BAHAGIAN 2 - Pengalaman Ibadah Puasa di Madinah
"I'm from UK. I'm A'isyah. Are you okay with you space. Comfortable?"
Berkenalan dengan Pelbagai Bangsa
Begitulah bermulanya perkenalan Cik Suri dengan A'isyah.
Agaknya dia kesian melihat keadaanku yang memang tersepit ini. A'isyah duduk di sebelah kiriku dan di sebelah kanan pula tidak pasti asalnya dari mana wanita ini. Layaknya seperti orang Eropah dengan ketinggian yang sesuai dengan susuk tubuhnya. Sekali di sikunya boleh goyang juga diri ini. Cik Suri bertahan hati sahaja. Kena bersabar!
Sementara menunggu bilal melaungkan azan waktu Maghrib, A'isyah menegur anak-anak remaja di belakang kami. A'isyah bertanya kepada mereka, "Kamu perasan tak surah yang dibaca oleh imam semasa solat Asar tadi macam biasa kita dengar. Mahu main game tak?". Offer A'isyah untuk bermain permainan teka ayat daripada al-Quran. Di ajaknya Cik Suri untuk serta sekali tetapi Cik Suri menolak kerana segan. Cik Suri tidak fasih sangat perihal tajwid dan hafazan. A'isyah berseloroh kepada mereka,
"she's shy". 🤣
Ada sesuatu yang Cik Suri dapat belajar daripada wanita bernama A'isyah ini. Dia seorang yang suka mendoakan untuk orang disekelilingnya. Tidak lekang dari mulutnya mendoakan setiap orang yang dia sapa.
Jemaah di sebelah kanan Cik Suri seperti ada masalah. Sekejap-kejap dia ambil wuduk. Tengah solat pun tiba-tiba dia berhenti, duduk dan ambil wuduk. Selesai sahaja kami solat Asar, A'isyah menegurnya. Kenapa dia selalu berwuduk dan dia menceritakan perihal dia yang mempunyai masalah usus. Mungkin disebabkan itu, wuduknya selalu terbatal.
Cuba korang bayangkan, setiap saat dia akan berwuduk. Basuh tangan sahaja, berpuluh kali. Saya tidak bohong, inilah kisahnya. Pelik dan risau juga hati ini. Tetapi, malaslah hendak ambil port. Nantikan terburuk sangka pula. Setiap orang akan ada masalah tersendiri.
Selepas berbuka puasa dan selesai solat Maghrib, Cik Suri pun salam dengan A'isyah dan terus bergerak balik ke hotel. Masa itulah A'isyah mendoakan untuk Cik Suri dan juga wanita sebelah kananku.
Marahkan Jemaah Suka Pijak Sejadah
Ada satu hari, Cik Suri tidak bersama dengan roommate. Hari kedua kami di Madinah. Selepas sahaja solat Maghrib, Cik Suri terus tinggalkan roommate di masjid, dan bergerak balik ke hotel seorang diri. Seharian di masjid, terasa juga ingin mandi dan makan nasi yang disediakan untuk kami. Berjalan pulang ke hotel yang jaraknya tidaklah begitu jauh.
Selesai sahaja makan, Cik Suri kembali semula ke masjid untuk solat Isyak dan solat terawih. Pada masa ini, bilangan jemaah semakin ramai. Manusia berpusu-pusu bergerak laju mencari saf untuk solat di luar masjid. Cik Suri memang tidak plan untuk kembali ke dalam masjid sebab yakin sudah tiada ruang dan pastinya sesak. Maka, Cik Suri memilih untuk solat di dataran dalam masjid berhampiran dengan pintu 309. Nanti senang boleh terus bergerak keluar balik ke hotel tanpa dilanggar oleh umat manusia yang ramai ini.
Di sinilah ujiannya. Cik Suri Hilang Sabar. Hari pertama sudah berlaku kejutan budaya, sebab melihat orang-orang ini dengan selamba sahaja melangkah beg kita, pijaknya sejadah dan sebagainya. Hari pertama bersabar lagi. Tapi tidak untuk kali ini, Cik Suri betul-betul hilang sabar.
Kesnya ketika Cik Suri sedang solat Isyak, selamba sahaja jemaah-jemaah ini tanpa perasaan jalan di depan saf sambil pijak sejadah dan langkah beg yang terisi dengan al-Quran. Selesai sahaja solat, Cik Suri terus alihkan beg ke tepi supaya mereka tidak langkah lagi.
