BTS Yet To Come in Cinemas

BTS : YET TO COME CONCERT akan di tayangkan di pawagam terpilih seluruh Malaysia. Yeay!!! Ini adalah perkhabaran yang sahih dan benar. 

Semenjak famousnya lagu Dreamers nyanyian Jeon Jung Kook, Cik Suri secara tiba-tiba telah menjadi sebahagian daripada ARMY. ARMY adalah fanbase untuk peminat-peminat South Korean Idol, iaitu BTS. Sekarang pantang dengar berita tentang BTS mesti akan ambil port.

BTS - South Korean Group
Anggota BTS iaitu V, Suga, Jin, Jung Kook, RM, Jimin dan J-Hope 

Semalam kumpulan BTS yang dianggotai oleh RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jung Kook telah membuat pengumuman melalui channel youtube rasmi iaitu, BANGTANTV bahawa "Yet To Come in Cinema" akan ditayangkan di pawagam bermula 1 Februari nanti. 

Konsert di layar perak ini akan ditayangkan meliputi 110 negara dan wilayah di seluruh dunia. Ia adalah rakaman "close-up angles" dan rakaman pemandangan keseluruhan konsert, BTS Yet To Come in Busan. Ia adalah rakaman konsert yang diadakan secara percuma pada 15 Oktober tahun lalu di Busan's World Expo 2030, Busan, South Korea.

Antara lagu hit yang telah menjulang nama BTS turut dinyanyikan di konsert tersebut antaranya adalah  Dynamite, Butter, Idol dan juga single terbaru mereka pada tahun 2022 iaitu "Yet To Come".

Tambahan pula, selain peminat boleh menonton dalam bentuk tayangan biasa, "BTS - Yet To Come in Cinema" ini turut ditayang di dalam beberapa format khas iaitu Screen X, 4DX dan 4DXScreen. Penonton boleh merasai pengalaman seperti diri berada di dalam konsert tersebut. Macam best jer.  

BTS Yet To Come in Cinema

Tayangan "BTS - Yet To Come in Cinema" ini adalah tayangan tempoh terhad sahaja. Bukan hanya Malaysia, di seluruh dunia ia akan ditayangkan selama tiga hari bermula 1 Februari, 2 Februari dan hari terakhir iaitu 5 Februari. Tiga waktu tayangan iaitu pada jam 5 petang, 7.45 malam dan 9 malam waktu Malaysia. Harga tiket pula adalah antara RM 65 sehingga RM70.

"BTS - Yet To Come in Cinema" adalah filem kelima yang dikeluarkan oleh BTS sejak beberapa tahun yang lepas. Antara lainnya adalah seperti "Burn The Stage: The Movie" (2018), "Love Yourself in Seoul" dan "Bring the Soul: The Movie" (2019), dan "Break The Silence: The Movie" pada tahun 2020.

Terasa tidak sabar pula untuk pergi menonton konsert dalam bentuk filem ini. Dengan harga tiket antara RM65 sehingga RM 70, anda rasa berbaloi atau tidak untuk Cik Suri pergi menonton? Hati ini teringin merasai suasana konsert yang tiada orang ramai. Ha gitu.

Boleh Cik Suri tenung bias Cik Suri iaitu Jung Kook dan Suga. Okay juga, kan? Penangan BTS, tak sampai tiga bulan sudah ada bias

Resipe Chicken Buttermilk Cik Suri

AYAM BUTTERMILK ini sebenarnya makanan kegemaran adik bongsu Cik Suri. Tapi...kalau di ingatkan kembali, adik Cik Suri ni semua benda dia makan kecuali kayu dan batu. Tiada satu pun makanan yang dia tidak makan. Cuma, bezanya kegemaran atau bukan sahaja. Sebagai contoh, si bongsu ini, dia kurang suka makan coklat atau makanan manis. Begitu.

Beberapa hari lepas, Cik Suri bersama madam ada buatkan ayam buttermilk untuk hidangan tengahari. Sebenarnya, jarang masakan begini jadi hidang keluarga kami kerana ayah Cik Suri tidak berapa suka makan makanan moden. Jarang-jarang sekali masak, tiada masalah. Lagipun, untuk ayah kami masak lauk yang lain.

