang kita buat…
Walaupun aku suka dengan kerja aku sekarang ni…
Cuma sedikit tidak suka dengan rakan sekerja
Takpe tahan hati sajalah…
Janji aku tak stress…
Mak aku kata kalau kerja stress, cari sahaja kerja lain…
bagus la mak, Sayang kat mak…
Lagi pun, company tempat aku tengah training sekarang mengalami masalah dalaman…
Biasalah, syarikat besar
Mainan politiknya pun besar jugalah…
Sudah jadi macam ini..
Nahh…
Semua orang jadi kelam kabut
Itulah, fikir dahulu sebelum bertindak…
Yang kena bukan anda seorang, tetapi ramai orang yang akan terlibat dan terpalit dengan skandal anda…
Termasuklah orang bawahan yang tiada kena-mengena. Huhuhu...
Apa boleh buat. Rezeki Allah di mana-mana
Bumi Allah besar dan luas
Usaha, doa dan tawakal..
InsyaAllah, Dia akan permudahkan jalan kita…Ameen!
Tambahan:
Tadi masa lunch, kami didatangi oleh seorang budak yang memohon derma untuk kanak-kanak spastic.
Aku agak terkejut juga, sebab tetiba budak ini menyapa kitorang.
Aku tengok dia dengan reaksi muka terkejut dan pelik. Hehehe...
Budak tu cakap saya hendak ambil masa akak sikit jer..
so layankan lah...
borak. selidik...
Akhirnya lebih juga dari 10 minii dia bagi penerangan.
Bagilah derma sekadar aku termampu tetapi sebelum budak itu beransur pergi sempat lagi dia cakap begini dekat ak,
"akak buleh senyum sikit tak, muka akak serius sangatlah"
huhu...
Aku tak boleh terimaaa...!!!
Muka aku memang cepat ada reaksi..Aku tak boleh nak cover dah!
Risau jugak buat orang lain jadi takut.
Maknanya lepas ini aku kena senyum selalu...begitu ke?
Nanti orang kata aku angau atau gila pulak...
konpiuh lagi!
huhuhu...