KENAPA SAYA PILIH UNIT TRUST

Pernah atau tidak, anda dengar tentang unit amanah saham atau dalam bahasa internasionalnya adalah "Unit Trust". Jika ya, apakah pandangan anda tentang unit amanah saham ini?

Adakah anda salah seorang pelabur di Unit Amanah Saham? Jika ya, kenapa anda memilih unit trust?

Kenapa menyimpan di Unit Amanah Saham

Assalamualaikum semua!!! *sila baca dengan nada ceria*. 

Semoga Allah merahmati kawan-kawan alam maya Cik Suri.

Kali ini, rasanya Cik Suri ingin kongsikan pengalaman membuat pelaburan di unit amanah saham dan kenapa Cik Suri memilih untuk melabur di medium simpanan ini.

INI KISAH CIK SURI!!!

Bagaimana Cik Suri Berkenalan dengan Unit Amanah Saham

Kisahnya bermula...

Pada tahun 1997. Wow, awalnya!!!

Ya, sebab ia adalah kisah pelaburan dan informal lesson daripada ibu Cik Suri. 

Ibu Cik Suri merupakan salah seorang pelabur unit amanah di Amanah Saham Nasional/Bumiputera (ASN/B) di bawah Permodalan Nasional Berhad.

Ibu Cik Suri telah mula menyimpan awal tahun 1990-an, dan pelaburannya telah memberi keuntungan yang sangat banyak. Pada sekitar tahun 90-an, ASB memang memberi pulangan (dividen) yang besar kepada pelabur-pelabur mereka.

Cik Suri mula timbul rasa berminat apabila melihat duit dalam buku simpanan ASB ibu Cik Suri yang ketika itu telah mencecah ribuan ringgit. Macam tidak sangka, kerana kami adalah daripada keluarga yang dikategorikan sebagai "orang susah". Kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang.

Rupanya kesemua simpanan itu adalah nafkah daripada ayah, sebab kesemua gaji ayah akan diberikan kepada emak untuk diuruskan. Kiranya emak Cik Suri adalah akauntan keluarga kami. Ayah hanya mengambil sebahagian sahaja daripada gaji sebagai belanja untuk minyak dan makan semasa bekerja. Ayah Cik Suri pula bekerja sendiri sebagai tukang rumah atau buruh kasar.

Sehinggakan kesemua kami adik beradik semasa belajar di MRSM, masuk ke universiti, emak mengambil dana daripada simpanan ASB sebagai belanja pendidikan kami. 

Besarkan pengorbanan ibu dan bapa. Tapi, sayang dapat anak degil dan suka melawan macam Cik Suri. Ampunkan aku, wahai mokmok dan ayoh. Anok mu ini sangat babel.

Begitulah sedikit kisah pelaburan emak Cik Suri yang menjadi inspirasi untuk meneruskan minat dalam dunia pelaburan. 

Menyimpan untuk ada simpanan

Kisah minat Cik Suri terhadap unit amanah makin membesar sedikit demi sedikit. Ia bermula kembali pada tahun 2013. Pada waktu itu usia meningkat dewasa, sudah mempunyai pendapatan sendiri dan mula mencari-cari tempat untuk menyimpan duit. *baca Cik Suri seorang yang sangat boros at that time.*

Ketika ini, simpanan Cik Suri banyak diletakkan di di dalam akaun Tabung Haji. Cik Suri juga mulai mengambil polisi insurance kesihatan. Semua ini adalah sebagai back-up kepada Cik Suri jika berlaku kecemasan. Kita tidak jangka bila masa kita akan mengalami sakit, dan kecemasan yang lain. Sudah pasti, kita tidak ingin menyusahkan ibu dan bapa lagi. Cukuplah jasa mereka menjaga dan membesarkan kita.

Pada masa itu, pengetahuan Cik Suri tentang pengurusan kewangan yang betul masih belum ada, belum tiptop. Duit gaji gagal diuruskan dengan betul. Cik Suri mula mencari cara untuk simpan duit dan ketika itu juga ada beberapa agen pelaburan yang approached. Tetapi tidak terbuka hati untuk melabur dengan mereka, mungkin kerana tiada jodoh dan rezeki di situ. 