Okay,

Jadi, hari ini Cik Suri akan kongsikan resepi Ayam Buttermilk ikut selera Cik Suri. Style Cik Suri ini agak pedas sedikit sebab kami dua beradik suka makan pedas. Kalau madam makan, menangislah sebab madam tidak tahan pedas. Cik Suri pula, suka pedas tapi tak tahan pedas. Tidak pelik bukan Cik Suri lah.

Resipi Ayam Buttermilk ini memang sedap, sudah pasti akan menjadi kegemaran anak-anak anda. Cara penyediaannya pun mudah dan cepat. Tidak leceh lah. Cuma, Cik Suri nasihatkan untuk anda kurangkan cili api untuk kurangkan kepedasannya.

Untuk resepi ini, Cik Suri gunakan bahagian dada ayam kerana ia tidak bertulang dan daging ayam akan cepat masak. Mudah untuk dimakan. Tetapi, jika anda ingin mengunakan apa jua bahagian yang bertulang tiada masalah. 

Ayam perlu digoreng terlebih dahulu bersama salutan tepung dan kemudian baru akan dimasukkan ke dalam kuah buttermilk. Rasanya memang sedap, lemak berkrim, manis masin yang secukup rasa berserta bau daun kari yang membangkitkan selera.

Resepi Ayam Buttermilk Cik Suri

Panjang bebelan Cik Suri. Jom kita terus kepada cara buatnya dan bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahannya:

Untuk salutan tepung

  • 2 sudu tepung gandum
  • 1 sudu tepung jagung
  • 1 sudu serbuk kari
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Untuk kuah buttermilk
  • 2 keping dada ayam (anggaran berat 250-300gram)
  • 1/2 tin susu cair
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 sudu besar mentega
  • 5 biji cili padi
  • 1-2 tangkai daun kari
  • 1-2 keping keju 

Penyediaannya:

Resepi Ayam Buttermilk Cik Suri

  1. Potong dadu isi dada ayam mengikut saiz yang dikehendaki, bersihkan dan tos airnya
  2. Di dalam bekas lain, tepung gandum, tepung jagung dan serbuk kari digaul bersama dengan sebiji telur dan air sehingga sebati. Perasakan dengan garam secukupnya.
  3. Pastikan aduan tepung tersebut tidak terlalu likat dan tidak terlalu cair. 
  4. Masukkan ayam dan gaul supaya tepung tersalut rata dengan ayam. Perap dalam 15-20 minit.
  5. Goreng ayam di dalam minyak yang panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan dahulu.
  6. Untuk menyediakan kuah buttermilk, panaskan kuali kemudian masukkan butter. Cairkan butter pada api perlahan supaya butter tidak hangit.
  7. Tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga naik bau. 
  8. Masukkan  susu cair. Reneh sebentar dan masukkan pula keju. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.   
  9. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul perlahan sehingga kuah buttermilk tersalut rata. 
Resepi Ayam Buttermilk Cik Suri

Tips:

  1. Sekiranya anda tidak suka pedas, anda tidak perlu masukkan cili di dalam hidangan anda.
  2. Untuk menyediakan ayam goreng, anda boleh menggunakan tepung serba guna seperti tepung bestri atau apa-apa jenama. Ia lagi cepat dan menjimatkan masa penyediaan.
  3. Anda juga boleh skip keju jika anda tidak gemarkannya. Keju hanya optional sahaja. 

Beginilah resepi ringkas yang Cik Suri dan madam kongsikan untuk anda. Nanti anda bolehlah cuba buat di rumah dan makan bersama nasi panas. Bertambah nasi tau!!!

Jangan lupa share komen anda di ruangan comment. See next RESEPI.

Assalamualaikum. Terima kasih sudi datang ke blog Cik Suri

RESEPI AYAM BUTTERMILK

by on January 12, 2023
AYAM BUTTERMILK ini sebenarnya makanan kegemaran adik bongsu Cik Suri. Tapi...kalau di ingatkan kembali, adik Cik Suri ni semua benda dia ma...

AKHIRNYA SEBUAH PENGAKUAN telah dikeluarkan oleh pengarah kontroversi Malaysia, Syamsul Yusof yang beliau telah sah mengahwini Ira Kazar. 

