Showing posts with label My Resepi. Show all posts
Showing posts with label My Resepi. Show all posts
Assalamualaikum

Hai semua.

Lama cik suri tak update blog. Hampir-hampir dua tiga tahun jugak. Jenguk lagilah jarang sekali. Busy tak ingat. Macam-macam hal terjadi dalam tempoh dua tahun ni. Tapi takde lah effect pada kehidupan harian cik suri pun.

Sempena hari kebosanan cik suri duduk dekat rumah ni. Cik suri nak share resepi biskut dahlia. Tetiba terasa nak makan biskut dahlia. Biasalah kan, kalau boring kerjanya mesti nak makan jer memanjang. Ada pula sokongan padu dari Madam Besar. Nak tunggu raya, alahaii lambat lagi laa… kempunan den nanti.

Resepi Biskut Dahlia :

1 cawan mentega
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 biji telur
1 cawan gula aising
Ceri hijau dan merah

Cara membuatnya, sangat mudah, simple dan cepat. Jom mulakan.

Pertama campurkan kesemua tepung yang ada. Kena ayakkan dulu tau, jangan lupaa.


Kedua, putarkan mentega dan gula sehingga sebati. Kemudian masukkan telur. Pukul dalam dua tiga minit jer. 
Gambar pukul memukul, putar memutar takde lah halim. Cik suri tak cukup tangan mana nak pegang camera, mana nak pegang mixer. Madam Besar, ermmm...tengok dari jauh jer.


Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul guna tangan. Adunan lembut dan cun-cun untuk diterap dalam acuan.
Jangan tanya gambar menguli mana. Kesnya sama seperti di atas. Tak cukup kaki dan tangan.

Pesanan: korang jangan buat main-main dengan makanan. Tak baik tau. Seperti gambar di bawah, cik suri sengaja buat kecil-kecil macam tu agar senang nak terap. 


Terap menggunakan acuan bunga dahlia. MAcam-macam pesen ada. Acuan tembaga ada, plastik ada, bunga kelopak 9, 10, 11. Haa..pandai-pandailah korang cari dekat store or bakery shop.


Ahir sekali, masukkan ke dalam oven. Bakar pada suhu 160 celcius selama 15 minit. Jenuh aihh menunggu.


TADAAA...

Dah siappp… (baca dengan nada suara Mira Filzah semasa tutorial tudung Ariani)


Ini lah kejadian nya. Siap masukkan dalam bekas lagi. Tapi...sebekas je dapat. tak sampai 50 biji. Sehari makan dah habis.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


eh...eh... ni gambar roti kitab breakfirst cik suri pagi tadi. tersalah sengaja letak pulak dahh. hihihi

sekian, update cik suri untuk hari ini. 

wassalam.

RESEPI BISKUT DAHLIA

by on March 02, 2019
Assalamualaikum Hai semua. Lama cik suri tak update blog. Hampir-hampir dua tiga tahun jugak. Jenguk lagilah jarang sekali...
Assalamualaikum

Lama betul cik suri tak share resepi kan?

Semalam cik suri plan hendak buat "m&m oat cookies". Kesemua bahan-bahan sudah siap dibeli. Sekali, balik rumah mak cik suri dah habiskan separuh blok margerin yang ada di dalam peti ais. Sedihnya, sampai rasa nak menangis. Ialah kita ni dah plan awal-awal. 

Sebenarnye butter tu sudah lama sis suri beli dan simpan dalam peti, dan semacam tiada sesiapa pun yang sudi gunakan. Itu yang cik suri plan untuk baking, alang-alang dari dibiarkan benda itu rosak atau luput tarikh. 

Semalam tengah hari yang terik, cik suri jalan banyak tempat mencari bahan-bahan yang terlupa nak beli, jadi bila kehilangan marjerin secara misteri ini betul-betul merosakkan mood nak baking. 

Panas-panas hati, terus masuk bilik dan tidur di kala tok khatib tengah membaca khutbah Jumaat. Tapikan, bila semangat kerajinan itu ada, keinginan nak buat jugak cookies tetap tidak boleh dihalang, cik suri terus bangkit dan buat juga separuh adunan dengan menggunakan separuh marjerin yang berbaki.... hehehe :)

Okay, cik suri kongsi resepi untuk membuat m&m oat cookies!!!! 
(sila baca dengan nada doraemon sedang mengeluarkan alatan dari poketnye)

Bahan-bahannya adalah:
100g gula castor
100g gula perang
115g butter
1 biji telur gred A
120g peanut butter 
2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam
120g mini m&m
120g chocolate chips
250g oats

Dan cara membuatnya pula:

Mula-mula satukan gula castor, gula perang dan marjerin ke dalam bekas. Pukul sehingga menjadi creamy. Kemudian masukkan sebiji telur dan esen vanilla, dan kacau secara perlahan-lahan sehingga adunan sebati.

