Showing posts with label My Resepi. Show all posts
Showing posts with label My Resepi. Show all posts

Assalamualaikum.

Rasanya macam lama sangat Cik Suri tidak berkongsi resepi, kan? Bersempena birthday emak Cik Suri semalam, jadi hari ini saya ingin kongsikan desert kegemaran beliau iaitu cheese cake. Tetapi, burn cheese cake sebab ianyanya mudah dan tidak memerlukan bahan yang banyak.

Tahun ini kami tidak dapat buat sambutan harijadi pun. Sedihnya. Maklumlah hanya Cik Suri dan kakak sahaja yang berada di rumah. Adik-beradik yang lain tidak sempat balik kerana keadaan musim hujan dan banjir yang tidak mengizinkan. Jadi, kalau hendak disambut pun rasa macam krik...krik...sahaja. 

Seperti tahun-tahun lepas, adik Cik Suri yang berada di KL akan balik bersama-sama anak-anaknya untuk menyambut birthday maktok mereka ini. Kali ini mereka balik awal dan belum sempat 25hb mereka telah  ke giliran rumah emak mertua adik Cik Suri. 

Untuk membuat burn cheesecake ini sebenarnya mudah sangat. Cara-cara untuk membuatnya tidak rumit. Ada sesetengah orang, mereka hanya menggunakan "blender" sahaja untuk membuat kek. Masukkan kesemua baha-bahan ke dalam blender kemudian cuma tekan button "on" dan kisar seketika, dah siap. Alihkan adunan ke dalam baking pan dan bakar. Cara paling mudah dan cepat.

Beberapa sahabat Cik Suri pernah mencuba burn cheesecake yang saya masak ini. Dan feedback daripada mereka sangat menyenangkan hati Cik Suri. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya dapat juga feedback positive daripada lawan-kawan.

Cara buat burn cheese cake versi Cik Suri sangat mudah kerana Cik Suri bukanlah seorang yang rajin sangat. tetapi, bila kita memasak kita perlu menjadi kreatif dan selalu cuba lakukan eksperimen.  

Cik Suri pernah kongsikan resepi ini di channel Youtube Cik Suri. Jika kamu orang berkesempatan, jemputlah menontonnya di saluran youtube saya.

Burn Cheese Cake Kembara Suri

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • 250 gram krim keju (cream cheese)
  • 2 sudu besat gandum
  • 1 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 150 gram whipping cream
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil jus limau nipis

Bahan-bahan ini kamu boleh ubah mengikut selera masing-masing. Sebagai contoh, Cik Suri menggunakan jus limau nipis kerana pada masa itu tiada jus lemon di rumah. Hendak ke kedai, malaslah pula. Jadi, menggunakan jus limau nipis juga tiada mengubah apa-apa pada kek kita. Tetap menjadi.

Selain itu, korang juga boleh kurangkan penggunaan gula. Mungkin daripada 1 cawan boleh dikurangkan kepada 3/4 cawan atau 1/2 cawan. Terpulang kerana ada sesetengah daripada kita tidak suka makan makanan manis.

Cara-cara kerja Cik Suri mudah sahaja.

1- Putarkan krim keju bersama-sama gula sehingga sebati. Masa putar adalah lebih kurang 1-2 minit sahaja. Pastikan krim keju berada dalam keadaan suhu bilik kerana jika krim keju masih beku ia mengambil masa ketika proses memutar. 

2- Kemudian masukkan dua biji telur dan sambung putar sekejap.

3- Masukkan whipping krim dan sambung mengadun adunan.

4- Masukkan jus limau, garam dan akhir sekali tepung gandum. Teruskan mengadun seketika, lebih kurang 2 hinggan 3 minit sehingga adunan sebati.

5- Kemudian, masukkan adunan ke dalam baking pan atau ke acuan kertas. Bakar selama 30 minit pada suhu 180 celsius. Kemudian, tambah 5 minit pada api atas untuk dapatkan permukaan kek yang sedikit hangus.

6- Sejukkan kek anda seketika dan siap untuk dihidangkan. Mudahkan.

Burn Cheese Cake Cik Suri

Seperti yang Cik Suri katakan pada awal tadi, burn cheesecake ini mudah sahaja untuk dibuat. Guna apa cara jua method nya ia akan tetap menjadi.

Bahan-bahan yang Cik Suri nyatakan di atas tadi, kamu boleh sahaja masukkan sekaligus ke dalam "blender" dan kisar selama dua atau tiga minit atau sehingga adunannya menjadi "smooth". Kemudian, terus sahaja tuang ke dalam baking pan atau acuan kertas dan bakar seperti suhu dan masa yang Cik Suri nyatakan di atas. Kek ini akan tetap menjadi sedap.

Apalagi, jangan lupa mencuba. Selamat bercuti dan selamat menyambut tahun 2024. 




