Rusuk Kiri Dia
Rusuk Kiri Dia
Lelaki yang baik itu
Akan melamarku melalui ayah dan ibuku
Akan memetikku dari taman mereka
dengan penuh rasa hormat
dengan penuh rasa kasihkan Allah
Lelaki yang baik itu
Akan menjaga pandangan matanya
Akan menegurku dengan hemah
tidak akan menyentuhku selagi bergelar lelaki ajnabi buatku
tidak akan memilikiku tetapi mendidikku
Lelaki yang baik itu
Tidak perlu mengukir kata indah penuh lalai
Tidak perlu mengungkap kata cinta setiap hari
Tetapi akan selalu mengajarku mengucapkan kata cinta pada Allah
Akan selalu menyusun kata indah dan berseni menegur khilafku
Lelaki yang baik itu
tidak akan merasa gah dengan kuasanya
tidak akan mengaku dirinya sempurna
hanya peribadi dan iman penambat hati
kerana kumahu lelaki yang mampu membimbingku
Tetapi layakkah peribadi dan imanku memiliki kamu?

Semoga DIA mendengar permintaanku
Semoga DIA memakbulkan doaku
Kerana lelaki baik itulah yang akan mengimamkan solatku
kerana lelaki baik itulah yang kudamba sebagai suamiku.
Semoga DIA memakbulkan doaku
Kerana lelaki baik itulah yang akan mengimamkan solatku
kerana lelaki baik itulah yang kudamba sebagai suamiku.
Ilham: Siti Nurhayati Binti Dollah
Copy from blog my idea
~~Creadit to: Asnida Nordin~~
1 comment:
wow..mcm best je poem ko nie..terpesona lak aku membacenye..kiki
Post a Comment