LEMBARAN BARU TAHUN 2023, PERSEDIAAN YANG PERLU KITA BUAT
HANYA TINGGAL beberapa hari lagi sebelum tahun 2022 melabuhi tirainya. Dan kita akan memasuki tahun baru, sama seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Apakah persediaan yang akan kita lakukan apabila memasuki tahun baru?
Apakah perubahan yang telah kita capai pada tahun 2022, atau kita akan membawa perkara yang sama atau perkara yang belum selesai ke tahun 2023?
Bagaimana pula cara kita merancang perjalanan hidup secara peribadi dalam menempuhi tahun 2023? Adakah berbaloi jika kita meletakan sedikit masa mengatur startegi dari sekarang untuk membina sebuah impian tahun 2023 yang lebih besar dan bermakna?
Bermula dengan membuat persediaan awal bagi menghadapi tahun 2023 bermakna kita telah bersedia untuk megelakkan diri daripada menjadi hilang arah dalam menumpukan pada perkara yang ingin kita capai secara peribadi dan profesional pada tahun hadapan.
Perasaan yang sukar untuk digambarkan apabila kita membuka buku yang baru. Banyak persoalan yang akan berlegar di minda. Dimana yang harus saya bermula? Perkara apakah yang perlu saya utamakan? Bagaimana saya boleh tahu yang saya telah berjaya?
Pelikkan?
Tetapi itulah perasaan yang akan kita rasai. Perasaan yang tidak difahami atau luar dari kebiasaan.
Niat, Matlamat dan Tabiat
Apabila saya berjumpa dengan klien saya, saya akan selalu menekankan tentang matlamat. Hakikatnya, dalam hidup ini terbahagi kepada tiga bahagian yang perlu kita muhasabah iaitu Niat, Matlamat dan Tabiat.
Pada pendapat saya, ketiga-tiga bahagian ini berhak diberi perhatian dan masa agar kita dapat membina impian yang besar, mencapai target dan merasai manisnya kejayaannya.
Tabiat yang baik akan 'drive you" untuk mecapai matlamat tersebut. Perkara penting yang kita perlu tahu adalah niat tidak mencukupi untuk mengubah tingkah laku, tetapi ia perlu ada matlamat yang jelas dan tabiat yang sangat baik untuk membantu mencapai matlamat kita.
Pentingnya Perlaksanaan
Setiap kali saya menghadiri "training", kami diajar proses untuk mencapai impian. Kita boleh cuba lakukan secara sendirian atau berdua dengan rakan atau pasangan.
Langkah 1 - Cipta impian atau niat yang besar atau yang lebih "bold" untuk dicapai pada tahun 2023. Kita boleh mulakan dengan membina sebuat jurnal atau "dream board".
Selalu membayangkan atau ekspresikan impian sebagai tajuk besar untuk dicapai pada tahun 2023.
Langkah 2 - Bina beberapa matlamat yang kukuh atau "big why" yang boleh kita kaitkan dengan impian/ niat tersebut. Sentiasa menyemak matlamat untuk menilai kemajuannya.
Saya pernah diajar untuk memberitahu atau berkongsi tentang impian kita kepada ahli keluarga, rakan atau ketua / leader. Laungkan sekuat hati atau tulis sebesar-besarnya agar kita sentiasa mengingati impian tersebut.
Langkah 3 - Kenalpasti tabiat yang perlu kita bina agar kita lebih bersemangat untuk mencapai matlamat dan impian. Seperti contoh, kita perlu lebih konsisten dalam melakukan sesuatu perkara supaya ia dapat mencapai impian yang ingin kita capai.
Seperti saya contohnya, saya ingin mencapai sales RM 3juta setahun, bermakna saya perlu ubah tabiat yang malu untuk menegur prospek kepada seorang yang proaktif dan lebih ramah apabila berhadapan dengan klien. Saya perlu membuang sifat malu jauh-jauh.
Atau, saya perlu membuat jadual kerja yang betul supaya saya dapat merangka gerak kerja saya dengan baik dalam tujuan untuk mencapai jualan tahunan sebanyak RM 3juta setahun.
Penutup daripada Saya
Kita sedang menghampiri penghujung 2022, maka luangkanlah sedikit masa untuk merenung kembali apa yang telah kita capai untuk tahun ini. Dan kemudian peruntukkan sedikit masa untuk membina "Big Goal" untuk tahun 2023. Take some time to "me time" dan merenung impian yang anda ingin capai untuk tahun 2023. Fikirkan bagaimana dan dengan cara apa yang boleh anda capai impian tersebut.
Akhir kata dari saya, Cik Suri ~ Selamat maju jaya dan semoga anda berjaya membina, mencapai impian besar tahun 2023 anda.
Selamat Tahun Baru. Semoga tahun 2023 menjadi tahun yang terindah untuk kita semua.
Selamat Tinggal 2022, semoga ia adalah pengalaman indah dan pengajaran yang terbaik untuk kita semua.
Assalamualaikum ;)
No comments:
Post a Comment