Pengakuan tentang perkahwinan keduanya ini di buat melalui Instagram Feed petang tadi. Syamsul telah mengesahkan yang dia telah mengahwini Ira Kazar di Thailand. Turut diyatakan bahawa majlis akad nikah diwalikan sendiri oleh ayah isteri keduannya, iaitu pelakon Kazar Saisi.

"Ira sah isteri saya di sisi syarak dan Allah", katanya.

Syamsul Yusof kahwin Ira Kazar
Syamsul Yusof kahwini Ira Kazar di Thailand

Di dalam video terbuat, dia juga telah memberitahu yang perkahwinan keduanya itu telah didaftarkan.

Maka dengan pengakuan ini, terjawab sudah kemelut rumah tangga antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana.

Syamsul juga menyatakan bahawa Puteri Sarah masih lagi isterinya yang sah. 

"Saya mahu menegaskan, Puteri Sarah masih lagi isteri saya. Kepada Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak". - Syamsul Yusof

Puteri Sarah yang baru pulang dari bercuti di Jepun bersama-sama dengan kedua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah. 

Umumnya, sejak tahun lepas, Puteri Sarah telah mula membicarakan hal rumahtangganya bersama Syamsul Yusof yang goyah akibat kehadiran orang ketiga. 

Puteri Sarah juga turut membuat tuntutan daripada mahkamah yang dia selalu diganggu oleh pihak ketiga di media sosial.

Selepas pengakuan Syamsul Yusof petang tadi, Puteri Sarah turut membuat kenyataan balas di Instagram Feed untuk membetulkan beberapa fakta yang dikeluarkan oleh Syamsul.

Daripada video penjelasan daripada Puteri Sarah, beliau menyatakan, sudah empat tahun hal kecurangan Syamsul ini terjadi. Ketika itu beliau masih dalam berpantang selepas melahirkan anak keduanya. Sumayyah. Malah, pada ketika itu hal ini turut diketahui oleh keluarga mentuanya, Dato' Yusof Haslam. Namun, Syamsul tetap menafikan hal tersebut.

Sarah juga mendakwa yang nombor telefon beliau turut disekat oleh suaminya sejak setahun yang lalu. Sarah membidas kenyataan suaminya yang mengatakan beliau keluar rumah tanpa izin. Sarah turut  memaklumkan yang ketika itu beliau masih tinggal bersama mentua dan juga berulang alik dengan rumah keluarga sendiri.

Menjawab tuduhan Syamsul yang mengatakan dirinya keluar rumah dengan anak-anak  tanpa keizinan. Dakwa Puteri Sarah, ia adalah tuduhan tidak berasas. Sekiranya anak-anak boleh memberi kenyataan, pastinya mereka akan mengatakan bahawa ayah mereka selalu keluar dari rumah. Sarah juga mendakwa, beliau terpaksa berbohong kepada anak-anak mengatakan ayah mereka keluar untuk bekerja.

Di dalam video yang berdurasi lebih tujuh minit itu, Puteri Sarah turut mengucapkan terima kasih kepada Syamsul Yusof.

"Terima kasih kerana  mengkhianati saya dan memutar belitkan fakta apa yang berlaku sebenar" - Puteri Sarah

Puteri Sarah turut menyatakan kekesalan kerana hal suaminya berkahwin dua hanya diketahui melalui media sosial. Beliau menyatakan, suaminya boleh mencarinya di rumah mentua atau di rumah ibu bapanya. 

Turut menyatakan kekesalan adalah kedua ibu bapa Syamsul.

"Syamsul, jangan jadi munafik". 

Itulah reaksi ibu Syamsul apabila mendapat tahu pengesahan bahawa anak sulungnya telah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand.

Melalui beberapa media akhbar, Datin Patimah mengakui telah mengetahui masalah dan konflik dalaman rumah tangga yang dicetus oleh anaknya sebelum ianya tular di media sosial lagi. 

"Saya tidak redha dan tidak terima" - Datin Patimah

Katanya selepas diberitahu tentang perkahwinan keduanya oleh  Syamsul. 

Kesimpulan dari Saya

Terima kasih kerana sudi membaca laporan terkini daripada saya. Hari ini satu Malaysia, hati-hati perempuan turut tersakiti dengan perbuatan tidak gentleman Syamsul Yusof.

Sebenarnya dulu saya sangat adore dengan perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah. Siap ada buat satu posting tentang perkahwinan mereka. Boleh baca di sini, Perkahwinan Puteri Sarah & Syamsul Yusof. 

