RESEPI AYAM BUTTERMILK

Resipe Chicken Buttermilk Cik Suri

AYAM BUTTERMILK ini sebenarnya makanan kegemaran adik bongsu Cik Suri. Tapi...kalau di ingatkan kembali, adik Cik Suri ni semua benda dia makan kecuali kayu dan batu. Tiada satu pun makanan yang dia tidak makan. Cuma, bezanya kegemaran atau bukan sahaja. Sebagai contoh, si bongsu ini, dia kurang suka makan coklat atau makanan manis. Begitu.

Beberapa hari lepas, Cik Suri bersama madam ada buatkan ayam buttermilk untuk hidangan tengahari. Sebenarnya, jarang masakan begini jadi hidang keluarga kami kerana ayah Cik Suri tidak berapa suka makan makanan moden. Jarang-jarang sekali masak, tiada masalah. Lagipun, untuk ayah kami masak lauk yang lain.

Okay,

Jadi, hari ini Cik Suri akan kongsikan resepi Ayam Buttermilk ikut selera Cik Suri. Style Cik Suri ini agak pedas sedikit sebab kami dua beradik suka makan pedas. Kalau madam makan, menangislah sebab madam tidak tahan pedas. Cik Suri pula, suka pedas tapi tak tahan pedas. Tidak pelik bukan Cik Suri lah.

Resipi Ayam Buttermilk ini memang sedap, sudah pasti akan menjadi kegemaran anak-anak anda. Cara penyediaannya pun mudah dan cepat. Tidak leceh lah. Cuma, Cik Suri nasihatkan untuk anda kurangkan cili api untuk kurangkan kepedasannya.

Untuk resepi ini, Cik Suri gunakan bahagian dada ayam kerana ia tidak bertulang dan daging ayam akan cepat masak. Mudah untuk dimakan. Tetapi, jika anda ingin mengunakan apa jua bahagian yang bertulang tiada masalah. 

Ayam perlu digoreng terlebih dahulu bersama salutan tepung dan kemudian baru akan dimasukkan ke dalam kuah buttermilk. Rasanya memang sedap, lemak berkrim, manis masin yang secukup rasa berserta bau daun kari yang membangkitkan selera.

Resepi Ayam Buttermilk Cik Suri

Panjang bebelan Cik Suri. Jom kita terus kepada cara buatnya dan bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahannya:

Untuk salutan tepung

  • 2 sudu tepung gandum
  • 1 sudu tepung jagung
  • 1 sudu serbuk kari
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Untuk kuah buttermilk
  • 2 keping dada ayam (anggaran berat 250-300gram)
  • 1/2 tin susu cair
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 sudu besar mentega
  • 5 biji cili padi
  • 1-2 tangkai daun kari
  • 1-2 keping keju 

Penyediaannya:

Resepi Ayam Buttermilk Cik Suri

  1. Potong dadu isi dada ayam mengikut saiz yang dikehendaki, bersihkan dan tos airnya
  2. Di dalam bekas lain, tepung gandum, tepung jagung dan serbuk kari digaul bersama dengan sebiji telur dan air sehingga sebati. Perasakan dengan garam secukupnya.
  3. Pastikan aduan tepung tersebut tidak terlalu likat dan tidak terlalu cair. 
  4. Masukkan ayam dan gaul supaya tepung tersalut rata dengan ayam. Perap dalam 15-20 minit.
  5. Goreng ayam di dalam minyak yang panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan dahulu.
  6. Untuk menyediakan kuah buttermilk, panaskan kuali kemudian masukkan butter. Cairkan butter pada api perlahan supaya butter tidak hangit.
  7. Tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga naik bau. 
  8. Masukkan  susu cair. Reneh sebentar dan masukkan pula keju. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.   
  9. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul perlahan sehingga kuah buttermilk tersalut rata. 
Resepi Ayam Buttermilk Cik Suri

Tips:

  1. Sekiranya anda tidak suka pedas, anda tidak perlu masukkan cili di dalam hidangan anda.
  2. Untuk menyediakan ayam goreng, anda boleh menggunakan tepung serba guna seperti tepung bestri atau apa-apa jenama. Ia lagi cepat dan menjimatkan masa penyediaan.
  3. Anda juga boleh skip keju jika anda tidak gemarkannya. Keju hanya optional sahaja. 

Beginilah resepi ringkas yang Cik Suri dan madam kongsikan untuk anda. Nanti anda bolehlah cuba buat di rumah dan makan bersama nasi panas. Bertambah nasi tau!!!

Jangan lupa share komen anda di ruangan comment. See next RESEPI.

Assalamualaikum. Terima kasih sudi datang ke blog Cik Suri

No comments:

Ad Code

Responsive Advertisement