Kisah tentang aku, dia, mereka dan tuan rumah

Mangsa: aku dan housemate,
Suspect: penyewa terdahulu
Penyelesai: tuan rumah...

Apa yang sudah terjadi?

Kejadian ini berlaku dua hari yang lepas dan petang semalam houselord (diambil daripada perkataan landlord) datang ke rumah untuk settlekan problem ini!

Apakah masalahnya?
Tangki air rumah sewa kami ada sumthing...
sumthing yang memang kami tidak expect langsung berada di situ. Huhu..😭😭

Apakah ia?

Ianya adalah seekor ikan buntal..
opps..salah. Ikan bandaraya!!!
(aku pom xpernah dgr nme ikan nih..tp tuan umah ckp ikan tu)..

Ikan ini telah menetap dan menjadikan tangki air rumah kitorang sebagai habitat semulajadi dia...cehh.!
Kesian dekat kitorang ni. Rupa-rupanya mandi air ikan selama ini.
Tidak pula kami dugaan, air yang berbau busuk ini adalah disebabkan oleh ikan itu sudah mati. Agak-agaklah baru mati barangkalilah.
Malam itu, time aku cuci baju memang sudah ada bau yang kurang menyenangkan..tetapi lebih kurang bau macam clorox. So, aku fikir, pagi tadi mungkin ada orangg cuci main tank dekat bawah kawasan flat ini...

Keesokan paginya, aku mandi macam biasa sahaja. Takkan lah luar biasa😂😁..aku sudah start demam dan selsema. So, hidung aku sudah tidak dapat kesan any bau-bauan. Housemate dah bising, air berbau lain macam katanya..macam-macam andaian yang dapat dihuraikan (betul ke dihuraikan).. ada yang kata berbau macam bangkai, tapi aku tetap kata bau clorox. takleh tahan, siap aku katakan patutlah lantai bilik air putih lain macam jer...😄

Pada petang itu, balik dari ofis, kami pergi makan dekat kedai makan (memang lately ni kitorg sudah jarang memasak di rumah)

Then, sampai ke rumah dalam jam 630 petang. Terus melayan drama Matahari sekejap sementara nagi makanan turun ke perut sambil tunggu giliran untuk mandi dan maghrib. Tiba-tiba si Zai bising lagi. Katanya, air bau sesangat busuk, dah macam bau bangkai. Dia suruh aku cium bekas air di tangan dia ni. Aku pun trylah hidu. Unfortunately (mat salleh word), hidung aku tersumbat. Jadi, tak berbaulah. Mahu bertanya pada jiran sebelah kut-kut air tangki rumah diorang berbau juga tak, masing-masing penyegan. Last-last si Zai send text message to our tuan rumah.

Jam pukul 7malam,  tuan rumah dan husband dia sampai. Pakcik tuan rumah pun panjatlah ke tangki air tu. Tengok-tengok apa yang ada. Mula-mula dia tengok takde pape pun. Puas disuluhnya.
Haaaa... Itu dia. Ada ikan katanya. Seekor ikan bandaraya yang telah mati. huhuhu😅😅
Patutlah busuk gilerrzzz. Hidung aku yang tersumbat ini pun boleh bau sikit-sikit bila tuan rumah keluarkan ikan tu. Agak besar jugalah...isk!!😏

Bermulalah misi tuan rumah mencuci tangki air. Kesian ada juga, tapi lagi kesian dekat kitorg berempat nih. Sudah tiga bulan bermandikan air ikan, dan semalam mandi air bangkai ikan pula...hwaa33x😭😭

Bekerja keras pakcik tuan rumah mencuci tangki air. Sudahlah sorang-sorang dan hanya dibantu oleh makcik tuan rumah. Kami pun bantu jugalah apa yang terdaya. yer ker😄😎

Semuanya settle dalam jam 8.00malam. Terima kasih pakcik dan makcik tuan rumah.
So, masing-masing tengah fikir hendak mandi atau taknak...phobia hoii!!! 
Last-last, mandi jugalah masing-masing. Yakin air sudah bersih, suci dan menyucikan.

Alhamdulillah...