Saya minat sangat dengan kedua-dua figura ini. 

Tindakan berdiam diri dan tidak memberi penjelasan akhirnya memakan diri sendiri. Ingat lagi, ketika soalan panas dari Aznil Nawawi, Syamsul kononnya meletak jari di bibir menandakan dia mahu berdiam diri. Tak coollah, bro.

Buat salah mengaku sahajalah.

Tapi, saya berpuas hati dengan kata-kata akhir daripada Puteri Sarah kepada Syamsul Yusof

"Berhentilah menggunakan nama Allah, sebab itu lagi menampakkan you sangat munafik"

Berharap Puteri Sarah tabah dengan ujian ini. 

Go Sarah, we support you!!! - Tibeh.

OVERNIGHT POLICY RATE (OPR) dijangka akan dinaikkan lagi. Baru sahaja beberapa hari memasuki tahun baru 2023. Ingatkan  sudah boleh bernafas lega, rupanya semalam Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan kadar dasar semalaman (OPR) akan berlaku kenaikan sekali lagi. Jika berlaku kenaikan kali ini, ia adalah kenaikan buat pertama kali bagi tahun 2023 dan kali kelima dalam tempoh tidak sampai satu tahun sejak Mei 2022.. 

Untuk pengetahuan umum, BNM telah menaikan OPR secara berperingkat pada tahun 2022 bermula 1.75% dan sudah empat kali untuk tahun 2022 dengan kadar terakhirnya pada November 2022 adalah sebanyak 2.75%. Anda boleh membuat rujukan kadar OPR di website Bank Negara Malaysia.

Hari ini kita berhadapan inflasi dengan kenaikan harga barangan keperluan yang tidak terkawal. Jika berlaku kenaikan OPR lagi kali ini, ia sedikit sebanyak akan menimbulkan kegusaran di kalangan pengguna. 

Apa tidaknya, kenaikan OPR akan membebankan lagi poket kita yang sememangnya sedang menipis akibat kenaikan barang dan semestinya komitmen ansuran bulanan bank juga akan meningkat.

Namun begitu, adalah penting bagi kita untuk memahami terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan OPR dan bagaimana mekanismnya? Barulah kita dapat membuat penilaian yang adil dan rasional, sama ada kenaikannya akan memberi kesan pada kewangan kita atau tidak.

Apa itu OPR?

Menurut Investopedia

"Overnight Rate is the interest at which depository institution (generally banks) lends and borrows funds from another depository institution in the overnight market. In many countries, the overnight rate is the interest rate the central bank sets to target monetay policy".

Maksudnya OPR ialah kadar faedah yang ditetapkan oleh bank pusat. Di Malaysia, Bank Negara Malaysia yang akan menentukan kadar faedah untuk institusi kewangan yang meminjam wang di antara satu sama lain untuk tempoh satu malam. 

Di dalam operasi harian bank, rizab wang tunai bank adalah berubah-ubah, bergantung kepada aktiviti peminjaman yang berlaku dalam bank serta deposit dan pengeluaran wang yang dibuat oleh pelanggan (i.e : kita). Mungkin anda pernah dengan seperti contoh Maybank meminjam wang dari CIMB di pintu sebelah. Apa tujuan mereka berbuat demikian?

Ini kerana apabila tamat tempoh perniaagaan hari tersebut, bank berkemungkinan mempunyai rizab tunai yang kurang atau lebih daripada nilai yang ditetapkan. Jika berlaku kekurangan daripada rizab yang ditetapkan, bank tersebut akan mengalami masalah kecairan untuk meneruskan operasi pada hari berikutnya. Inilah sebabnya, bank tersebut akan meminjam dengan bank lain yang mempunyai lebihan tunai. Bank yang memberi pinjaman akan mengenakan faedah. Kadar asas untuk faedah tersebut itulah dikenali sebagai OPR.

Kenapa Kenaikan OPR ini Memberi Kesan Kepada Kita?

Walaupun OPR ini hanya terpakai kepada institusi perbankan, tetapi akibat daripada kenaikan faedah ini ia akan turut mengheret kepada kos pinjaman yang "kita" buat melalui bank. Bermaksud kos bank meningkat, jadi bank terpaksa pindahkan juga kos tersebut kepada pelanggan iaitu "kita". Jika kos pinjaman tersebut berkurang, bank juga akan mengurangkan faedahnya terhadap pelanggan.