Sehinggakan Cik Suri diperkenalkan dengan Unit Amanah Saham di bawah syarikat Public Mutual. Semua ini di atas jasa sahabat baik  Cik Suri yang datang melawat dan menginap di rumah pada masa itu. Dari situ, dia menceritakan serba sedikit perihal pelaburan unit amanah. Bermula dari situ, Cik Suri terus membuka akaun unit amanah di Public Mutual dan seterus membut pelabur sehingga hari ini.

Kenapa Cik Suri Memilih Unit Amanah Saham Berbanding Medium Yang Lain?

Pada asalnya Cik Suri tidak berapa jelas sangat tentang instrument pelaburan unit amanah ini. Tetapi "day by day" pengetahuan itu semakin ada dan banyak hasil daripada amalan suka membaca. 

Ketika mencari agen unit amanah, Cik Suri juga selalu memcari info-info berkaitan melalui Mr. Google. Dan, sebab itu kebanyakan konsultan yang Cik Suri jumpai tidak berada di Kemaman. Inilah antara sebab kenapa Cik Suri lambat dan tertangguh untuk start melabur dengan awal. Rugi betul rasanya.

Hanya ada dua sebab kenapa Cik Suri memilih untuk melabur di unit amanah saham? Maklumlah sebelum ini belum betul-betul faham lagi tentang unit trust.

Yang pertama adalah kerana, KEUNTUNGAN. Nampak, betapa mata duitan Cik Suri ini. Cik Suri berharap untuk mendapat pulangan yang lebih banyak daripada Tabung Haji. Pada ketika itu, Cik Suri hanya mampu dapat sekitar RM200-300 (sekitar 5-7%) pulangan daripada Tabung Haji.

Cik Suri juga pada ketika itu juga mempunyai akaun ASB yang dibuka ketika di universiti. Cik Suri ada juga meletakkan wang daripada PTPTN di akaun ASB, tetapi pulangan ketika itu, so-so sahaja.  

Jadi Cik Suri mula merancang dengan mengambil sebahagian daripada gaji untuk diletakkan pada tempat yang memberi pulangan lebih tinggi daripada Tabung Haji. Dari situ Cik Suri mula asingkan dengan membuat simpanan RM 100 sebulan di Tabung Haji dan RM 200 sebulan di instrumen unit trust. 

Makanya, Cik Suri memilih untuk menyimpan secara potongan bulanan dari akaun gaji ke dalam dana yang dicadangkan oleh konsultan ketika itu. 

Unit amanah saham biasanya memberi pulangan antara 8-10% dan terdapat juga dana yang pulangannya boleh mencapai sehingga 12% bergantung pada exposure dana tersebut. Baguskan. 

Tetapi, diingatkan bahawa simpanan hendaklah untuk jangka masa panjang di antara 5 tahun ke 8 tahun, lebih bagus 10 tahun dan ke atas. 

Keduanya, adalah kerana mudah dan diuruskan oleh Pengurus Dana yang telah berpengalaman, Jadi Cik Suri tidak perlu pening kepala untuk monitor pelaburan tersebut dan tidak perlu ambil tahu tentang turun dan naik harga dana. Semuanya diurus dan dijaga oleh syarikat pengurusan unit amanah seperti Public Mutual

Cik Suri melabur dengan perasaan tenang dan di dalam masa yang sama, turut mendapat keuntungan menerusi prestasi dana yang dilaburkan. Pilih sahaja dana yang disyorkan oleh pperunding unit amanah yang berpengalaman.

Begitulah ceritanya bagaimana Cik Suri boleh terjun ke dalam pelaburan unit amanah dan juga ke dalam bidang pengurusan unit amanah.

Jika ditanya tentang untung? 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Bagi Cik Suri. Alhamdulillah, telah mencapai target yang Cik Suri harapkan.

Sekian,

Cik Suri yang menulis,

No comments:

Ad Code

Responsive Advertisement