Resipe Chicken Buttermilk Cik Suri

AYAM BUTTERMILK ini sebenarnya makanan kegemaran adik bongsu Cik Suri. Tapi...kalau di ingatkan kembali, adik Cik Suri ni semua benda dia makan kecuali kayu dan batu. Tiada satu pun makanan yang dia tidak makan. Cuma, bezanya kegemaran atau bukan sahaja. Sebagai contoh, si bongsu ini, dia kurang suka makan coklat atau makanan manis. Begitu.

Beberapa hari lepas, Cik Suri bersama madam ada buatkan ayam buttermilk untuk hidangan tengahari. Sebenarnya, jarang masakan begini jadi hidang keluarga kami kerana ayah Cik Suri tidak berapa suka makan makanan moden. Jarang-jarang sekali masak, tiada masalah. Lagipun, untuk ayah kami masak lauk yang lain.

Okay,

Jadi, hari ini Cik Suri akan kongsikan resepi Ayam Buttermilk ikut selera Cik Suri. Style Cik Suri ini agak pedas sedikit sebab kami dua beradik suka makan pedas. Kalau madam makan, menangislah sebab madam tidak tahan pedas. Cik Suri pula, suka pedas tapi tak tahan pedas. Tidak pelik bukan Cik Suri lah.

Resipi Ayam Buttermilk ini memang sedap, sudah pasti akan menjadi kegemaran anak-anak anda. Cara penyediaannya pun mudah dan cepat. Tidak leceh lah. Cuma, Cik Suri nasihatkan untuk anda kurangkan cili api untuk kurangkan kepedasannya.

Untuk resepi ini, Cik Suri gunakan bahagian dada ayam kerana ia tidak bertulang dan daging ayam akan cepat masak. Mudah untuk dimakan. Tetapi, jika anda ingin mengunakan apa jua bahagian yang bertulang tiada masalah. 

Ayam perlu digoreng terlebih dahulu bersama salutan tepung dan kemudian baru akan dimasukkan ke dalam kuah buttermilk. Rasanya memang sedap, lemak berkrim, manis masin yang secukup rasa berserta bau daun kari yang membangkitkan selera.

Resepi Ayam Buttermilk Cik Suri

Panjang bebelan Cik Suri. Jom kita terus kepada cara buatnya dan bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahannya:

Untuk salutan tepung

  • 2 sudu tepung gandum
  • 1 sudu tepung jagung
  • 1 sudu serbuk kari
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Untuk kuah buttermilk
  • 2 keping dada ayam (anggaran berat 250-300gram)
  • 1/2 tin susu cair
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 sudu besar mentega
  • 5 biji cili padi
  • 1-2 tangkai daun kari
  • 1-2 keping keju 

Penyediaannya:

Resepi Ayam Buttermilk Cik Suri

  1. Potong dadu isi dada ayam mengikut saiz yang dikehendaki, bersihkan dan tos airnya
  2. Di dalam bekas lain, tepung gandum, tepung jagung dan serbuk kari digaul bersama dengan sebiji telur dan air sehingga sebati. Perasakan dengan garam secukupnya.
  3. Pastikan aduan tepung tersebut tidak terlalu likat dan tidak terlalu cair. 
  4. Masukkan ayam dan gaul supaya tepung tersalut rata dengan ayam. Perap dalam 15-20 minit.
  5. Goreng ayam di dalam minyak yang panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan dahulu.
  6. Untuk menyediakan kuah buttermilk, panaskan kuali kemudian masukkan butter. Cairkan butter pada api perlahan supaya butter tidak hangit.
  7. Tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga naik bau. 
  8. Masukkan  susu cair. Reneh sebentar dan masukkan pula keju. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.   
  9. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul perlahan sehingga kuah buttermilk tersalut rata. 
Resepi Ayam Buttermilk Cik Suri

Tips:

  1. Sekiranya anda tidak suka pedas, anda tidak perlu masukkan cili di dalam hidangan anda.
  2. Untuk menyediakan ayam goreng, anda boleh menggunakan tepung serba guna seperti tepung bestri atau apa-apa jenama. Ia lagi cepat dan menjimatkan masa penyediaan.
  3. Anda juga boleh skip keju jika anda tidak gemarkannya. Keju hanya optional sahaja. 

Beginilah resepi ringkas yang Cik Suri dan madam kongsikan untuk anda. Nanti anda bolehlah cuba buat di rumah dan makan bersama nasi panas. Bertambah nasi tau!!!

Jangan lupa share komen anda di ruangan comment. See next RESEPI.

Assalamualaikum. Terima kasih sudi datang ke blog Cik Suri

RESEPI AYAM BUTTERMILK

by on January 12, 2023
AYAM BUTTERMILK ini sebenarnya makanan kegemaran adik bongsu Cik Suri. Tapi...kalau di ingatkan kembali, adik Cik Suri ni semua benda dia ma...