Moral of the story:

1~ klu pindah rumah, 1st thing kena check adalah tangki air. MAna tahu kut-kut ada mende2 yang tidak sepatutnya. Contohnya ikan, kucing ker, tikus ker..or anythinglah..
2~ tuan punya rumah @ penyewa sebelumnya., klu kaki pancing..jangan lah simpan ikan yang dipancing tu ke dalam tangki air..kesian dekat ikan tu...terkurung...kesian lagi dekat orang lain..mandi air ikan... busuk, tahu tak?

Sedikit info tentang ikan bandaraya nih

1~ Common ikan bandaraya species found in Malaysian households include the H. plecostomus (sucker mouth) or leporacanthicus galaxies (vampire plec). This is in addition to several other species of dotted or spotted sucker fish variety.
>
2~ sesetengah orang gunakan ikan bandaraya ini sebagai pencuci akuarium kerana ikan ini suka makan lumut dan kotoran.
3~ mempunyai kulit yang keras dan mukanya seakan-akan catfish tapi takde sengat..memang pun sebab ade orang kata ianya adalah dari suku sakat keturunan kumpulan ikan keli.
4~ ikan bandaraya suka mengorek tanah tebing sungai or tasik. kadang2 sampai beberapa kaki ke dalam tanah...just to lay their eggs in...hati-hati dengan korekan ini kemungkinan boleh menyebabkan small erosion.
Inilah rupanya seekor ikan bandaraya. 

Nota:
Kami di Terengganu, belum pernah jumpa atau dengar lagi nama ikan bandaraya ini. Saya yakin ikan ini hanya tinggal di bandaraya Kuala Lumpur sahaja. 😜😝
Hayatilah Hidup Ini

Alhamdulillah… 
syukur di atas nikmat kehidupan yang diberikan pada. Terima kasih Allah kerana masih membenarkan jantung dan paru-paru aku menjalankan tugas mereka dengan sempurna dan kawalan otak serta akal yang masih waras. 

Terima kasih kerana masih diberi ruang untukku menikmati sisa-sisa kehidupanku. Aku sangat bersyukur. Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…

Aku ingin hayati hidupku dengan tenang. Tanpa ada lagi rasa benci di antara manusia dan biarlah ianya diisi dengan kasih sayang sesama manusia seperti mana yang dituntut oleh Rasulullah s.a.w. 
cheewah. ustazah gitew!!…

Kadang-kadang terfikir juga tentang hubungan aku sesama manusia. Tidaklah baik sangat dan dengan binatang lagilah jauh Bahasa kami yang berbeza. Hehehe. Aku merepek😉

Mak dan ayahku…
Terima kasih kerana susah perit anda, saya masih hidup di dunia fana ini dan masih berupaya menikmati hidup ini. Kasih sayang yang diberi tidak mampu untuk saya balas walaupun dengan apa jua yang bernilai di dunia ini. Terima kasih, ya Allah kerana aku dikurniakan mereka.

Kakak dan adik-adik yang menjadi teman untuk bergaduh, teman untuk bercerita., teman untuk mengusik dan teman yang selalu buat aku menangis…

Kawan-kawan, ampunilah dosa sahabatmu ini. Terima kasih kerana menerima kebaikan dan keburukan diri ini. Terima kasih kerana bergaduh dengan saya dan terima kasih kerana memberi kenangan-kenangan indah sepanjang perkenalan kita bersama. Terima kasih kerana sudi sayang dekat saya..

Nikmat hidup yang tidak terhingga. Aku mohon kepada Allah agar aku dapat kemudi hidup aku ini pada jalan yang lurus, jalan yang diredhai dan dirahmati. Jauhkanlah aku daripada keburukan dunia dan azab akhirat. Ampunilah dosa ini dan tunjukkanlah aku jalan yang benar. Rapatkanlah hubungan aku dengan insan-insan yang berilmu  tinggi dunia dan akhirat. Ustaz Don tetap di hati.

Terima kasih kerana aku diberi ruang untuk menghayati hidup ini, ruang bersama keluarga, ruang untuk bersahabat, ruang untuk menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa dan ruang untuk bersendirian.

