petang tadi, seperti biase aku kan melintas di depan ofis Mr. Bean..kat cermin pintu nampak lah die sedang berborak2 dengan offismate die...pak arab lah jugak...tapi aku ta sempat lah nk berkenalan dengan kawan die tu,,dan utk pengetahuan korang sume.. aku pon tak pernah tau name sebenar Mr. Bean ni..walaupom telah beberapa bulan menjadi ofismate die sehingga lah aku tukar bilik..hehe..kejamnye aku..

Mr.Bean...
sbb ape i called him Mr. Bean...hmmm...ntah lah..aku sendiri pom tak tau nape aku beri gelaran Mr.Bean pada die...hehe...kesian kat die dapat gelaran camtu..klu die tau aku letak gelaran tu kat die...ape reaksi die agak2nye...? die marah ker?die buat donno je ker..or ape2 lah...ntah lahh...rase2 aku mesti die buat donno jer.. buat tak tau..sebab die ni mcm org yang tak pernah amek kisah pasal org lain..haha..ape tak nye..sejak die duk kat ofis aku tak pernah sekali berborak ngan kitorang..agaknye die ni pemalu kut..hehe..pernah ari tu die tegur aku sekali jer, tu pom sbb nk tanye camne nk baiki komputer die tu...aku bukan tau sgt pasal nk repair2 komputer ni..last skali aku suruh la die pegi tanye kat technician..kahkah...sian kat pak arab nih...

kenapa panggil die Mr. Bean..?laaa...nak tau jugak ker..okey2 lah..first2 aku jumpe die dlm bas time nk pi ofis. mase tu tak tau lg yang die akan duduk satu room ngan aku sbb semalam aku cuti sakit (sakit la sangat)...hehe...masa dalam bas tu, aku dah cakap kat dalam hati yang dia ni cam Mr. Bean..tp tak tau tang mane yg serupa ngan Mr. Bean yg kat tv tu..hehe...pastu aku pom bitau lah kat kawan aku ni, si Huda, merangkap ofismate aku jugak..dan si Huda ni mengiya kan kate2 ku ini...die pom mmg dah jumpa si pak arab ni semalam..aku pom ooo kan aje lah ape yang Huda cakap tu...hehe...

Mr. bean ni, pada aku lah, die ni seorang yang pendiam and tak banyak cakap..sbb time kawan2 die dtg kat room kitorg die ni memang tak banyak cakapdie ni tapi die mungkin gud listener..lg satu, die ni bile cakap suara die lembut la..tak mcm pak2 arab yang lain..suara yang kasar dan kuat...hehe..pastu dtg kat room kitorg n wat bising...aku yang tgh ngantuk leh jadi tak ngantuk...penangan kebisingan mereka tu lah...

oklah tamat cerita tentang Mr. Bean nih..nnt kan klu die bace blog aku nih mesti die benggang ngan aku sbb panggil dia Mr. Bean..tp aku yakin die tak kan bace sbb dia tak tau pasal blog ni..
so, kepada Mr. Bean mintak maap banyak2..hehe..

yang penting anda adalah tidak sama ngan Mr. Bean yang ditayangkan kat TV tu...tak sama langsung...Mr. Bean kat TV tu tak secomel anda..hehe..comel ker anda tu...
LAYANNNNN...
okey..chow untuk kali ni..

Mr. Bean Dekat Office

by on November 14, 2008
petang tadi, seperti biase aku kan melintas di depan ofis Mr. Bean..kat cermin pintu nampak lah die sedang berborak2 dengan offismate die......
Seperti kita semua maklum, keputusan UPSR telah diumumkan semalam, 13/11/2208.
Alhamdulillah. Adik-adik kita semua berjaya mengharung cabaran mereka yang pertama.

Tahniah.
 
Tahniah diucapkan kepada adik-adik yang berjaya memperolehi straight 5A. Dan kepada adik-adik yang tidak mencapai seperti yang diharapkan, tahniah juga. Anda telah berjaya mengharungi cabaran yang pertama. 

Lepas ini banyak lagi cabaran ke alam dewasa...masih ada PMR, SPM yang menunggu. Seterusnya, ke peringkat Universiti. Bersiap sedialah untuk menghadapinya, kerana UPSR hanyalah satu ujian yang kecil saja.

Hari ini, terbaca di surat khabar (nst), uihh...adik-adik kita ini masing-masing gembira sangat. Kita pula tumpang seronok melihat keletah mereka. Teringat pula zaman kecil dalu. Time masa untuk mengambil result UPSR, seronok dan lega walaupun tidak dapat 5A tapi yang seronok sebab sudah boleh masuk ke sekolah menengah...hehe!

Orang tua-tua kata jiwa dah nak besar...

Rupa-rupanya sekolah menengah paling tidak best kerana kawan-kawan sudah macam perangai. Masa itulah kita sendiri yang akan mencorak diri kita untuk menjadi bagaimana.

