HARI RAYA AIDILFITRI 1443H, ANAK BULAN PRANK

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Nampak gaya tahun 2022 ramai yang terkejut sebab tiba-tiba hari raya. Taa daaa!!!

Assalamualaikum, hi everyone!!! 

Seminggu sudah raya berlalu. Masih terkejut lagi? Ya lah, semua orang kena prank dengan anak bulan. Tiba-tiba anak bulan keluar awal, kan?

Cik Suri berharap 1 Syawal jatuh pada hari Selasa, 3 May. Tapi, Allah yang tentukan semua kejadian. Agak kelam kabut juga malam raya.

Tidak disangka. Surprise!!!

Cik Suri tengah mengaji dekat rumah, sementara menunggu azan waktu solat isyak. Tiba-tiba adik perempuan Cik Suri mengusik adik bongsu, Si Haikal yang tidur selepas maghrib. Dikejutnya budak tu, konon-konon sudah pagi dan disuruhnya Solat Hari Raya. 

Cik Suri jeritlah dari bilik Cik Suri, " Awalnya nak raya.". Dia balas, pemegang mohor sudah umum esok raya. 

Patutlah beria-ia bunyi bunga api. Rupanya sudah umum esok raya.

Cik Suri apa lagi, terus berlari ke bilik emak dan bagitau hal esok raya. Emak pun sudah tahu yang esok raya. Maknanya Cik Suri yang lambat tahu...

Bermulalah episod "Kelam kabut di Malam Raya".

Otak Cik Suri, Selasa raya. Selasa Raya!!!

Semua bahan basah dan lauk-pauk belum beli lagi. Salah emak Cik Suri juga. Sahur tadi, Cik Suri sudah bertanya bila mahu ke pasar. Cik Suri ajak pergi pagi tapi emak cakap, " Takpe, raya kan  hari Selasa. Kita pergi pagi Isnin lah." Begitu "kerek" dan confident emak Cik Suri.

Hah,

Sekarang, Isnin yang raya. Isnin Raya!!!

Selesai solat Isyak, terus kami ke pasaraya berhampiran dengan rumah, dengan harapan ayam segar dan daging masih berbaki di pasaraya. 

Sayangnya, 1000 orang yang berfikir macam Cik Suri. Sampai sahaja di pasaraya, panjang barisan orang yang beratur. Ayam segar sudah habis. "Sold Out"

Laju betul orang kampung Cik Suri buat kerja. 

Terpaksalah kami beli apa yang ada. Kami hanya sempat beli daging ayam frozen sahaja, harga pula mahal. 

First time raya tidak dapat makan ayam segar. Cik Suri cadangkan pada emak, "Kita dapat ayam frozen, kita buat soto ayam sudahlah raya esok. Mudah dan cepat. Nanti hari kedua baru kita ke pasar cari lauk"

Kata adik Cik Suri,"Ni kan baru rehearsal raya. Selasa baru kita raya betul-betul."

"Eh, boleh yer macam gitu." balas Cik Suri.

yang penting, kami dah pesan dekat emak. "Mok, bawa bertenang. Jangan panic." 

Betul. Emak Cik Suri nampak sangat tidak tenang. Macam blur sikit. Terkejut agaknya, tambahan pula menyesal agaknya sebab tidak ke pasar awal pagi tadi.  Buntu tidak tahu hendak masak apa untuk esok. 

Selesai beli barang serba-sedikit. Adik Cik Suri pula belum selesai halnya. Hendak kena beli kasut raya pula. Jam sudah 1030 malam. Bawa jugalah ke bandar Chukai, untuk cari kasut raya. Nantikan esok sedih, tiada kasut raya.

Begitulah serba sedikit malam raya kami. Rumah belum sempat kemas lagi. Nasib baik hal mengecat rumah sudah Cik Suri siapkan. Penat juga mengecat ruang tamu rumah seorang diri. Dekat seminggu juga ambil masa. Malumlah bulan puasa.

Balik rumah nanti kena selesaikan hal-hal hendak tukar langsir, sarung kusyen, alas meja semua bagai.

Cik Suri sengaja share pengalaman Aidilfitri 1443 dekat blog, buat kenangan. Jarang kita semua raya terkejut macam ini. Sekali-sekala, havoc juga.

Apa kata korang kongsi juga pengalaman raya 1443 korang di ruangan komen. Nak tahu juga kelam kabut korang macam mana. Mana tahu, ada yang baju raya belum siap jahit. Kuih raya belum bakar.

Akhir kata dari Cik Suri,

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

BERGEMBIRALAH DI HARI RAYA


Sekian,

Cik Suri yang menulis 


GAMBAR RAYA SEBAGAI KENANGAN

Gambar Raya Kedua. Kakak sulung baru sampai kampung. Jadi, raya kami bermula.


Orang Terengganu, mestilah kena beraya di pantai.


Si bongsu bujang yang suka merajuk.


Raya ketiga, ziarah rumah saudara mara.


Empat beradik perempuan. 


Anak dara berdua suka sangat bermanja dengan makteh diorang ni.


Raya ketiga, ziarah ke rumah saudara mara di Marang, Terengganu.


Hero-hero yang tak berapa nak hensem


Kena paksa ber"OOTD".


No comments:

Ad Code

Responsive Advertisement