Terima kasih. Aku seronok, menghayatinya…

Dan aku ingin untuk terus menghayatinya sehingga aku kembali kepada-Mu
dan sememangnya aku tahu Kau sayang pada hamba-hambaMU.

Aku Masih Ada Di Sini

by on April 20, 2009
Hayatilah Hidup Ini Alhamdulillah…  syukur di atas nikmat kehidupan yang diberikan pada. Terima kasih Allah kerana masih membenarkan jantung...

Haluuu...
hehehe...saje jer hari minggu xder kerja mai ofis nih...for my next entry...last week I ade jemputan kenduri kawen one of my fren...ermm...budak geo yang pertama kawen nih(batch aku lah)...pembukaan bak kata org...huhu...dah lepas dah sorang...kita tunggu jemputan kedua...siapakan org yg bakal bakal mengikut jejak itu...kita tunggu....adakah saya???


pengantin berbaju oren...kena pulak dengan baju yang I pakai tu...ikut tema la pulak..hehehehe... anyway tahniah kepada sang raja sehari... sempat jugak pengantin mem"puhh" kat ktorg nih...ambil badi/berkat kate nya...hahahaha...
a few friends yang datang pada majlis tu...sempat juga lah berjumpa dan berborak...maklumlah lame tak jumpa..even aku bukan lah bagus dlm skill berbual-bual...diam lebih baik...hehehe...tp seronok jugak jumpa kawan2...seronok tgk diorg nih...ade yang makin kurus dan ade yang makin tembam...but one of my frens said that I jer yang maintain...wahhh..seronok...tp maintain kurus ker...maintain tembam..yg tu...I'm not sure...hahaha...yang penting seronok tgk kwn2 gumbira dgn life masing2...but, do I happy wif my life??of course I do...

lastly...congrate to sang pengantin (Nurul Hidayah and husband)...semuga bahagia hingga ujung hayat...and to others...nnt nk kawen jg lupe jemput I yer...insyaAllah I datang if xder aral yang melintang di jalanan...huhu...ayat ape nih...main blasah jer...ok lah...adios....takut nk merepek lame2 nnt you all buhsan...

The First Wedding

by on April 19, 2009
Haluuu... hehehe...saje jer hari minggu xder kerja mai ofis nih...for my next entry...last week I ade jemputan kenduri kawen one of my fren....
Aku Peminat Movie James Bond

Aku dengan James Bond memang tiada kaitan pun. kihkih!!!
Actually aku teringin sangat pergi menonton movie terbaru James Bond : The Quantum of Solace. Akan tetapi aku buat masa ini aku tidak ada kesempatan untuk pergi menonton and tiada kawan yang boleh temankan aku pergi tengok movie tersebut. (huhu. Siapa suruh tiada BF). Housemate aku yang pergi menonton movie ini cakap, ceritanya tidak seperti yang diharapkan. Tidak seperti movie James Bond yang sebelum-sebelumnya (Casino Royale,007) yang mana setiap adegannya mesti wujud alatan-alatan yang canggih.
Barulah James Bond yang kaya dengan hi-tech gadget, racing cars dan sebagainya. Jadi, aku tidak boleh komen kerana aku belum tengok lagi.


Inilah sedikit gambar yang aku ceduk daripada internet. 
Sengaja letak supaya blog aku ini nampak lebih menarik dan tidaklah terlalu kosong.
::Sama-samalah kita menghayatinya::

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.
Saya tak email...tapi saya post kan dalam blog saya..hehehe..
thanks to the sender:
Kak Zira Cibec

Sama-sama Kita Hayati

by on April 10, 2009
::Sama-samalah kita menghayatinya:: Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya ...
::Peta Benua Kuno::


Kajian yang dilakukan oleh Christopher R. Scotese














50 juta tahun akan datang

150 juta tahun akan datang


250 juta tahun akan datang

Sources: http://pkukmweb.ukm.my/~kamal/paleomap/paleomap.htm

Peta Benua Kuno

by on April 09, 2009
::Peta Benua Kuno:: Kajian yang dilakukan oleh Christopher R. Scotese www.scotese.com 50 juta tahun akan datang 150 juta tahun akan datang ...
::It's Not Bad Day::