Kemudian, kami sambung untuk menunaikan solat terawih. Tengah solat terawih, tiba-tiba ada perempuan muda dan anak kecil dia catwalk betul-betul di tengah sejadah Cik Suri dengan memakai selipar dan kasut. Padahal ada ruang lantai jarak antara saf, tapi kenapa mesti hendak pijak sejadah. Tidak kusyuk dah solat terawihku. Panas hatiku!!!
Selesai sahaja solat dua rakaat, Cik Suri memang mengantuk sangat. Duduk dan rehat sekejap. Datang lagi perempuan itu bersama anaknya, catwalk atas sejadah dengan seliparnya. Masa ini, Cik Suri perhati dia masa jalan menuju ke arah Cik Suri. Bila dia pijak sahaja sejadah dengan seliparnya itu, Cik Suri terus tepuk kaki (betis) dia. Tapi, dia lalu sahaja tnpa perasaan dan buat tidak tahu.
Mak cik Pakistan/Afganistan di sebelah, dan anak dia gelakkan Cik Suri. Rupanya dia nampak perbuatan Cik Suri memukul kaki perempuan India tadi. Kemudian dia guna isyarat tangan, kononnya menyokong perbuatan Cik Suri. Bila ada orang yang lalu dan pijak sejadah, mak cik tadi terus kuatkan suaranya menunjukkan dia marah dengan menggunakan bahasa Arab, sambil senyum dekat Cik Suri. Terima kasih mak cik, sebab memahami perasaan saya dan tidak pandai berbahasa Arab ini.
Sebenarnya Cik Suri rasa bersalah juga, sampai ke hari ini. Takut juga perbuatan itu dimurkai Allah. Kita pukul orang di dalam Masjid Nabawi. Di situ bersemadinya jasad Rasulullah s.a.w. Rasulullah tidak suka umatnya berbuat kasar sesama umat Islam yang lain. Lagi-lagi di bulan mulia, Ramadhan.
Mahu Tercabut Kaki Solat di Masjid Nabawi
Ya Allah. Betul-betul sakit kaki ini berdiri terlalu lama ketika solat terawih dan bersambung pula dengan qiamulail. Imamnya membaca satu atau dua surah untuk setiap rakaat. Mahu mencari kerusi, tetapi sayang hendak tinggalkan saf. Nanti tempat akan diambil oleh orang lain pula. Limited sangat tempat di dalam Masjid Nabawi ini. Sudah semestinya kita tidak mahu solat di dataran.
Terasa sangat kaki ini seperti hendak patah. Tidak mampu hendak berdiri. Tumit terasa sakit sangat sehinggakan ada masa Cik Suri terpaksa berjingkit. Berdiri menggunakan hujung jari dengan harapan untuk hilangkan sakit tumit. Begitulah cabarannya. Tidak hairanlah solat terawih sepuluh rakaat selesai dalam masa dua jam. Kalau di Malaysia, 45 minit sudah selesai lapan rakaat.
Mental memang kena kuat. Dalam solat berdoa, bertahan. Bertahan, sedikit sahaja lagi. Di tambah pula dengan mata yang mengantuk. Iya lah, surah panjang yang dibaca oleh imam. Sehinggakan Cik Suri mengambil al-Quran dan pegang di dalam solat. Tujuannya untuk hilangkan rasa mengantuk, dan semak sama bacaan imam. Bila buat begitu, barulah cerah sedikit biji mata ini.
Kesimpulan
Begitulah serba sedikit pengalaman yang Cik Suri boleh ceritakan sepanjang berada di Madinah selama tujuh hari di Madinah. Ini hanya sekadar pengalaman beribadat di masjid nabi iatu Masjid Nabawi. Masih banyak lagi kenangan manis yang tersimpan di dalam hati Cik Suri ini.
Inshaa Allah, Cik Suri akan kongsikan sedikit demi sedikit mengikut kelapangan masa yang ada nanti. Tidak mudah untuk menulis. Kekangan masa dan kadang-kala malas itu datang, tidak login juga blog ini.
Mohon sahabat pembaca mendoakan agar Cik Suri dilimpahkan ilham untuk menulis dan diberi kerajinan yang luar biasa untuk menulis.
Selamat membaca perkongsian yang sedikit ini. Terima kasih.
2 comments:
Alhamdulillah.
Doakan saya dapat buat umrah juga.
nice sharing sistur ;)
Post a Comment