 


"Laa…maknanya, betul lah Starbucks akan discontinue Pumpkin Spice Latte?.”

Dengar kata-kata daripada kawan cik suri. Cik suri bukan lah pencinta kopi di Starbucks. Tapi tidak dinafikan kopi-kopi yand dijual di Starbucks memang sedap. Even my starbucks favorite coffee is Caramel Machiato Latte. Teringin la pulak caramel machiato “Hualien’s Starbucks Cabin Cafe”. Jauh betul teringinnya.


Tetapi, jangan risau. Jauh teringin. Boleh diubati dengan DIY (did it yourself). Hari ni cik suri terasa nak cuba buat Pumpkin Spice Latte. Alasannya belum pernah cuba. Maka, terbuatlah pumpkin latte yang ternyata sangat pahit (sebab tak tahu rasa asal Pumpkin Spice Latte) ni. Sedih.


Memang kepahitan itu tidak dapat ditanggung sehinggakan cik suri terpaksa curahkan kopi ke dalam sinki. Ahli keluarga semua tak nak cuba. Huhu.


Akhirnya, melalui pembacaan di internet (starbuck website) yang menggunakan simple syrup di dalam “coffee” mereka. Makanya, Cik suri cuba untuk membuat “simple pumpkin spice syrup”. Rajin jari membuat rujukan daripada beberapa channel youtube.


Cik suri improvised dan ubah sikit daripada idea-idea resepi daripada youtube mengikut selera cik suri.

Tadaaa… Inilah hasil daripada gubahan resepi cik suri. Tetapi, sebenarnya sama sahaja.


Ini adalah antara bahan-bahan yang cik suri gunakan untuk membuat “Simple Pumpkin Spice Syrup” mengikut version cik suri.

1- 1/4 biji pumpkin - untuk dijadikan (1/4 cup pumpkin puree)

2- 3/4 cawan (cup) gula perang (brown sugar/ palm sugar) - you preference.

3- 1 cawan (cup) gula putih (white sugar) - bukan sugar dadi.

4- 2 sudu kecil (teaspoon)serbuk kayu manis (cinnamon powder)

5- 1/2 sudu kecil (teaspoon) ginger powder - jika tiada, boleh guna 1/2 inch halia hidup. Cik suri pun      guna yang mentah, sebab cari di market tak jumpa.

6- 1/2 sudu (teaspoon kecil serbuk buah pala (nugmet powder) - jangan banyak2 nanti pahit.

7- 3-4 biji cengkih (cloves)

8- 2 sudu besar (tablespoon) ekstrak vanilla.

9- 1 1/2 cawan air 


Psstt…kalau korang malas nak baca, boleh terus ke channel youtube Suri Lee Channel. Tengok je situ.


Kalau rajin, teruskan membaca.


Cara penyediaannya mudah sahaja:

Mula-mula kita sediakan “pumpkin puree”. Caranya cik suri bersihkan, belah dan bakar di dalam oven untuk melembutkan pumpkin. Selain bakar di oven, boleh juga menggunkan cara kukus. Lakukan sehingga pumpkin betul-betul lembut. Di oven, cik suri bakar selama 20-30minit pada suhu 175celcius.


Setelah itu, kisar pumpkin yang sudah lembut menggunakan blander, sehingga halus. (sememangnya pumpkin yang lembut akan mudah menjadi puree). Jika malas untuk menggunakan blender, penyet2 di atas penapisan juga boleh. Tiada masalah.


Selepas mendapat hasil pumpkin puree yang memuaskan. Sediakan dapur dan periuk untuk memasak “simple syrup”.

Caranya, di dalam periuk pada api dapur yang sederhana besar, masukkan 1 1/2 cawan air (boleh guna air panas daripada coway terus), lagi cepat air menjadi panas….hihi.

Masukkan gula (gula putih dan perang), serbuk kayu manis, serbuk nugmet, serbuk halia (halia ketul) dan cengkih. Masak sehingga mendidih. Kemudian, masukkan ekstrak vanilla.






Kacau campuran air gula dan bahan-bahan kering berserta pumpkin puree sehingga sebati dan bercampur rata.


Biarkan campuran mendidih. Masak simple syrup sehingga menjadi sedikit pekat. Jangan terlalu pekat. Bila dah sedikit siap, boleh la tutupkan api dapur.



Tadaaa... Pekat dan likat. Biarkan ia sejuk dahulu sebelum ditapis.


Dah siap. Aikk…tetiba dah siap.

Ye lah, resepinya mudah sahaja. Kena pandai agak-agaklah.

 

Okey, mudah kan?

Next…

Biarkan simple syrup menyejuk dan bila sudah sejuk bolehlah dipindahkan ke botol pilihan anda.