As a normal routine, every morning around 08:15 am, I will out from home and walking to the bus station near my house. It just takes 5 to 8 minutes to get there. Ermm…from my calculation, the bus normally will come around 08:30 am…but I’m late today. I walked fast, faster than I can. From the far I see the bus..oh…my God..if I late, the bus will leave me. So, without thinking, I started running faster, faster. The distance to get the stairs is around 50 m. When I get the stairs, the bus just takes the corner to pass the back of bus station building. I waved my hand to the driver but he does not see me. To emcompass the building it takes around 1 to 3 minutes if the driver do not drives the bus fast. I ran as fast I can. Quickly, I do not want miss the bus because if I miss it I will wait for a long time. I ran, ran, and ran. I noticed that, a man (Indonesian student) behind me also miss the bus. He ran just like me too. So, I slow my speed hope that he ran faster than me, but he’s not. Maybe, because of he’s brought laptop bag, so that he can’t ran faster. I up my speed if not I will miss the bus. I ran till I found the front of the building. At that time the bus there and just want to down the hill to the main road. So, I’m quickly waved my hand to the driver, he looked at me but still drive the bus. So, I ran to the bus (it dangerous actually) and the bus stopped. I am lucky. Alhamdulillah, thanks God. I stepped into the bus, paid the bus fare and got the ticket, also the man behind me do the same. But I am tired and thirsty. Yeah…!!!


Erm…it,s not my first time I ran for the bus. But it’s not as likes what happen today. I ran for a long distance and I am not in preparation. It’s totally around 500 to 700 metres. I do it. Anjakkan paradigma. If I apply this in my study it’s good for me. Of course, I got a good in everything I do. I aimed for it. But, I already waste my time. I am regret now. It Okays Suriyani!! It’s not the end of the world. Let the past, be the past. It your experiences and you should learn from it. Yes, I should!! There were more things you need to face tomorrow and tomorrow. You should prepare yourself to face it. InyaAllah… I will pray for it. Please help me Ya Allah. I need Your Guidance.

Bad but Lucky Day

by on April 07, 2009
::It's Not Bad Day:: As a normal routine, every morning around 08:15 am, I will out from home and walking to the bus station near my hou...
::Renungkanlah::

Salam.


Lihat foto di sebelah betul-betul dan kaji.. Ini merupakan graf surah-surah dalam al-quran beserta bilangan ayatnya.. Jika diplotkan. Inilah yg terhasil. Kalimah ALLAH.. Subhanallah. Foto ini saya temui dalam satu website.


Berikut serba sedikit info mengenai isi kandungan Kitab AL-QURAN, pegangan kita ini.


Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.


Al-Quran sudah lama membuktikan banyak perkara sains ketika manusia baru menemuinya.


Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:


DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali


MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali


HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali


FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali


UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali


IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali


BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali
BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali


ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali


MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali


EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali


KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali


ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali


MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali


LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali


NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali


BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali


KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali


MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali


LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali


SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali


BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali



LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali


LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus


Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.


Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!!


Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan. Moga ada manfaat...
thanks to the sender:
padel

Kalimah ALLAH

by on April 02, 2009
::Renungkanlah:: Salam. Lihat foto di sebelah betul-betul dan kaji.. Ini merupakan graf surah-surah dalam al-quran beserta bilangan ayatnya...
"sebagai manusia, aku mencintaimu"
saifudin a.k.a laksamana sunan...

Rokok dicipta oleh siapa???

Pemilik pengeluar rokok terbesar adalah...?

tekalah sendiri...

JEWS...

Lu pikir la sendiri....


Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA.

Para perokok sila ambil perhatian...