Perubahan OPR akan memberi kesan kepada faedah pinjaman yang kita ambil, termasuklah pinjaman perumahan, peribadi dan sebagainya. Lebih tinggi OPR, akan menyebabkan bayaran bulanan akan meningkat.

Apakah Penting OPR

OPR memainkan peranan penting dalam dasar monetari negara kerana ia akan memberi kesan kepada pelbagai ukuran kewangan negara seperti kadar deposit, kadar pinjaman, kadar pertukaran mata wang asing dan sudah pastinya faedah pembiayaan seperti pinjaman perumahan, peribadi, perniagaan dan sebagainya.

Kadar faedah bank yang ditentukan oleh OPR yang akan menentukan rangka kerja dan hala tuju kewangan negara bagi memastikan keseluruhan institusi kewangan mempunyai bekalan tunai yang stabil dan mencukupi.

Disebabkan OPR adalah perkara asas yang akan memastikan fungsi perbankan boleh terus berjalan, perubahan kadar OPR akan memberi kesan kepada keseluruhan komponen di dalam sistem ekonomi negara. Namun, perlu difahami perubahan OPR akan memberi kesan kepada tabiat perbelanjaan rakyat dan ia dijadikan sebagai instrumen untuk mengawal inflasi atau mengelakkan deflasi, dan juga sebagai penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Mungkin anda masih ingat, ketika negara kita terjejas akibat PKP yang berpanjangan, BNM telah menurunkan kadar inflasi sehingga 1.75%. Ini adalah bertujuan untuk merancakkan kembali ekonomi negari akibat daripada Covid-19. 

Apabila OPR dikurangkan, kos pinjaman akan berkurangan, Ini akan memberi manfaat lebihan pegangan tunai di tangan rakyat dan kuasa membeli akan meningkat. Ia juga membolehkan ramai orang mula membuat pinjaman termasuk syarikat kecil yang mengalami kerugian akibat penutupan ekonomi. Dengan cara ini, ekonomi negara boleh kembali bergerak walaupun perlahan akibat pendemik.

Begitu juga sebaliknya, apabila ekonomi sedang rancak dan kadar inflasi mula menunjukan peningkatan, OPR terpaksa dinaikan untuk mengawal harga barang. Dengan naiknya kadar OPR, pengguna dan peniagaan akan kurangkan meminjam dan berbelanja. Ini secara teorinya, dapat mengelakkan kenaikan harga barang disebabkan oleh tarikan permintaan (demand pull inflation). 

Apakah Kesan Jika Kadar OPR Naik Kepada Kita?

Sekiranya OPR meningkat, kos pinjaman kita juga akan meningkat. Ini akan menyebabkan pegangan tunai di tangan kita berkurangan kerana terpaksa membayar hutang yang meningkat.

Sekiranya kadar OPR naik, pulangan yang di terima daripada simpanan dalam bank juga akan meningkat. Oleh itu, ia sepatutnya menjadi peluang kepada kita untuk membuat simpanan dan mengurangkan perbelanjaan.

Masih ingat "demand pull inflation"? Apabila kita kurang berbelanja, maka permintaan terhadap barangan akan berkurangan dan diharapkan dapat mengurangkan harga barang serta menurunkan kadar inflasi semasa.

Kesimpulan dari Saya

Di dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu ini, kita dinasihatkan agar berhemah dalam berbelanja. 

Keduanya, ambillah peluang untuk menambah ilmu terutamanya ilmu kewangan. Ini sedikit sebanyak memberi kita ilmu tentang pengurusan kewangan, mendidik diri tentang kepentingan membuat simpanan atau peluang  untuk memulakan pelaburan.

Inflasi juga dijangkan akan terus menggugat keupayaan kita untuk berbelanja, adalah lebih baik kita mula melabur untuk membina tabung bagi melindungi nilai wang di tangan.

Memilih pelaburan yang berisiko rendah dan mampu memberi pulangan yang melebihi inflasi, sekurang-kurangnya dapat memastikan kuasa membeli tidak mengecil. 