Cik suri terus tapis masukkan ke dalam botol minum “haus boom”. Alasannya, botol tu cantik.

 

Next…next…

Apa lagi, sila lah buat Pumpkin Spice Latte korang.

My own "Pumpkin Spice Latte" ala Starbucks.

Brew coffee,

Simple syrup,

Warm milk,

Siap…

Tabur sikit chocolate powder or cinnamon powder sebagai hiasan.

Selamat menikmati your latte, my loved coffee lover reader.


Much Love,

Cik Suri.

CHICKEN ADOBO, Philippine traditional recipe. Easy to make, less ingredient and less time needed.

Assalamualaikum. 

Hi, guys...

Welcome back to my blog and thank you very much. 
Much of love.

Dua tiga hari kebelakangan ini teringat pula dekat "ex-officemate" di pejabat lama. Sebenarnya sudah dua tahun lebih Cik Suri berhenti daripada "company". 
Alhamdulillah, with new company,  masih berpeluang untuk menambah pengalaman kerja. Terima kasih rakan sekerja yang selalu menyokong Cik Suri.

Tapi, untuk hari ini, disebabkan Cik Suri rindu dekat this Filipino girl. So, i am come up with this Filipino style chicken adobo. 

Halal version.

Jadi, jom kita mula main masak-masak.

Before that, you may watch how to cook chicken adobo by clicking my Youtube Channel. 
Search Suri Lee Channel 


Cara untuk membuat chicken adobo. tersangatlah mudah. Petik jari saja sudah siap. 

Bahan-bahan

Hanya memerlukan lima jenis bahan sahaja. Antaranya adalah:

500gram ~ 1kg ayam (dipotong mengikut selera anda)
Kicap pekat / (atau kicap manis ~ mengikut selera anda juga)
Cuka masakan / cuka makan
Serbuk lada hitam 
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Sedikit perasa (garam, gula ~mengikut selera anda juga)
Minyak masak untuk menumis.
Sedikit air

Cara Memasaknya

Mula-mula perapkan ayam bersama-sama kicap, cuka makan dan lada hitam, perap selama antara 15-30 minit.

Apabila ayam siap diperap. Panaskan minyak dan saute bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit garing.

Kemudian masukkan ayam. Cik Suri suka gorengkan ayam sekejap untuk mendapatkan tekstur garing. Masukkan bagi kicap  bersama-sama ayam dan renehkan. Tambahkan sedikit air dan teruskan reneh sehingga ayam kita masak. 

Dah siap...

Tersangatlah mudah. Petik jari, pejam mata. daahhh siap!!!

Jadi, jangan lupa untuk mencuba.

Lots of Love,
Cik Suri.
Assalamualaikum. Hi, guys.

Harini cik suri nak share eksperimen masak yang kedua.
Kita juga telah memasuki fasa ke-5 Peraturan Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Video ini cik suri rakam beberapa hari sebelum Ramadhan. Ambil masa jugak nak siapkan editing.
Sekarang kita hampiri masuk ke 10 malam terakhir Ramadhan.

Semoga Resepi Kek Sarang Semut a.k.a Kek Gula Hangus ini dapat membantu viewer cik suri.
Kut-kut ada plan nak buat sebagai juadah berbuka puasa.

Okey, jom start.


Bahan-bahannya:

Untuk gula hangus

1 1/4 cup gula kasar
1 cup air panas.

Mula-mula panaskan gula sehingga cair keperangan. Bila gula sudah cair, masukkan air panas. Tujuan kita guna air panas adalah untuk samakan suhu gula dan air, agar bila kita tuang air tidak terpecik.

Bila air dan gula dan sebati. Tutup api dan biarkan sejuk.

Bahan-bahan untuk adunan kek.

4 biji telur (cik suri guna size A)
1 cup tepung gandum
125g mentega dicairkan
1/4 cup susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara buat:
Mula-mula kacau perlahan 4 biji telur. Kacau manja2 gitu…
Kemudian masukkan mentega, esen vanilla dan susu pekat. Kacau lagi biar sebati
Ayakkan tepung gandum bersama soda bikarbonat ke dalam adunan telur. Kacau rata.
Akhir sekali, masukkan gula hangus yang telah sejuk dan gaul biar sebati.

Tapiskan adunan kek ke dalam loyang. Perapkan selama 3-5 jam.
Bakar pada suhu 180celcius selama 45 minit. 30 minit pertama menggunakan api bawah dan 15 mimit terahir menggunakan api atas dan bawah.


Dah siapp…

Selamat Mencuba
Selamat Menjalani Ibadah Puasa

DON’T FORGET TO SUBSCRIBE SURI LEE CHANNEL

Lots of Love,
Suri Lee

Ad Code

Responsive Advertisement