Langkah seterusnya, masukkan peanut butter, garam, baking soda. Gaul perlahan sehingga adunan sebati, creamy.

Kemudian campurkan mini m&m, chocolate chips, dan oats. Gaul rata dan sebati. Scoop kan satu sudu kecil dan susun sebaris-sebaris di atas dulang pembakar.

Sementara itu panaskan oven dengan suhu 160 celcius selama beberapa minit.

Masukkan dulang dan bakar cookies dengan suhu 160 celcius tadi selama 10-15 minit mengikut kesesuaian oven. Pandailah adjust, takut nantikan terbakar pula cookies awak.

Taadaa...dah siap!!!

Bila sis suri makan memang tak boleh berhenti. Sedap!!!
Sayangnya adunan cik suri separuh sahaja, boleh dapat sedikit sahaja cookies nya, tak sampai lima puluh biji. 

Pesanan:
Ingat!!! scoop kecil-kecil tau sebabnya cookies ini akan mengembang jadi gemok apabila ia dibakar.

Mana gambar...gambar mana?
"oppss...sorry laa.. tak ada gambarlah. cik suri tak snap gambar pun." 
Lain kali cik suri cuba buat lagi dan letak gambar kat sini yer!!!

daaah....jangan lupa cuba buat yer...!!! :)
Sedap, tak tipu.


wassalam
senyumsokmo
~bila cik suri masuk dapur~

Assalamualaikum

First time cik suri update blog menggunakan phone. lepas je install apps blogger on the go. yeay!!! mula hari ini, semuanye dihujung jari anda. 

seronok duduk lepak di rumah, kena pulak harini cuti. Bangun awal pagi niat nak pergi hantar sunan (keretaku) service tayar. Tup-tup kedai tutup pulak walhal haritu boss die suruh datang awal- awal pagi. haisshh...macam mane nih, bile driving je terasa tak selesa dan tak selamat, ade pulak kedengaran bunyi bising yang mengganggu konsentrasi pemanduanku. chewahh, macam iklan minyak shell pulak.

untuk beberapa hari ini cik suri kena masak sendiri. maklumlah, emak cik suri tiada di rumah kerana menghantar adik cik suri mendaftar di iium, gombak. mula hari ini cik suri kena masak. so planning cik suri nak masak ayam masak kunyit. resepi paling simple tetapi mengambl masa agak lama bagi tukang masak amatur macam cik suri.

resepinya,

1- Ayam beberapa ketul
2- serbuk kunyit
3- serbuk kari daging ayam 
4- bawang merah 2 ketul
5- bawang putih 3 ketul
6- bawang besar 1 ketul
7- gula dan garam
8- kicap lemak manis
9- sos tiram
10- lada hidup -dipotong wedges
11- cili api 
12- tomato
13- kacang panjang

mula-mula, cik suri perapkan ayam dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan sedikit garam. perap beberapa ketika. kemudian, agak-agak perapan dah sebati, cik suri goreng ayam tu sehingga agak-agak ranggup dan angkat.

langkah kedua, 
tumiskan cili padi, bawang merah, bawang putih yang telah ditumbuk ala-ala manja (jangan lumat sangat) menggunakan 5 sudu besar lebihan minyak goreng ayam tadi. tumis sampai naik bau.

kemudian, masukkan sos tiram, kicap, gula dan garam sesedap rasa. campakan bawang besar, lada hidup, cili api yang dipotong kecil-kecil, tomato dan kacang panjang. gaul-gaulkan biar sebati. 
akhir sekali, masukkan ayam goreng tadi, gaul dan campurkan sedikit air nak kasi berkuah tapi hasil masakan cik suri tiada kuah sebab dah kering. jadi kena make sure api tak pasang besar sangat... ala-ala jer.

dah siap dan sedap dimakan dengan nasi yang tengah panas-panas dan telur dadar.

note: tiada gambar hiasan, cik suri malas nak amik sebab terlalu lapar dan terus ngappp...

note lagi: make sure semua ingredient kena ade, jangan jadi macam cik suri, tengah-tengah masak terpaksa keluar pergi kedai cari kacang panjang. nasib baik kedai dari rumah lima minit jer naik motosikal.

wassalam dan senyum sokmo
::ciksurisukamasakkek::

Assalamualaikum

Selamat pagi, semua!!!