"sebagai manusia, aku juga menyayangimu"
suriyani a.k.a ratu sulaman

Berhentilah

by on March 23, 2009
"sebagai manusia, aku mencintaimu" saifudin a.k.a laksamana sunan... Rokok dicipta oleh siapa??? Pemilik pengeluar rokok terbesar...
::MIKHAIl~bukan sekadar sebuah nama::
21 March~ seperti biasa aku secara automatic akan terjaga seawal pagi. Mungkin jam semulajadi telah disetkan begitu. Pagi hari minggu yang tiada apa-apa rancangan yang hendak dilakukan. Mahu pergi berjogging tapi tiada teman. Teman sebilik masih dibuai mimpi lagi..hehehe…

Aku tercatuk sendirian dihadapan TV…berseorangan mengadap tv yg tidak dipasang…mahu disambung tidur kah…mungkin tidak…mengira2 di dalam otak…aktiviti ape yer ari nih…aku bangkit ke dapur mengambil roti, marjerin serta kaya, membancuh segelas susu dan bersarapan seorang diri sambil menonton tv yang baru dipasang…masih terlalu awal…tv9 menayangkan cerita “Nasi lemak kopi O”. Ok lah jugak pepagi nih, untuk merefreshkan minda…

Teringat pulak tentang buku terbaru penulis kegemaran ku, Ramlee Awang Murshid..buku yang bertajuk “Mikhail” masih belum ku miliki. Walhal buku telah pun dipasarkan 20/03/2009. Perlu dapatkan secepat mungkin…terpikir jugak nih…hendak beli kat mne…? kalu di kedai buku yang biase2 mesti belum ade lagi…MPh?hmm…aku kena pegi midvalley atau di putrajaya..terasa malas pulak hendak ke midvalley, kes kecurian di surau dulu menyebabkan aku phobia utk ke midvalley lagi…atau ke putrajaya tp bukan nye aku biasa dengan jalan ke sana…

Mengira-ngira di dalam otak, akhirnya aku mengambil handphone dan terus sms huda yang kini tinggal di hostel…bertanye kan dia mahu ke mane2 tak ari nih..tapi tiada balasan…mungkin masih awal utk aku sms die..aku melihat jam di hanphone hampir pukul 11 pagi dah… hampir jam 1300 bru aku terima msj from huda..masa tu aku tgh bace novel ayat2 cinta yg aku d/load from internet…never mind, atleast dapat jugak aku baca sehingga page 48…so, dah set time nk pegi midvalley…siap2…solat zuhur kat umah and tggu huda sbb die ckp nk pg tukar minyak hitam kete dlu..hampir jam 4 bru gerak ke mid…lame jugak…lunch pom blom…

Sampai jer di mid terus ke foodcourt..mkn2…mahal gile nasi goreng plus air milo RM 12…baik makan fastfood murah jugak tp aku tgh boikot…so takpe lah mahal ckit…atleast kedai tu org melayu… hampir jam 5 bru siap mkn…terus ke mph…cari2 buku “Mikhail” tp xjumpe…yang nmpak di mata hanye lah buku “personal justice”...rembat jugak buku ni…pegi tanye pekerja kat mph pasal buku Mikhail tp die tak tahu… aku pelik..takkan xder lagi kat cni…sepatutnya dah ada sbb mph ni kedai buku yang besar..sedikit kecewa…tidak mahu buang masa…aku terus ke kaunter nk bayar harga buku “personal justice tu’…di kaunter ramai org…beratur jugak…sambil2 mate melilau cari Mikhail..then…got it…aku nmpk Mikhail betul di rak belakang cashier tu…diorang tgh buat record kut…

My turn nak buat pembayaran, dan2 tu jugak aku tanye cashier tu..”dik buku Mikhail tu dah jual blum”aku tanye...“dah akak”jawab bdk cashier tu. “klu camtu, akak nk beli satu”…yahuuuu….dapat jugak akhirnya…bayar…then terus keluar….teman huda jln2 cari pasal jap…tak sabar nk balik umah…

MIKHAIL~bukan sekadar sebuah nama...

