FILEM JAWAN - Kisah Pembelaan Rakyat
Saya busy. Saya busy. Saya busy!!!
Assalamualaikum.
Lama betul Cik Suri tidak update blog. Tersangat busy dua tiga bulan kebelakangan ini. Beginilah lumrah kerja sebagai "freelancer". Ada masa terlalu sibuk tidak sempat mengurus masa. Bila lapang, terlalu lapang sehingga kerjanya membuta sepanjang hari.
Disebabkan terlalu sibuk dan ditambah pula dengan stress kerja, beberapa minggu lepas sempat Cik Suri menjengah panggung wayang di Mesra Mall selepas habis waktu kerja 7.30 pagi - 7.30 malam. Tiada perancangan asalnya, sekadar ingin menekan-nekan mesin kiosk di TGV. Manalah tahu kut-kut filem "The Meg 2" masih ditayangkan. Rupanya yilek. SedihnyaðŸ˜
Entah macammana, terasa malu pula dilihat orang perangai Cik Suri tengah main scroll mesin kiosk tanpa arah tuju, maka terbelilah tiket filem "Jawan". Rupanya teraju utama filem ini adalah Shah Rukh Khan.
Okaylah, sekali-sekala melayan cerita hindustan apa salahnya. Tayangan pada jam 8.30 malam. Berbaki lagi 10 minit, sempatlah Cik Suri makan nasi ayam di foodcourt. Solat Maghrib sudah ditunaikan awal-awal lagi.
Maka, jemputlah korang untuk membaca review jujur daripada Cik Suri tentang filem JAWAN ini. Semoga dapat membantu korang yang teringin menontonnya.
Cik Suri berikan ⭐⭐⭐⭐ setengah daripada ⭐⭐⭐⭐⭐.
Sinopsis Jawan
Jawan bermaksud "Soldier" atau askar. Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang ingin membalas dendam terhadap kerajaan yang korup dan membela nasib orang miskin yang dianiayai oleh kerajaan tersebut.
Sebelum itu, layan dahulu trailer filem Jawan ini.
Pertama, intro filem ini awal-awal lagi telah menarik minat Cik Suri. Ini kerana visual cinemagrafiknya yang sangat cantik dan kemas. Bermula dengan suasana pemandangan hutan kampung yang tenang walaupun suasana gelap tetapi visualnya jelas dan cantik. Membuktikan yang pengarahnya mengambil inspirasi daripada filem-filem Hollywood. Malaysia's producer, please do the same.
Banyak babak perlawanan yang epik nampak seperti menonton filem mat saleh. Korang sendiri akan rasa teruja dengan scene berlawan, letupan dan speed. Menggenggam tangan nanti.
Pengkhianatan dan Kepercayaan
Kumpulan pencuri ini bukan mencuri kerana kepentingan diri. Sebaliknya sebagai protes kerana penderitaan mereka akibat daripada kecurangan kerajaan mereka. Hasil curi adalah untuk diagihkan kembali kepada rakyat yang menderita ditindas oleh kerajaan yang zalim.
Konsep seperti "Robin Hood" moden yang mencuri dari orang kaya untuk membantu orang miskin teraniaya.
Kepercayaan yang dikianati. Ya, filem ini turut memaparkan tentang kepercayaan seorang sahabat yang akhirnya dikianati. Tidak sangka orang yang diharapkan akhirnya belot dan merosakan hubungan persahabatan yang terjalin.
Kasih Sayang dan Kekeluargaan
Cerita Hindustan tidak akan menjadi sekira tiada babak yang menyentuh jiwa dan mengalir air mata. Dua babak yang akan membuatkan berlinangan air mata.
Babak ketika kampung polis ketika kecil diserang oleh penjahat. Ketika penjahat-penjahat itu memukul ibu polis dan kasih sayang yang ditonjolkan oleh anak iaitu polis yang mempertahankan ibunya daripada dipukul.
Babak kedua adalah yang paling sedih. Berjurai air mata. Korang kena tonton sendiri. Tidak adil sekiranya Cik Suri bagi spoiler lagi.
Kesimpulan
Plot twist filem ini sangat tidak terjangka. Tiga jam duduk di seat pawagam tidak terasa bosan langsung. Pameran dengan aksi dan debaran membuatkan Cik Suri leka menonton. Jalan cerita yang smooth, straight forward dan mudah untuk diikuti. Tiada liku-liku seperti filem Hindustan dan Tamil yang lain.
Lakonan Shah Rukh Khan dalam filem ini sangat mantap dan luar dari kebiasaanya. Pembawaan watak yang berkesan, lagi-lagi watak mumia. Memang best giler dan sangat berbeza dari filem-filem beliau yang lain.
Scene lawak yang memang lawak. Scene sedih yang memang meruntum jiwa dan mengalir air mata. Scene aksi yang mendebarkan dan teruja. Dan, masih mengekalkan konsep cerita India yang mesti ada lagu dan tariannya. Yang pasti tidak membosankan.
Menariknya filem Jawan ini sendiri turut melibatkan isteri Shah Rukh Khan iaitu Gauri Khan yang berperanan sebagai producer filem.
No comments:
Post a Comment