Dah sarapan belum...dah mandi belum...dah gosok gigi belum?!!!
hehehe :)
Sarapan apa hari ini...nasi lemak...roti canai...cereal..kopi O?!!!
Amboi, kemain bertanya. Dah macam pengacara rancangan Selamat Pagi Malaysia ;)

Hari ni Cik Suri bersarapan dengan mee goreng mamak dan teh kosong...
simple saje kan...
tapi kalau dapat pekena teh tarik lagi asyuk... 
Memang favorite Cik Suri "Mee mamak dan teh tarik". 
Terbaikkkk!!!

Lepas itu, Cik Suri makan pula "Hokkaido Cupcake" yang Cik Suri buat petang semalam. Menikmati cupcake sambil menonton cerita Selera bersama Chef Rose Weiss, rancangan kegemaran Cik Suri setiap pagi Sabtu di TV3. Seronok tau dapat tengok rancangan Selera ni, bermacam jenis resepi yang best-best untuk dicuba.

Hokkaido Cream Mustard Cupcake with Choco milk for my breakfirst ::)

 
Mustard Cream inside the cake!!! yummmy!!!yummmy!!!

It's so easy to make this cupcake with simple ingredient. By the way, Cik Suri pun ade buat mistake juga. Cik Suri tersalah masukkan tepung ke dalam bekas telur yang belum dipukul. Jadi Cik Suri terus mixkan telur, gula, tepung and susu dahulu sehingga kembang. Ingatkan tak akan menjadi kek cawan ni tetapi alhamdulillah, menjadi!!!

Seronok-seronok beribu kali. Hahahaha!!!

Okay,

Di sini Cik Suri letakkan cara untuk buat Hokkaido kek cawan ini.
Nanti, you all bolehlah cuba buat tapi jangan tersalah langkah macam Cik Suri ya...
Malu saya!!!

Hokkaido Mustard Cream Cupcake

Langkah pertama (A):
Kena buat meringue dahulu:

Bahan-bahan A:

4 biji telur putih
1sudu teh garam halus
80 gram gula halus

Putar semua bahan menjadi kental dan bertanduk yang mana kalau kita terbalikkan mangkuk, adunan maringue tidak jatuh, melekat pada mangkuk.

**(step yang ini kena make sure masa mengasingan telur putih dan kuning telur, tidak termasuk sedikit pun telur kuning atau air di dalam mangku, jika tidak meringue kita tidak akan menjadi, tanduknya pun tidak mahu keluar...hahahaha!!!)

Langkah kedua (B + C):

Bahan-bahan B:

4 biji kuning telur
30 gram gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
40 ml corn oil
40ml susu segar

Bahan-bahan C:

55gram tepung kek
20 gram tepung custard
1 sudu teh baking powder

Cara membuat adunan kek:

Mula-mula ayak tepung kek, tepung custard dan baking powder together-gather...dalam bekas yang lain, jangan tersalah masuk bekas telur kuning pula ya, step yang Cik Suri tersalah buat. hahahaha!!!

Pukul telur uning bersama gula kastor, sehingga kembang.
Masukkan minyak jagung dan susu segar dan teruskan pukul sehingga sebati.
Kemudian, baru masukkan tepung yang sudah sedia ayak tadi dan gaul sehingga sebati.

Masukkan meringue sedikit demi sedikit dan gaul dengan kaedah kaup balik sahaja. Step ni Cik Suri dah tak gunakan mixer, just kaup balik guna spatula sahaja sehingga adunan benar-benar sebati.

Kemudian,
Masukkan ke dalam cup 3/4 penuh dan hentakkan cup perlahan-lahan untuk membuang gelembung udara di dalam adunan cake.

Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170' C selama 20-25 minutes atau sehingga cake masak kekuningan.


Bahan-bahan untuk Cream Mustard:

1 sudu  besar tepung custard
1 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar gula
200 ml fresh milk
1 biji telur
1 sudu besar mentega

Cara-cara membuat cream mustard

Mula-mula bancuh dahulu tepung dengan 50ml susu segar sehingga tidak berketul. Kemudian baru satukan kesemua bahan dan masak sehingga adunan pekat dan berkilat menggunakan kaedah masak double boiler.
Sentiasa kacau filling custard ini untuk dapatkan filling custard yang licin berkilat.
Setelah masak, sejukkan sebentar

Setelah kek masak dan disejukkan dahulu. Picitkan/piping custard cream ke dalam kek dengan cara mencucuk nozzle ke dalam kek dan picit.

Hias dengan coklat cair atau tabur gula halus.


Tadaaa!!!
Sedia untuk dimakan tetapi presentation nya tidak seberapa nak cantik... 
Okay la, janji boleh ngappp!!!

Selamat mencuba ya, guys.

*mode: sejuk. pagi-pagi hujan turun*

Wassalam
Senyum sokmo..daaaaa!!!

Ad Code

Responsive Advertisement