Perkara Yang Kita Tak Tahu Tentang Telefon Bimbit

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu di kala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN

- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI

- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia di datangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI

- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06#dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia dicuri, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri tidak akan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

ANNIVERSARY

Assalamualaikum.

Heiii...haiii...
Selamat petang....

Tak sangka sudah empat tahun blog Ratu Sulaman ini dibina *xtau ayat yang sesuai* 
Hehehe...
Tarikh keramat 04th November 2008.
Adalah posting pertama yang saya buat. 
Boleh baca Ratu Sulaman

Okay,
Kita pasang firework..
Bling, bling, bling!!!!













Tapikan...

Lama betul saya tidak update blog ini.
Sebenarnya, ada banyak cerita dan bermacam-macam pengalaman yang hendak ditulis dan dikongsi kepada kamu semua.
Tapi BUSY....hahaha😆

Saya agak sibuk kebelakangan ni.
Baru masuk ke tempat kerja baru.
Kali ini position saya sebagai Assistant Management Representative.
Tapi kalau melihat kepada skop kerja, saya adalah assistant kepada Quality Manager untuk cawangan Malaysia.

Sekarang.
Sudah free sikit dan boleh guna internet office untuk update blog😁
Tapi masih tak sempat masa untuk update blog...*Malaslah tu*
hehehe...

Banyak benda yang hendak diceritakan and share.
Tapi tak tahu macam mana hendak dimulakan...
Kehilangab ilham barangkali.
ermmm...

Life is so hard now.
Sekarang terasa sangat boring.
Tidak ada ramai kawan.
Semua sudah ada life dengan family masing-masing.
So, mereka busy menguruskan hal rumahtangga dan anak-anak.

Jealous..
Half-half...
Tak adalah terasa jeles sangat pun.
Cuma, kadang-kadang itu datang masa sendirian terasa juga lah.
Bila hidup tiada pasangan.
Hehehe😅

Teruskan...
Teruskan hidup seperti biasa.

Dan...

Selamat Ulang Tahun Ke-4...
www.ratu-sulaman.blogspot.com
Assalamualaikum

Aku nak resign...
Membuak-buak perasaan nak resign...surat resignation sudah siap tulis...
Cuma perlu bagi terus dekat bos ku itu.

Tapi... 
Tidak boleh hendak resign lagi sebab nanti tidak ada kerja lagi...
Lepas itu siapa akan bayar keretaku itu...huhu...
Kenapa nak berhenti kerja...
Kerja tak best ke...?

Itulah..
Dulu masa kerja di office lama hendak resign...beria-ia hendak terima offer kerja di sini...
Lain kali kena check dulu betul- betul...
pro and contra kalau nak resign...
benefit kerja macam mana...
skop kerja macam mana...
jangan pandang gaji yang di offer sahaja...
walaupun gaji dekat sini boleh tahan...
tapi kau sendiri ada problem hendak manage kerja dan environment...
and, definitely aku personnally tidak berpuas hati dan tidak berbangga dengan kerja aku sekarang...
perfomance sangat teruk...tidak nampak apa pun contribution aku pada kerja aku...

asyik buat kerja luar dari bidang kerja...tidak boleh fokus...
baik kerja di tempat lama...sekurang-kurangnya aku puas hati dengan kerja dan hasil yang aku dapat...cumanya gaji sedikit...

Itulah...lain kali bersyukur dengan apa yang ada...
jangan terlalu cepat membuat keputusan...
apa yang aku dapat, nanti lambat laun akan memusnahkan aku sendiri...

YaAllah, lindungilah aku dari itu semua...
dan tunjukilah aku apa yang terbaik untuk aku...

RESIGN

by on June 13, 2012
Assalamualaikum Aku nak resign... Membuak-buak perasaan nak resign...surat resignation sudah siap tulis... Cuma perlu bagi terus dekat bos ...

