Resepi Nasi Goreng Ikan, Menu Tradisional Terengganu Yang Sedap & Padu

Resepi Nasi Goreng Ikan Terpadu di Terengganu

Pernahkah anda menikmati hidangan Nasi Goreng Ikan asli Terengganu? Teringat akan aroma ikan goreng yang harum, gurih dan mengimbau kenangan zaman kecil. Menu tradisional ini bukan sahaja popular sebagai hidangan sarapan pagi warga tempatan malah turut menjadi pilihan pelancong yang berkunjung ke Terengganu.

Selain rasanya yang unik dan menyelerakan, nasi goreng ikan juga merupakan cara terbaik untuk mengelakkan pembaziran baki ikan goreng atau ikan rebus semalam. Jom ikuti resepi nasi goreng ikan yang paling mudah, cepat, sedap dan paling padu terangkat!

Kenapa Nasi Goreng Ikan Terengganu Sangat Istimewa?

Berbeza dengan nasi goreng biasa, nasi goreng ikan tradisional ini tidak menggunakan sos cili atau sos tiram yang berlebihan. Kekuatan rasanya terletak pada isi ikan (biasanya ikan selayang atau ikan kembung) yang dihancurkan dan digoreng garing bersama rencah nasi goreng.

Kombinasi bahan seperti bawang, cili padi / cili kering dan ulam-ulaman menjadikan setiap suapan memberi rasa penuh dengan pelbagai tekstur dan aroma.

Bahan-Bahan Membuat Nasi Goreng Ikan Terengganu

Bahan-bahan Utama:

  • 3 mangkuk nasi dingin/sejuk (sebaiknya baki nasi semalam)

  • 2 - 3 ekor ikan selayang / kembung ( boleh gunakan ikan goreng, ikan kukus atau ikan panggang)

  • 3 sudu besar minyak masak

  • Garam dan serbuk perasa secukupnya 

Bahan untuk Membuat Perencah:

  • 4 ulas Bawang merah

  • 3 ulas Bawang putih

  • 5-8 biji Cili kering

  • 1 sudu besar Cili kisar / boh

  • 2 sudu besar Kicap Lemak Manis
Cara Memasak Nasi Goreng Ikan Terengganu

Cara Memasak Nasi Goreng Ikan Paling Padu Step-by-Step

    1- Sediakan Isi Ikan 

  • Asingkan isi ikan goreng / ikan rebus daripada tulangnya. Pastikan segala tulang dibuang supaya tidak tercekik ketika makan nanti.

  • Tumbuk kasar atau siat-siatkan sahaja isi ikan tersebut. Petua: Jangan tumbuk ikan terlalu lumat supaya anda masih dapat menikmati tekstur isi ikan semasa mengunyah!

    2- Tumis Bahan Rencah

  • Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang telah ditumbuk kasar (bawang merah, bawang putih, cili kering) serta masukkan sekali cili kisar / boh sehingga naik bau dan pecah minyak.

    3- Masukkan Isi Ikan

  • Masukkan isi ikan yang telah disiat tadi ke dalam kuali. Kacau rata bersama bahan tumisan dan biarkan isi ikan sedikit garing seketika untuk membangkitkan aromanya.

    4- Gaulkan Nasi Dingin / Sejuk

  • Masukkan nasi dingin / sejuk. Gunakan api sederhana besar dan kacau supaya rencah dan isi ikan sebati dengan nasi. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.

    5- Hidangkan Bersama Ulaman

  • Sebelum menutup api, taburkan dengan hirisan daun kesum atau daun sup. Gaul seketika selama 30 saat dan tutup api. 

  • Nasi goreng ikan akan bertambah sedap jika dimakan bersama-sama timun batang atau timun jepun!

Rahsia Nasi Goreng Ikan Jadi Lebih Sedap!

  1. Guna Nasi Sejuk / Dingin: Nasi sejuk atau dingin dari peti ais mempunyai tekstur yang lebih berderai dan tidak lembik apabila digoreng.
  2. Ikan Rebus Terengganu (Ikan Kukus): Jika menggunakan ikan yang direbus dengan asam keping dan garam, rasanya akan jadi lebih autentik dan gurih.
  3. Hidangkan Bersama Keropok Keping: Nasi goreng ikan akan bertambah sedap jika dimakan bersama-sama keropok keping yang ranggup dan telur mata sebagai pelengkap hidangan!

Cadangan Pilihan Sampingan (Side Dish)

  • Telur mata (lagi sedap jika kuning telur separa masak)
  • Timun batang / timun jepun yang dihiris
  • Keropok keping 
  • Sambal belacan ( jika anda suka lebih pedas)

Selamat mencuba resepi Nasi Goreng Ikan, menu tradisional rakyat Terengganu! Sangat sesuai dihidangkan sebagai menu sarapan pagi atau makan malam yang ringkas tetapi memikat selera seisi keluarga!


Ulasan

Ikuti perjalanan saya di Instagram

Popular Posts

UMRAH PERTAMA - Persiapan Sebelum Menunaikan Umrah

Panduan Lengkap Hiking di Kemaman: 7 Best Spot Hiking Wajib Cuba Bagi Pencinta Alam

SINOPSIS REVENANT

Panduan & Pengalaman Mendaki Jabal Nur (Gua Hira' di Mekah)

UMRAH PERTAMA - Pengalaman Ibadah Puasa Di Madinah