Berbalik kepada kepada UPSR tadi, tak sangka budak-budak ini seronok menjawab ujian di dalam bahasa Inggeris. Kiranya mereka ini terror berbahasa inggeris. Walhal di kalangan orang dewasa banyak yang menyokong dan tidak kurang ada yang membantah.

Seperti adikku juga, kadang-kadang dia cakap tidak suka belajar dalam english tapi bila di'test', "alamak kalah aku". Memang aku tidak terror english walaupun sudah belajar english ini lebih daripada separuh umur aku ini.

okaylah..
Habis cerita untuk UPSR kali ini.. Sengaja hendak test kebolehan aku dalam mengarang blog sebab aku dalam bab-bab mengarang ini tidak begitu mahir. Baik dalam bahasa melayu atau english, keduanya hancur.

Satu perkara lagi, kali ini poket aku bakal keringlah sebab ada janji yang perlu aku tunaikan pada adikku kali ini..

Alamak harap tidak pokailah aku bulan ni. Hadiah besar kena bagi ni. Kena tunai janjilah..InsyAllah..Tapi aku sekarang sedang membuat rundingan dengan dia untuk bagi hadiah lain yang lebih murah..hehe!

Lagi satu, tahniah juga aku ucapkan pada anak Dr. Jamaiah (Aisyah) sebab dapat 5A..tahniah!! 
Dan juga pada adik-adik kita yang dapat 5A dan yang tidak berjaya, jangan risau. Perjalanan masih panjang, masih ada PMR, SPM. Yang penting adik-adik kenalah berusaha keras dan smart lagi..

okey.. Sekian bebelan mak cik.
Good Luck untuk masa-masa akan datang.

InsyaALLAH..

Assalamualaikum.

Better in English UPSR

by on November 14, 2008
Seperti kita semua maklum, keputusan UPSR telah diumumkan semalam, 13/11/2208. Alhamdulillah. Adik-adik kita semua berjaya mengharung cabara...
Assalamualaikum semua.

Terima kasih kerana sudi datang blog walking ke blog ratu-sulaman.blogspot.com

Sebenarnya blog ini masih lagi dalam pembangunan dan aku masih belajar lagi how to build and design this blog...

Jadi, agak mengalami kelembapan otak sedekit dalam pembikinannya (hancur bahasa aku...hehe..)... 
Aku ingatkan mudah untuk membuat blog..
Rupa-rupanya payah juga.. kena pula aku bukanlah seorang yang mahir dalam IT dan multimedia ini.

It's not easy to me...bukan mudah ya.
Nasib baik ada kawan seperti Siti ini, banyak belajar daripadanya.
Walaupun agak memeningkan kepala.
Tapi since aku dah bina my own blog ini.
Hendak atau tidak kena teruskan juga.
Biar rasa enjoy itu tiba sendiri. 
Tapi tidak reti juga untuk  menyusun atur items dan gadjet yang akan dimasukkan di blog ini.
Sebab itulah pentingnya kreativiti...huhu...
Aku pula bukanlah seorang yang kreatif.
Mesti bosan blog page ini..
It's okay, at least aku dah cuba buat yang terbaik walaupun kadang-kadang ada rasa malas dan give up  juga.
Sekurang-kurangnya aku boleh tahu sejauh mana ke'abiliti'an aku untuk berblog.

Ermm,,
Okaylah,
Aku rasa macam dah semakin merepek aku menulis ni.
Tiada idea nak tulis apa sebenarnya. 
Haha..malu-malu...

Sesiapa ada idea atau tips nak share dengan aku tak?
Tips blogging dengan baik dan cemerlang?
Kongsilah ya.

Sekian,
Ini adalah puisi untuk Sang Ratu Ratna atau Ratu Sulaman daripada Novel Sutera Bidadari tulisan novelis tersohor negara iaitu Ramlee Awang Mursyid. Novel ini adalah novel kegemaran saya. 

cinta sang ratu… 
mengulang kisah perkelahian di langit 
yang berlanjutan kepada peperangan di bumi
semata-mata kerana cinta 

cinta sang ratu 
laksana langit mencengkam purnama
ibarat mutiara di lautan biru
saujana mata memandang, 
seluas langit terbentang. 

tak kala cinta berbisik, 
suaranya memuji TUHAN 

pabila rindu terusik,
rasulnya jadi pilihan 
sampai masanya cinta jadi taruhan
sang ratu menjadi impian.. 

coretan, 
laksamana sunan (saifudin jalis)

Ramlee Awang Mursyid adalah penulis yang sangat saya suka. Kesemua novelnya pasti akan saya miliki dan selalu tertunggu-tunggu keluaran baru.

Kerana itu lah, belog ini diberi nama ratu sulaman.blogspot.com.

Sekian,


Ad Code

Responsive Advertisement