Jam dah kul 7…dah nk maghrib pom…ajak huda balik…mak aih…kat komuter ramai org rupernya….tggu komuter punye lah lame…jam 745mlm bru sampai…org bertolak2 mahu masuk ke dalam tren tu…aku mmg tak sangka…dasyat betul org2 ni…diorg tolak kami yg tgh beratur ni dr tepi menyebabkab org yang nk keluar dr tren xleh kluar…aku dah start membebel dah. “wei,jgn lah tolak, sabarlah”…tp diorg buat tak tau jer…isk33x..teruk tul lah…bersesaklah dalam tren tu…tak sukerrr….

Sampai di station komuter ukm dah hampir jam 830…terus ke kereta and huda hantar aku ke rumah…penat…bersiap and solat…tak sabar nk baca Mikhail…

Tgk tv dlu..then jam 1230 aku bru nk start baca Mikhail…baca sikit terus tertido…sempat habiskan intro sahaja..hehehe…

22 March~seperti biase, jam semulajadi akan berbunyi…early in the morning terjaga dr tido…mengalami mimpi sedikit menakutkan…atau ia bukan mimpi ttp igauan..???
Bersiap…tgk tv jap then…dunia Mikhail bermula…bacaan terganggu…aku mengalami food poisoning…sakit perut…sgt2…tak igt ape yang aku mkn semalam…tak leh nk breakfirst sbb skit perut…nk pg klinik dkt ngan umah tp tutup ari ahad…waa…

Misi Mikhail tergendala…

Zuhur…
Aku nekad nk abiskan jugak buku nih…baca…baca…baca….

Asar…
Baca…baca…baca…mikhail…akhirnya aku tertido hingga maghrib…bersiap…solat…then…isyak…
Tgk cite pondok2…seronok…telatah budak2…

Mikhail lagi….baca…baca…baca…akhirnya, jam hampir 2 pagi bru aku selesai menghabiskan pembacaan ku…akhirnya….Misi ku selesai…

Tido….esok kje…hehehe…

Personal Justice menunggu…..sabar noiii…

Personal Justice a.k.a ADAM

Misi Mikhail

by on March 23, 2009
::MIKHAIl~bukan sekadar sebuah nama:: 21 March~ seperti biasa aku secara automatic akan terjaga seawal pagi. Mungkin jam semulajadi telah d...
Hey wanita,
Gembira dapat berjumpa
Teringat kembali kali pertama kita bersua 
Ingat bila kita bersepatu serupa 
Tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa
Kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
Kau paling menyerlah di antara mereka
Rambut hitam warna cokelat anak mata
Membuat aku kurang fasih bila bicara
Apakata kita ambil sedikit masa
Untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
Dan jika kau rasa apa yang ku rasa
Ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya






Chantek,
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka
Di jiwa

Oh.. 
Chantek,
Sungguh aku cinta kamu

Dia..
Pandai menjaga hati ayah dan ibunya
Kelakuannya sama dengan orang tuaku juga

Dia..
Bisa cipta yang gula dari yang cuka
Pandai menukar yang duka kepada suka

Dia..
Bijak mengatur acara dan juga masa
Cekap memasak garam gula secukup rasa

Dia..
Pandai menjaga harta dan juga duitnya
Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya

Dia..
Setia pada Yang Esa satu-satunya
Memenuhi tanggungjawab lima waktunya

Dia..
Punya tempat dalam rancangan yang ku rangka
Tak usah lengah
Ayuh kita berumah tangga

Chantek…
Secantikk suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..
mekar

Chantek…
Dirimu buat ku tertarik..
Menghilang segala prasangka di jiwa…

Ohh chantek
Sungguh aku cinta kamu
Aku..
Melihat kita bersama di hari tua

Dia..
Masih satu tiada empat tiga atau dua 
Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
Kau tetap cantik padaku aku tak lupa
Kita bersama di anjung luangkan masa
Kewangan kita merdeka mampu bersara 
Hasil usaha kita dari masa dahulu
Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
Hidup santai tak perlu terburu-buru
Punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
Anak kita dan ayahya semua sebulu
Aku bilang kau cantik dan mereka setuju

Chantek..
Secantik suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar

Chantek
Dirimu buat ku tertarik..
Menghilang segala prasangka di jiwa

Oh chantek…
Sungguh aku cinta kamu

Ad Code

Responsive Advertisement