Bisikan Cinta Pertama

Cinta itu berbisik Menggamit setia sebuah kasih abadi Bertaut dalam sudut hati

Yang jauhnya sukar aku jangkau Aku terpesona dengan ciptaan Ilahi Sebentar aku hilang dalam lamunan Tersentak aku hiba Terkilan rasa dihati Saat tersedar aku dilamun Keindahan bisikan cinta

Adakah dosa bagiku Ya Allah? Aku dibuai pesona wajahnya Terdetik kesal saat khilaf Membuka mata Namun gelora jiwa ini terus membadai Membawa helaian cinta Yang aku sendiri tidak memahami kebenarannya

Ya Allah Andai cinta ini anugerahmu Andai cinta ini bisikan darimu Andai cinta ini milikku Peliharalah hati ku dan hatinya Agar cinta ini bersemi Di atas landasan Perjuangan islam

Ya Allah Aku redha mencinta Dan dicintai Jika ini ketentuan Ilahi Akan ku simpan bisik hati ini Sehingga harinya terpatri Dua jiwa bersemi

- Artikel iluvislam.com

BISIKAN CINTA PERTAMA

by on February 29, 2012
Bisikan Cinta Pertama Cinta itu berbisik Menggamit setia sebuah kasih abadi Bertaut dalam sudut hati Yang jauhnya sukar aku jangkau Aku terp...
Hujan yang Sejuk

Pagi ini hujan. Hujan rahmat kata orang dahulu kala. Salah satu doa yang dimustajab adalah berdoa semasa hujan turun. 

Tapi kenapa aku merunggut, hujan hari ini. Baju basah kena hujan. Lagi-lagi bila pakai baju kurung. Kain basah terkena lopak air…aduh…!!!
Kotor nanti bila hendak sembahyang, rasa tidak selesa.

Sungguh berfikiran complicated. Padahal nanti, bila hendak sembahyang boleh sahaja cabut kain tu…
Sungguh tidak selesa…
Istigfar banyak-banyak…

Aku ini sungguh tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan. Kalau hujan turun, kadang kala merunggut. Tidaklah selalu, tetapi kerap juga bila terasa tidak selesa. Siapa tidak suka akan hujan. Aku memang suka hujan, sejuk dan boleh tidur lena.

Begitu juga bila angin bertiup, damai sungguh. Tapi bila angin bertiup kencang, merunggut!
Seksi dan tidak selasa bila berbaju kurung melekat dekat badan. Nampak segala susuk tubuh badan. Aduh, aku suka merunggut dengan kejadian yang Allah jadikan…
Astagfirullah al adzzim…bertaubat!!!

Ya Allah, ku mohon dijauhkan daripada pemikiran yang jahil ini. Jauhkan hati ini daripada gangguan syaitan yang membisik-bisik! Nauzubillah…

Hujan yang sejuk
Hujan yang damai
Kurniaan yang tidak terhingga
Mampu menyuburkan tumbuhan
Memberi rezeki sekian alam
Umat manusia dan pokok-pokor menyubur.

Hujan yang sejuk
Titis-titis itu sungguh menyenangkan hati
Mata sayu memandang
Betapa indah ciptaan Allah
Begitu besar anugerah ini
Subhanaallah…

Hujan yang sejuk
Membawa bersama angin,
Tiupan yang lembut itu meresap ke dalam jiwa
Sejuk terasa hati ini
Seperti ada sesuatu

Dan,
Kadang kala tiupan kasar mengusarkan hati
Apa yang bakal berlaku
Baik kah atau buruk kah
Sungguh hati ini bermonolog,
Ada tenang dan juga ada takut

Sungguh,
Sungguh aku bersyukur dengan kurniaan ini
Menjadikan aku lebih mengenal Pencipta-ku
Ingin sekali pergi kepada-Nya
Ingin menjadi kekasih-Nya,
Ingin sekali menjadi Pencinta-Nya
Mampukah…
Ya, Ya, Ya…
Aku mampu…
Kerana Dia,
Sentiasa memberi peluang

Nurkilan ketika hati sedang rindu pada-Nya

HUJAN

by on February 19, 2012
Hujan yang Sejuk Pagi ini hujan. Hujan rahmat kata orang dahulu kala. Salah satu doa yang dimustajab adalah berdoa semasa hujan turun.  Tapi...

Ad Code

Responsive Advertisement