UMUMNYA, pada 22 Disember tahun lepas Amanah Saham Nasional Berhad telah mengumumkan pengagihan dividen  ASB untuk tahun kewangan 2022. Setiap pelabur akan menerima keuntungan sebanyak 4.6 sen per unit termasuk bonus. Juga di beri bonus tambahan sebanyak 0.50 sen per unit, yang menjadikan jumlah keseluruhan agihan pendapatan adalah sebanyak 5.1 sen per unit untuk 30,000 unit pertama.

Untuk makluman anda sebagai pelabur, bonus tambahan sebanyak 0.50 sen ini hanyalah terhad kepada 30,000 unit yang pertama sahaja. 

Artikel ini saya tulis adalah untuk membantu anda membuat kiraan dividen bagi tahun kewangan 2022. Kiranya saya mengambil peluang untuk menunaikan janji yang belum saya tunaikan kepada beberapa individu yang telah saya janjikan untuk saya ajar cara mengira dividen ASB. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada semua yang membaca. 

Terima kasih kerana masih meneruskan bacaan anda. 

Bagaimana Cara Kiraan Dividen ASB Tahun 2022 dan Bonus Tambahan

Sebenarnya jika anda pernah melawati website ASNB, di website itu sendiri telah dipaparkan cara-cara untuk membuat kiraan dividen dan bonus ASB.

Secara mudahnya, jika anda mempunyai pegangan unit sebanyak 30,000 unit dan ke bawah, anda akan menerima pulangan sebanyak 5.1 sen. 

Cara kira untuk pegangan

RM 100 = RM 100 x 5.1% = RM 5.10

RM 10,000 = RM 10,000 x 5.1% = RM 510

RM 30,000 = RM 30,000 x 5.1% = RM 1,530

Tetapi, berbeza pula pengiraan dividen sekiranya anda mempunyai pegangan yang melebihi 30,001 unit dan ke atas.

Sebagai contoh, anda mempunyai simpanan sebanyak RM50, 000,

kiraannya adalah seperti berikut -

RM 50,000 x 4.60% = RM 2,300

RM 30,000 x 0.5% = RM 150 (bonus tambahan)

Jumlah keseluruhan : RM 2,300 + RM 150 = RM 2,450


RM 2,450 adalah jumlah keseluruhan dividen yang akan anda terima.


Begitu juga sekiranya anda mempunyai simpanan maksimum iaitu RM 200,000

RM 200,000 x 4.60% = RM 5,200

RM 30,000 x 0.5% = RM 150 (bonus tambahan)

Jumlah Keseluruhan : RM 5,200 + RM 150 = RM 5,350

Pengangihan Dividen ASB tahun 2022

Untuk makluman anda, kiraan ini hanya terpakai untuk simpanan yang dilaburkan bermula pada awal tahun iaitu bermula bulan Januari.

Cara Kiraan Dividen Yang Dibuat Tambahan Berkala Setiap Bulan

Sekiranya anda membuat simpanan secara berkala setiap bulan, kiraannya adalah berbeza.

Sebagai contoh pada bulan Januari, anda telah membuat pelaburan sebanyak RM 100,000 dan kemudian anda membuat penambahan sebanyak RM 1,000 sebulan. Nilai pegangan adalah berbeza untuk setiap bulan.

Cara Kira Dividen Asb Simpanan Secara Bulanan

Cara kiraannya adalah menambah keseluruhan baki setiap bulan, dan kemudiannya di bahagi kepada 12 bulan :-

Contohnya -

Baki akhir adalah : RM 1,266,000

Jadi, cara kira : RM 1,266,000 / 12 = RM 105,500

RM 105,500 x 4.60% = RM 4,853.00

Bonus Tambahan pula, RM 30,000 x 0.50% = RM 150

Jumlah yang diterima adalah RM 4,853.00 + RM 150 = RM 5,003.00 


Untuk mendapat maklumat yang lagi jelas, anda boleh buat rujukan Panduan Perkiraan Pengagihan ASB. Di sini anda akan dapat melihat cara kiraan dividen untuk beberapa situasi pelaburan. 


Kesimpulan dari Saya

Anda boleh mula membuat pengeluaran dividen atau semakan dividen di mana-mana cawangan ASB bermula esok, 3Januari 2023.

Selain itu, ada juga boleh membuat semakan secara online di website ASB atau menggunakan aplikasi myASB bermula 1 Januari lepas. 

Ad Code

Responsive Advertisement