SYAMSUL YUSOF KAHWINI IRA KAZAR

AKHIRNYA SEBUAH PENGAKUAN telah dikeluarkan oleh pengarah kontroversi Malaysia, Syamsul Yusof yang beliau telah sah mengahwini Ira Kazar. 

Pengakuan tentang perkahwinan keduanya ini di buat melalui Instagram Feed petang tadi. Syamsul telah mengesahkan yang dia telah mengahwini Ira Kazar di Thailand. Turut diyatakan bahawa majlis akad nikah diwalikan sendiri oleh ayah isteri keduannya, iaitu pelakon Kazar Saisi.

"Ira sah isteri saya di sisi syarak dan Allah", katanya.

Syamsul Yusof kahwin Ira Kazar
Syamsul Yusof kahwini Ira Kazar di Thailand

Di dalam video terbuat, dia juga telah memberitahu yang perkahwinan keduanya itu telah didaftarkan.

Maka dengan pengakuan ini, terjawab sudah kemelut rumah tangga antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana.

Syamsul juga menyatakan bahawa Puteri Sarah masih lagi isterinya yang sah. 

"Saya mahu menegaskan, Puteri Sarah masih lagi isteri saya. Kepada Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak". - Syamsul Yusof

Puteri Sarah yang baru pulang dari bercuti di Jepun bersama-sama dengan kedua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah. 

Umumnya, sejak tahun lepas, Puteri Sarah telah mula membicarakan hal rumahtangganya bersama Syamsul Yusof yang goyah akibat kehadiran orang ketiga. 

Puteri Sarah juga turut membuat tuntutan daripada mahkamah yang dia selalu diganggu oleh pihak ketiga di media sosial.

Selepas pengakuan Syamsul Yusof petang tadi, Puteri Sarah turut membuat kenyataan balas di Instagram Feed untuk membetulkan beberapa fakta yang dikeluarkan oleh Syamsul.

Daripada video penjelasan daripada Puteri Sarah, beliau menyatakan, sudah empat tahun hal kecurangan Syamsul ini terjadi. Ketika itu beliau masih dalam berpantang selepas melahirkan anak keduanya. Sumayyah. Malah, pada ketika itu hal ini turut diketahui oleh keluarga mentuanya, Dato' Yusof Haslam. Namun, Syamsul tetap menafikan hal tersebut.

Sarah juga mendakwa yang nombor telefon beliau turut disekat oleh suaminya sejak setahun yang lalu. Sarah membidas kenyataan suaminya yang mengatakan beliau keluar rumah tanpa izin. Sarah turut  memaklumkan yang ketika itu beliau masih tinggal bersama mentua dan juga berulang alik dengan rumah keluarga sendiri.

Menjawab tuduhan Syamsul yang mengatakan dirinya keluar rumah dengan anak-anak  tanpa keizinan. Dakwa Puteri Sarah, ia adalah tuduhan tidak berasas. Sekiranya anak-anak boleh memberi kenyataan, pastinya mereka akan mengatakan bahawa ayah mereka selalu keluar dari rumah. Sarah juga mendakwa, beliau terpaksa berbohong kepada anak-anak mengatakan ayah mereka keluar untuk bekerja.

Di dalam video yang berdurasi lebih tujuh minit itu, Puteri Sarah turut mengucapkan terima kasih kepada Syamsul Yusof.

"Terima kasih kerana  mengkhianati saya dan memutar belitkan fakta apa yang berlaku sebenar" - Puteri Sarah

Puteri Sarah turut menyatakan kekesalan kerana hal suaminya berkahwin dua hanya diketahui melalui media sosial. Beliau menyatakan, suaminya boleh mencarinya di rumah mentua atau di rumah ibu bapanya. 

Turut menyatakan kekesalan adalah kedua ibu bapa Syamsul.

"Syamsul, jangan jadi munafik". 

Itulah reaksi ibu Syamsul apabila mendapat tahu pengesahan bahawa anak sulungnya telah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand.

Melalui beberapa media akhbar, Datin Patimah mengakui telah mengetahui masalah dan konflik dalaman rumah tangga yang dicetus oleh anaknya sebelum ianya tular di media sosial lagi. 

"Saya tidak redha dan tidak terima" - Datin Patimah

Katanya selepas diberitahu tentang perkahwinan keduanya oleh  Syamsul. 

Kesimpulan dari Saya

Terima kasih kerana sudi membaca laporan terkini daripada saya. Hari ini satu Malaysia, hati-hati perempuan turut tersakiti dengan perbuatan tidak gentleman Syamsul Yusof.

Sebenarnya dulu saya sangat adore dengan perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah. Siap ada buat satu posting tentang perkahwinan mereka. Boleh baca di sini, Perkahwinan Puteri Sarah & Syamsul Yusof. 

Saya minat sangat dengan kedua-dua figura ini. 

Tindakan berdiam diri dan tidak memberi penjelasan akhirnya memakan diri sendiri. Ingat lagi, ketika soalan panas dari Aznil Nawawi, Syamsul kononnya meletak jari di bibir menandakan dia mahu berdiam diri. Tak coollah, bro.

Buat salah mengaku sahajalah.

Tapi, saya berpuas hati dengan kata-kata akhir daripada Puteri Sarah kepada Syamsul Yusof

"Berhentilah menggunakan nama Allah, sebab itu lagi menampakkan you sangat munafik"

Berharap Puteri Sarah tabah dengan ujian ini. 

Go Sarah, we support you!!! - Tibeh.

No comments:

Ad Code

Responsive Advertisement